Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa
Seorang bapa, Wah Tee Tun, 49, menyaksikan sendiri anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.
KUALA TERENGGANU - “Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.”
Demikian detik memilukan diceritakan Wah Tee Tun, 49, apabila menyaksikan anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, di sini pada Selasa.
Menurut Tee Tun, rempuhan kuat sebuah kereta yang hilang kawalan menyebabkan sebatang tiang lampu patah sebelum melayang dan menembusi van dinaiki mereka.
“Kesan rempuhan itu agak kuat menyebabkan sebatang tiang lampu patah dan melayang menjunam ke arah van kami lalu terkena tepat pada leher anak saya.
“Badannya tidak mengalami kecederaan lain,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, di sini pada Rabu.
Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.
__________
Mangsa, Wah Han Keong, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian leher selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh sebuah Volkswagen Golf GTI.
Tee Tun berkata, ketika kejadian kira-kira jam 3.36 petang itu, mereka dalam perjalanan ke bandar untuk melakukan kerja-kerja pendawaian.
Menurutnya, sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju sebelum terbabas, melanggar pembahagi jalan dan merempuh van mereka.
Bapa mendiang, Wah Tee Tun (kiri) kelihatan sebak ketika ditemui di rumah upacara pengebumian di Jalan Syed Zain, Kuala Terengganu pada Rabu, selepas anak sulungnya, Wah Han Keong, 18, maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri pada Selasa.
Mendiang yang merupakan anak sulung daripada dua beradik difahamkan sedang menunggu keputusan permohonan menyambung pengajian dalam bidang automotif melalui Unit Pusat Universiti (UPU).
“Keputusan UPU sepatutnya keluar dalam sehari dua lagi iaitu pada 22 Mei ini. Segala persiapan telah kami lakukan, namun kami reda perancangan untuk melihatnya menyambung pengajian tidak kesampaian,” katanya.
Han Keong dikatakan meminati bidang automotif dan telah memohon untuk melanjutkan pengajian di Politeknik Dungun atau institusi sama di Kota Bharu, Kelantan.
Tee Tun yang menetap di Banggol Peradong, Manir menyifatkan anaknya sebagai seorang yang rajin, jujur dan sentiasa membantu keluarga dengan bekerja bersamanya selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.
“Dia tidak pernah membantah. Walaupun kadang-kadang saya berkasar atau memarahinya ketika bekerja, dia hanya tersenyum. Mendiang juga sangat rapat dan manja dengan ibunya,” katanya.
Menurutnya, keluarga akan mengambil tindakan undang-undang melalui peguam kerana insiden tersebut bukan berpunca daripada mereka dan turut mempunyai rakaman video kejadian.
Mayat mendiang dijadualkan dibawa ke Kelantan pada Khamis untuk urusan pengebumian.
Dalam kejadian itu, tiang Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dilanggar turut tumbang dan tertembus ke dalam van sehingga terkena penumpang hadapan, manakala dua lagi individu dilaporkan cedera ringan.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 21-5-2026 01:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak tergamak bak baca articles pasal tragedy ini apatah lagi nak play video dashcam
Semoga keluarga mendiang diberi ketabahan dan mendapat pembelaan sewajarnya
Sila dakwa si bangsat itu sampai tinggal cawat
Hope dia kene taboh cukup2 dlm lokap
Post time 21-5-2026 02:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Eqx replied at 21-5-2026 01:43 AM
Soalan aku, kereta lama yang mmg takda ABS kenapa boleh brek macam biasa ye? Sori noob.
Kereta yg abs rosak sama la dgn kereta yg x dak abs. Klu time emergency brake, instinctively hg akan tekan brake sampai lantai secara tiba2.
Kereta yg x dak abs, disebabkan momentum, akan terus luncur laju (skid) ke depan.
Utk kereta yg ada abs pula, sistem abs akan on off brake kereta tu supaya driver masih boleh mengawal stereng untuk mengelak halangan. So Risiko kereta terbabas atau hilang kawalan lebih rendah, terutama di jalan basah. Boleh check youtube.