Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 142679   



Pemandu E-hailing Wanita Cedera Dipukul, Dijerut Tiga Remaja Gagal Bayar Tambang​


ALOR GAJAH, 19 Mei (Bernama) Seorang pemandu e-hailing wanita cedera akibat dipukul dan dijerut di leher oleh tiga remaja yang mendakwa tidak mampu membayar tambang selepas menaiki kenderaan mangsa dalam kejadian berhampiran kawasan hutan di Kuala Sungai Baru di sini, pada 14 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata mangsa berusia 41 tahun itu menerima tempahan perjalanan daripada empat penumpang masing-masing dua remaja perempuan berusia 14 tahun serta remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun dari Bukit Rambai ke pekan Kuala Sungai Baru pada kira-kira 12.30 tengah malam, hari yang sama.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian seorang daripada suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan dengan alasan mahu mencari seseorang selain mendakwa tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran secara dalam talian.

"Selang beberapa minit, tiga daripada suspek iaitu dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan objek keras selain menjerut leher mangsa dari arah belakang kerusi pemandu dan mengugut agar tidak meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi suspek remaja lelaki tidak masuk ke dalam kereta kerana telah melarikan diri jauh dari tempat kejadian.

Ahmad  berkata pemandu e-hailing berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis pada hari sama, selain mangsa turut mengalami kecederaan bengkak dan lebam pada beberapa bahagian badan serta kesan jerutan di leher.

Beliau berkata pemeriksaan perubatan turut mengesahkan kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat diserang dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

“Kesemua empat remaja berkenaan berjaya ditahan pada petang hari sama dan direman hingga esok bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Rate
There are 1 People reward the building owner
907 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


s@s@ Lv.9 2#

Adventurer | Credits 3689   
pakai e-hailing ko nak lari mana?

tunggu polis kutip kat rumah la

Purestteam1 Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1311   
barua punya perangai.. org cari rezeki sampai lewat malam... kau nayakan org...

supernaturalee Lv.17 4#

Superior | Credits 56850   
ni yg kata

kecik2 tak nak mampussss



hantar je ke henry gurney

moga2 elok besor jadi manusia

Follow Us

tahanie Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4071   
Tak paham. Dia samun ke apa

silance Lv.8 6#

Honour | Credits 2319   
Masa sampai tempat pick up, acik tu mesti rasa safe sebab bakal penumpang ialah bebudak remaja nanti boleh ajak sembang. Sekali haaa, 14 taun pun begitu perangainya. Pompuan pulak tu.

mejaputih Lv.13 7#

Challenger | Credits 16781   
speechless...anak2 sape la ni...pompuan lak tu

ADVERTISEMENT


zamnie Lv.14 8#

Fighter | Credits 26277   
Dorang x tahu ke blh trace.. stupidoo

Rdizz Lv.10 9#

Survivor | Credits 6209   
Ank sapa lah jahat sgt, baru umur belasan tahun berkeliaran lelaki perempuan waktu org tidur.  Mak bapak tak pantau, patut parents pun dihukum denda dan war2 muka.

Produce ank pandai tapi lepas tgn, bagi ank2 jadi sampah masyarakat. Mintk polis sepak dan tampar sikit bagi rasa akibat perangai setan depa tu, kecik2 dah harm org, jadi bohsia bohjan, besar nnti jadi kepala perompak.

Jitu Lv.12 10#

Defender | Credits 11597   
14 tahun
keluar dgn jantan tgh mlm
teruknya

midori888 Lv.15 11#

Gladiator | Credits 32494   
Edited by midori888 at 20-5-2026 12:14 PM
Quote: Rdizz replied at 19-5-2026 04:00 PM
Ank sapa lah jahat sgt, baru umur belasan tahun berkeliaran lelaki perempuan waktu org tidur.  Mak b ...

agreed...parents patut kena hukum skali dan war-war kan muka mereka....jahat giler perangai anak2, agaknyer dikasi makan hasil haram, tu yg perangai serupa setan, jerut leher org sib baik tak mati org tu...

helicornia Lv.12 12#

Defender | Credits 11271   
akak ni pun berani nau bawak ehailing sampai tgh mlm
nasib le budak2, klu 4 lelaki sado mmg jahanam dibuatnya

Dalcott Lv.9 13#

Adventurer | Credits 4679   
giler la skrg ni perangai masing2

wirazam Lv.15 14#

Gladiator | Credits 35306   
Quote: Rdizz replied at 19-5-2026 04:00 PM
Ank sapa lah jahat sgt, baru umur belasan tahun berkeliaran lelaki perempuan waktu org tidur.  Mak b ...

mohon polis bagi penampaq sedas dua..
geran betuii..kecik kecik tak nak mampus...dah teenager nyusahkan org

Gokuuu Lv.4 15#

Keeper | Credits 401   
Anak musibat mana ni mcm anjing je perangai

All contents are displayed