Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1777776   
Bagok konco sindiket dadah Langkawi akan dituduh di mahkamah esok

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





KETUA Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah bercakap kepada media di IPK Kedah. FOTO Wan Nabil Nasir




Alor Setar: Individu dikenali sebagai Bagok yang mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah di Pulau Langkawi akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, suspek yang berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Suspek akan didakwa di Langkawi esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Adzli berkata, Mr A yang menjadi dalang dalam sindiket pengedaran dadah 'Pablo Escobar 2.0' sudah ditukarkan serta-merta.

"Dalam media sosial, saya nampak ada komen yang kurang enak mempertikaikan tindakan polis menukar saja 'Mr A'.

"Suka saya ingatkan, kita dah buat beberapa serbuan terhadap anggota polis terbabit tetapi barangan kes tidak ada dalam tangan... tak dijumpai.

"Namun Bagok ditahan kerana hasil ujian saringan air kencing terhadapnya didapati positif dadah dan dituduh di bawah Seksyen 39C ADB 1952," katanya.

Adzli berkata, untuk anggota polis itu, tindakan yang sama dilakukan dan tidak ada sikap pilih kasih malah serbuan turut dilakukan di rumah dan tempat kerjanya dua kali secara mengejut.

Namun katanya, hasil yang diperolehi negatif dan dia ditukarkan ke tempat lain bukan bererti polis melindungi atau menyelamatkan dia.

"Tindakan masih berterusan dan siasatan masih dijalankan malah langsung tiada double standard, " katanya.

Harian Metro sebelum ini mendedahkan, selepas kematian Pablo Escobar Langkawi, Mat Nahar, enam tahun lalu kini muncul semula satu rangkaian pengedaran dadah yang beroperasi secara tersusun di sekitar kepulauan ini didalangi seorang anggota polis dikenali 'Mr A'.

Malah, konconya juga adalah individu sama sebelum ini yang menjadi ahli sindiket Mat Nahar namun kini bekerja bersama 'Mr A' selepas ketua mereka dibunuh.



Disiarkan pada: Mei 20, 2026 @ 11:15am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1360088/bagok-konco-sindiket-dadah-langkawi-akan-dituduh-di-mahkamah-esok




172 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch