Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1777776   
Pendakwaan fail rayuan terhadap keputusan pembebasan anak bekas MB Perlis

BERNAMA




Mohd Syafeeq Mohd Shukri. FOTO FAIL BERNAMA



Kangar: Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepaskan dan membebaskan anak lelaki bekas Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Fariz Abdul Hamid berkata notis rayuan itu, difailkan kira-kira 4.30 petang semalam.

"Tindakan seterusnya, kami tunggu alasan penghakiman daripada Mahkamah Sesyen ini, baru kami (pihak pendakwaan) boleh failkan petisyen rayuan," katanya ringkas kepada pemberita hari ini.

Semalam, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 37, daripada pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM19,505.10 pada 14 Feb 2024.

Hakim Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh selepas meneliti keterangan saksi sepanjang perbicaraan.

Pada 23 Mei 2024, Mohd Syafeeq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen Pesanan Kerajaan (Bekalan/Perkhidmatan) Kerajaan Negeri Perlis, yang didakwa mengandungi butir matan palsu berkaitan tuntutan perkhidmatan menyediakan minuman untuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah.



Disiarkan pada: Mei 20, 2026 @ 3:52pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1360242/pendakwaan-fail-rayuan-terhadap-keputusan-pembebasan-anak-bekas-mb-perlis




159 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch