Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 143106   
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-5-2026 02:45 AM


Bekas Pengarah JANS didapati bersalah, dipenjara 96 tahun dan denda RM284.3 juta

19/05/2026 | 17:33 MYT




Ag Mohd Tahir (kiri) juga berdepan dengan hukuman penjara keseluruhan 78 bulan jika gagal menjelaskan denda. - Foto Bernama








KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, didapati bersalah berhubung kes pengubahan wang haram terbesar di Sabah yang dikaitkan dengan jabatan itu pada 2016.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Piut, 61, dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan dalam keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.



Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ag Mohd Tahir.


Dalam keputusannya, Ag Mohd Tahir dikenakan hukuman penjara keseluruhan selama 96 tahun atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Beliau turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara selama 78 bulan.

Hakim sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta denda antara RM5 juta hingga RM120 juta bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Beliau turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara selama 78 bulan.

Hakim sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta denda antara RM5 juta hingga RM120 juta bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Mahkamah turut berpendapat penjelasan tersebut sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian dan tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munasabah atau menangkis keterangan saksi pendakwaan.

Sementara itu, Fauziah dan Lam Beng yang dibicarakan bersama dalam kes pengubahan wang haram tersebut masing-masing dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah memutuskan adalah tidak selamat untuk mensabitkan mereka.

Fauziah turut dibebaskan daripada dua pertuduhan yang dihadapinya bersama Ag Mohd Tahir selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama.

Ketiga-tiga mereka didakwa pada 28 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Ag Mohd Tahir selaku tertuduh pertama berdepan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama.

Fauziah pula berdepan 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama selain dua pertuduhan bersama Ag Mohd Tahir mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan melibatkan Ag Mohd Tahir dan isterinya itu didakwa dilakukan di pejabatnya di sini, sebuah rumah di Sembulan, cawangan bank, sebuah kondominium di Sulaman serta sebuah menara di Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Lam Beng pula berdepan empat pertuduhan kerana didakwa memiliki sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai hasil aktiviti haram di pejabat SPRM, Jalan UMS dan sebuah rumah di sini antara 13 Oktober hingga 8 November 2016.

Kes tersebut sebelum ini menarik perhatian ramai apabila SPRM melakukan antara rampasan terbesar pernah direkodkan di Sabah membabitkan wang tunai dan barangan berharga bernilai puluhan juta ringgit.

Imej timbunan wang tunai dalam bilik dan bertaburan di atas lantai yang tersebar meluas di media tempatan ketika itu menjadikan siasatan berkenaan antara skandal rasuah paling mendapat perhatian di negara ini.

Lebih RM45 juta wang tunai ditemukan dengan Ag Mohd Tahir iaitu lebih RM23 juta di pejabatnya termasuk di dalam kabinet kayu, kabinet televisyen, sofa dan di dalam beg atas mejanya.

Wang tunai lebih RM13 juta pula dijumpai dalam dua keretanya dan lebih RM8 juta di kediamannya hinggakan SPRM dilapor mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengira semua wang yang dirampas.

SPRM turut merampas sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam tangan mewah.

Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi di hadapan hakim yang sama.

Sepanjang prosiding berlangsung, Ag Mohd Tahir memanggil 15 saksi pembelaan termasuk beberapa individu yang pada awalnya ditawarkan pihak pendakwaan seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Fauziah pula hanya memberikan kenyataan tidak bersumpah dalam pembelaannya dan baki kesnya bergantung kepada saksi yang dipanggil Ag Mohd Tahir, manakala Lam Beng memberikan kenyataan bersumpah sebagai satu-satunya saksi pembelaannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Sementara itu, Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T Rining dan Noorsyazwani Sapri, manakala Lim diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh serta Kelvin Wong.

Untuk rekod, bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 13 Disember 2016 terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM32.923 juta.

Beliau pada awalnya dijadual dibicarakan bersama ketiga-tiga tertuduh berkenaan, namun dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada 17 Mac 2022 sebelum kemudiannya menjadi saksi pendakwaan dalam kes tersebut.









Rate
There are 1 People reward the building owner
919 Views
13 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Prahara Lv.3 2#

Senior | Credits 185   
Sabahans dah boleh stop salahkan persekutuan atas kemunduran negeri. Penjawat awam yang aniaya rakyat sabah sendiri

silance Lv.8 3#

Honour | Credits 2405   
Buruk-buruk madani pun ada nampak buat keje tangkap perompak.

helicornia Lv.12 4#

Defender | Credits 11338   
Quote: silance replied at 20-5-2026 07:19 PM
Buruk-buruk madani pun ada nampak buat keje tangkap perompak.

Adoi.kes ni kena tangkap dh 10 thn dulu dik oi.iols pun heran napa lama sgt nk jatuh hukum.tu belum kira rayuan lagi
Follow Us

lkick2113 Lv.15 5#

Gladiator | Credits 35462   
Quote: silance replied at 20-5-2026 07:19 PM
Buruk-buruk madani pun ada nampak buat keje tangkap perompak.

tak malu nak jilat madanon, kes dah lama dah woi, dah 10 tahun, zaman najib lah. baru jatuh hukum masa madanon.

plywood Lv.12 6#

Defender | Credits 11376   
kenapa tutup muka.. muka dah bertebaran di internet... silap tak pakai kopiah bagi tau hakim dah bertaubat... punya lama jatuh hukuman...  

silance Lv.8 7#

Honour | Credits 2405   
'Tangkap' di atas bermaksud masuk jail. Bukan suruh dia pakai baju oren minggu lepas.


ADVERTISEMENT


airfilterkotor Lv.15 8#

Gladiator | Credits 34016   
Tak beli 'OKT starter pack' ke?
-Penutup muka
-Cermin mata hitam
-Kusi beroda
-Kupiah

ninja boy Lv.16 9#

Conqueror | Credits 46786   
Juta2 ambil, juta2 denda, hujung2 duit rampasan dan duit denda gomen dapat, gituh

cmf_jeangrey Lv.12 10#

Defender | Credits 12865   
Tamak..hidup average 70 tahun je tp kau nak kumpul duit sampai berbilion..hujung2 sorok dlm dinding, bawah sofa, dalam spender..tidur malam pun x tenang..so apa faedahnya mencuri dan menipu

slyfynx Lv.14 11#

Fighter | Credits 22807   
96 tahun tu kalau campur semua kan.
Tp hukuman bejalan serentak

ninja boy Lv.16 12#

Conqueror | Credits 46786   
Edited by ninja boy at 21-5-2026 07:17 AM

Patutlah zaman dulu2 korang kerja siang malam gaji kecil macam nak mapuih partime lagi sampai ada x bekeluarga beranak sekor x beli rumah, negara nampak maju nampak gah tapi duit dihulur bawah meja 1 negara kumpul duit tepi juta2 billion2 gituh

airfilterkotor Lv.15 13#

Gladiator | Credits 34016   
Pengarah Jabatan Air – 2.4 peratus
Timbalan Pengarah Jabatan Air – 1.5 peratus
Ibu Pejabat Juruukur Bahan – 1.5 peratus
Ketua Jurutera Air Operasi dan Penyelenggaraan – 1.5 peratus
Ketua Kewangan JANS – 0.7 peratus
Bahagian Akaun JANS – 0.4 peratus
Jurutera Daerah mengumpulkan wang (di bawah bidang kuasa Teo) – 0.25 peratus
Kementerian Kewangan Negeri – 1 peratus
Kementerian Pembangunan Infrastruktur Negeri – 1.5 peratus


link: Dalang Disebalik Projek Jabatan Air Sabah Terbengkalai, Timbalan Pengarah Dedah Menteri Terlibat
16 Jan 2023

missmarvolo Lv.8 14#

Honour | Credits 2104   
Kawan2 sabahan. lihat sendiri bah. kau mau salah semenanjung jak.

All contents are displayed