Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

akido_kido Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 3436   



Kuala Lumpur: Polis menyiasat dakwaan terhadap seorang Ketua Polis Daerah di Sarawak yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggotanya.

Difahamkan, laporan polis sudah dibuat semalam oleh anggota polis wanita itu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual pegawai terbabit beberapa kali.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan ada menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan" katanya ringkas ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku sejak bulan lalu selepas mangsa ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri terbabit.

Anggota wanita itu juga mendakwa diajak ke kediaman pegawai terbabit dan menjadi mangsa gangguan seksual malah kejadian itu turut berlaku di tempat kerja.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
426 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch