Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 86246   
Rohingya bina 'flat' di Sungai Tekali: Sebahagian binaan di tanah kerajaan, MPKj sudah keluarkan notis
Oleh Suharmin Yusuf - Jun 9, 2026 @ 11:58pm

Tangkap layar video tular memaparkan flat empat tingkat dipercayai didiami komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat. - Foto FB Datuk Johan Abd Aziz

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan notis terhadap struktur binaan di Sungai Tekali, Hulu Langat yang tular di media sosial selepas disahkan dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MPKj dalam kenyataan memaklumkan, semakan mendapati pembinaan berkenaan membabitkan Lot 217, Lot 218 dan sebahagian tanah kerajaan (rizab sungai) bersebelahan Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat.

Katanya, merujuk Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) tapak dizonkan untuk kegunaan perumahan.

"Selain itu, tiada sebarang permohonan yang dikemukakan melalui Sistem One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus Online MPKj yang membabitkan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan bagi apa-apa pembinaan di kawasan tersebut.

"Secara ringkasnya, pembinaan bangunan di lokasi tersebut dijalankan tanpa kelulusan MPKj," kata kenyataan itu, malam ini.

Menurut MPKj, pihaknya sudah menjalankan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan dan mengeluarkan notis serta arahan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Dalam kenyataan sama, katanya, lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat (PDTHL).

"Pihak MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan.

"Di samping itu, MPKj sentiasa bersama-sama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang dalam kawasan pentadbirannya," katanya.

Dalam pada itu, MPKj mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam membangkitkan isu ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, etnik Rohingya didakwa membina kediaman seakan flat empat tingkat secara tidak sah di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Pendedahan itu dilakukan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin, 50, atau dikenali Pak Azad yang secara kebetulan melalui jalan terbabit sebelum merakam video memaparkan keadaan flat yang mencurigakan.



Rate
There are 1 People reward the building owner
1081 Views
27 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


rosa_canina Lv.15 2#

Gladiator | Credits 37401   
hmm.. itu yg kebetulan ternmpk.. yg tak nmpk tu

nad014 Lv.10 3#

Survivor | Credits 5679   
dah tiru macam indon sesuka hati buat rumah ceruk mana

ultra78 Author 4#

Emperor | Credits 86246   
Mustahil binaan tu siap seminggu dua. Mesti dah bina beberapa tahun lepas. Pada zaman satelit dan drone pun pihak PBT dan pejabat tanah pun tak boleh nak monitor tanah rizab kerajaan. Takkanlah dalam tempoh setahun nak boleh round satu kawasan hulu langat tu dan identify binaan haram atas tanah kerajaan?
Follow Us

mejaputih Lv.13 5#

Challenger | Credits 16909   
siapa tn tanah yg bg kebenaran tu?

noor2 Lv.20 6#

Legenderer | Credits 165144   
Quote: ultra78 replied at 10-6-2026 08:40 AM
Mustahil binaan tu siap seminggu dua. Mesti dah bina beberapa tahun lepas. Pada zaman satelit dan dr ...

Org bodoh je percaya wujud tiba2 dan tiada org dlm di belakang..check la sapa yg makan rasuah duit haram rohingya sial ni...eiiiii geram tul...

noor2 Lv.20 7#

Legenderer | Credits 165144   
Buang la pengarah Majlis Perbandaran kajang ni ..tak.guna pun kerajaan Malaysia melantik org2 MPK ni buat kerja..tidur mkn gaji buta je semua

ADVERTISEMENT


primarikey Lv.11 8#

Highlander | Credits 7854   
Quote: mejaputih replied at 10-6-2026 08:45 AM
siapa tn tanah yg bg kebenaran tu?

Takde sape bg kebenaran uols...dorg bina kt tanah krjn, rizab sungai, bahagia betul dorg duk kt msia ni..siap bole bina rumah flat lg

shamsadis Lv.14 9#

Fighter | Credits 27381   
rasuah berleluasa patutlah Malaysia tak maju2

mejaputih Lv.13 10#

Challenger | Credits 16909   
Quote: primarikey replied at 10-6-2026 09:07 AM
Takde sape bg kebenaran uols...dorg bina kt tanah krjn, rizab sungai, bahagia betul dorg duk kt ms ...

