Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1777776   
Lelaki didakwa 13 pertuduhan guna MyKad individu lain beli petrol subsidi

Noorazura Abdul Rahman[email protected]





Azman Aziz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Baling: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas 13 pertuduhan menggunakan nombor kad pengenalan individu lain untuk membeli petrol bersubsidi pada Mac dan April lalu.

Tertuduh, Azman Aziz, 53, yang berasal dari Perak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa berpura-pura sebagai tiga individu lain berusia 23, 25 dan 57 tahun dengan menggunakan nombor kad pengenalan milik mereka untuk membeli kuota petrol bersubsidi di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95).

Perbuatan itu didakwa membabitkan kuota petrol berjumlah 594.459 liter bagi semua pertuduhan sehingga menyebabkan ketiga-tiga individu berkenaan mengalami kerugian kuota subsidi bulanan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di BH Petrol, Padang Lengkuas, di sini antara 18 Mac hingga 24 April lalu.

Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Masniah Dolah.

Masniah kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan minimum dengan alasan anak guamnya bekerja kampung dengan pendapatan RM3,000 sebulan selain menanggung isteri dan lima orang anak.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 8 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.



Disiarkan pada: Mei 20, 2026 @ 3:34pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1360232/lelaki-didakwa-13-pertuduhan-guna-mykad-individu-lain-beli-petrol-subsidi




162 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch