Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 144349   


Rosmah diarah bayar USD14.6 juta kepada syarikat barang kemas Lubnan

Mahkamah Tinggi benar saman Global Royalty Trading SAL terhadap Rosmah Mansor susulan kehilangan 43 barang kemas.[size=0.9em][size=1em][size=1em]Ho Kit Yen
Mahkamah Tinggi juga tolak tuntutan Rosmah Mansor untuk mendapatkan indemniti (ganti rugi tanggungan) daripada polis. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah Mansor membayar USD14.6 juta kepada syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 barang kemas pada 2018.
Hakim Quay Chew Soon membenarkan saman yang difailkan oleh syarikat itu terhadap Rosmah, yang menuntut pemulangan semua 43 barang kemas tersebut atau pembayaran nilai anggarannya sebanyak USD14.6 juta.
Berhubung pihak polis yang dinamakan Rosmah sebagai pihak ketiga dalam kes itu, Quay menolak tuntutan beliau untuk mendapatkan indemniti (ganti rugi tanggungan) daripada mereka.
Dalam keputusannya, Quay berkata, Rosmah tidak pernah menafikan 43 barang kemas tersebut sudah dihantar kepadanya untuk dilihat, dan beliau kemudiannya gagal mengembalikan barangan berkenaan kepada Global Royalty.
“Sebaik sahaja penghantaran, pemilikan, dan kegagalan memulangkan barangan tersebut dibuktikan, menjadi tanggungjawab defendan (Rosmah) memberi kewajaran mengapa beliau tidak memulangkannya,” kata hakim.
Hakim juga mendapati, pembelaan Rosmah dalam kes tidak konsisten dengan pendirian diambilnya ketika kerajaan memohon melucuthakkan barangan kemas dan barangan mewah lain yang dirampas dari unit kondominium 45 di Pavilion Residences pada 2018.
“Pada prosiding terdahulu, beliau menyatakan 43 barangan kemas tersebut bukan miliknya dan bergantung kepada nota konsainan tersebut.
“Namun, pada prosiding ini, beliau mempertikaikan kesahihan nota konsainan yang sama. Cabaran dibuat hanyalah tipu muslihat,” kata Quay.
“Defendan cuba bergantung kepada pihak keselamatan, pengawal peribadi, kakitangan, dan pelayan peribadi yang tidak dinamakan untuk menjelaskan bagaimana barangan kemas itu dibungkus, bagaimana beg tersebut dikunci, dan seterusnya dibawa ke unit 45.”
Di mana barangan kemas hilang?
Ketika perbicaraan, mahkamah dimaklumkan pihak kerajaan memiliki satu daripada barangan kemas berkenaan pada 2022.
Quay berkata, tiada bukti dikemukakan di mahkamah bagi menunjukkan baki barangan kemas lain turut dirampas polis.
“Dakwaan defendan bahawa barangan kemas itu telah dirampas polis adalah pembelaan dibangkitkan bagi menjawab kegagalan memulangkan barangan berkenaan.
“Namun, fakta mengenai pergerakan dan pengendalian barangan kemas tersebut merupakan perkara dalam pengetahuan sendiri, dan beliau tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya hanya dengan merujuk kepada serbuan polis dan meminta mahkamah mengandaikan 43 barangan tersebut dirampas,” katanya.
Quay berkata, Rosmah ketika pemeriksaan balas, mendakwa beliau tidak tahu unit 45 sedang dalam pengubahsuaian atau siapa yang memasukinya, antara 9 dan 17 Mei 2018, sebelum serbuan dilakukan.
“Keterangan menunjukkan beberapa individu mempunyai akses ke unit 45 dan telah memasukinya dalam tempoh satu minggu itu,” tambah beliau.
Peguam David Gurupatham mewakili Global Royalty, manakala Rajivan Nambiar mewakili Rosmah. Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak polis.

677 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 18192   
Maksudnya dah kena rompak?

airfilterkotor Lv.15 3#

Gladiator | Credits 34054   
Berdamailah dengan takdir.

-Netijen Msia.

supernaturalee Lv.17 4#

Superior | Credits 56984   
FM....sampai 2 thread ko bukak ye



Follow Us

FOTHER-MUCKER Author 5#

Legenderer | Credits 144349   
Quote: supernaturalee replied at 9-6-2026 11:36 PM
FM....sampai 2 thread ko bukak ye

Masalah dengan cari forum.

airfilterkotor Lv.15 6#

Gladiator | Credits 34054   
Mana pi Skot Gempur Selamatkan Maruah Isteri PM...? Lari masuk guakah?

ketipongtipah Lv.7 7#

Revolutioner | Credits 1382   

ADVERTISEMENT


kemaruk Lv.16 8#

Conqueror | Credits 41701   
Maksudnya rosmah bukan pemilik barang2 kemas tu la kan seperti yang difitnah

Satu persatu fitnah terungkai jua akhirmya

manopBKK Lv.7 9#

Revolutioner | Credits 1312   

Marilah bersolidariti @ bergadai beramai-ramai





All contents are displayed