Oo sbb semlm iols baca kat kosmo tuan tanah yg bg kebenaran..ces rupanya atas tanah kerajaan...so mpkj bola nk bwk tool pemusnah bangunan? Notis baru bg ke? Pdhal dah bertahun siap.

mejaputih Lv.13 11#

Challenger | Credits 16909   
Quote: noor2 replied at 10-6-2026 09:02 AM
Buang la pengarah Majlis Perbandaran kajang ni ..tak.guna pun kerajaan Malaysia melantik org2 MPK ni ...

Iols selalu komplen buat aduan kat web mpkj..tp xde tindakan

Rdizz Lv.10 12#

Survivor | Credits 6520   
Quote: mejaputih replied at 10-6-2026 09:17 AM
Oo sbb semlm iols baca kat kosmo tuan tanah yg bg kebenaran..ces rupanya atas tanah kerajaan...so  ...

Ooo tnh rizab kerajaan, pandai yer, masuk news tuan tnh yg benarkan tapi tnh kerajaan yg sebenarnya. Dlm hal ni penguatkuasa lah yg bertanggung jwp, mkn rasuah byk sgt kot, buat2 tak nmpk. Penguatkuasa tu mesti disiasat dan dihukum, bagi kerja suruh jaga kawasan, tapi dia pulak jadi pengkhianat.

silance Lv.8 13#

Honour | Credits 2531   
Baru-baru ni ada sapa ntah bagi explanation. Katanya depa dah raid bangunan itu taun lepas. Dah tangkap warga asing berapa puluh worangs ntah. Now hanya tuan tanah yang duduk situ.

Tapi dalam video ni, min 1.25 ada basikal roda tiga+ penuh besi buruk kat tepi tu. Tuan tanah punya ke? Or tuan tanah tu ialah rohingnya?

Laju la rakyat bagi komen.






BungaKencana Lv.11 14#

Highlander | Credits 9616   
dakwa tuan tanah dulu pastu baru sng nk robohkan binaan ni..

Rdizz Lv.10 15#

Survivor | Credits 6520   
Quote: silance replied at 10-6-2026 10:36 AM
Baru-baru ni ada sapa ntah bagi explanation. Katanya depa dah raid bangunan itu taun lepas. Dah tang ...

Ooo dah kena serbu, sorry mpkj, lepas kosong kejap, ada balik org dok situ. Kesian jugak kat penguatkuasa bkn senang nk benteras lubat samseng besar kepala, ada dibela oleh org besar politik atau taikun mana2 ke

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 16#

Master | Credits 65381   
Tengok dorang punya survival instinct, siap boleh buat rumah flat. Warga tempatan hanya tau mengangkang tunggu sabsidi sambil komplen. Kerajaan madani yang sangat rapuh pula layan sebab hadap undi itu sahaja lah senjatanya.

Aku ok je barter trade warga yang takde sumbangan ni dengan rohingya yang pandai dan rajin berusaha.

Dalcott Lv.9 17#

Adventurer | Credits 4702   
main tolak2 pulak. yg bangunan atas tanah org tu yer la. yg atas tanah gomen tu blh je buang kan

B40tastePosh Lv.13 18#

Challenger | Credits 18192   
Orang tempatan sihat tubuh badan jadi asnaf dan duduk rumah nak roboh.

prettyuglybabe Lv.18 19#

Master | Credits 68547   
kat gombak nun berlambak indon buat rumah 9 10 pintu..
pastu yang sewa orang kita..
dah berkurun takde apa tindakan pun..
cam mana dorang boleh dapat tanah buat rumah tu?
siap ada letrik air segala..
mustahil pbt tak tau..

noor2 Lv.20 20#

Legenderer | Credits 165144   
Rupa rupanya BUKAN SATU BANGUNAN..TP SATU KAMPUNG....


https://vt.tiktok.com/ZSQAhgd7r/


Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
More Isu Semasa
12Next