Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

ultra78 Lv.19

Fav
Emperor | Credits 86249   
Pengadil Terbaik Afrika terlepas Piala Dunia 2026 selepas dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat
Astro AWANI

10/06/2026 | 08:20 MYT

Omar Abdulkadir Artan

IMPIAN pengadil dari Somalia, Omar Abdulkadir Artan untuk mencipta sejarah di pentas Piala Dunia 2026 tidak kesampaian apabila beliau dilaporkan dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat.

Artan, yang dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik Afrika 2025 oleh Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), sepatutnya menjadi pengadil pertama dari Somalia yang mengendalikan perlawanan di kejohanan Piala Dunia lelaki.

Bagaimanapun, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, beliau menjalani pemeriksaan lanjut sebelum akhirnya diarahkan pulang ke Istanbul selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat menolak kemasukannya.

Dalam satu kenyataan rasmi, FIFA mengesahkan bahawa Artan tidak akan dapat menjalani latihan mahupun mengadili perlawanan di Piala Dunia 2026 susulan keputusan tersebut.

“FIFA mengesahkan bahawa pegawai perlawanan Omar Abdulkadir Artan tidak dapat menjalani latihan dan bertugas pada Piala Dunia FIFA 2026 selepas dinafikan kemasukan ke Amerika Syarikat. FIFA tidak terlibat dalam proses imigresen negara tuan rumah dan dimaklumkan bahawa status beliau tidak akan berubah buat masa ini,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat memaklumkan bahawa Artan telah menjalani pemeriksaan tambahan sebelum didapati tidak layak memasuki negara berkenaan atas faktor berkaitan proses tapisan keselamatan. Tiada penjelasan lanjut diberikan mengenai sebab khusus keputusan itu.

Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk daripada wakil kerajaan Somalia yang menyifatkan keputusan berkenaan sebagai tamparan kepada prinsip keadilan, merit dan semangat kesukanan.

Walaupun terlepas peluang bersejarah itu, Artan tetap menunjukkan semangat profesional apabila merakamkan penghargaan kepada FIFA dan CAF atas sokongan yang diterimanya serta mendoakan kejayaan rakan-rakan pengadil sepanjang kejohanan berlangsung.

Beliau turut menyatakan komitmennya untuk terus meningkatkan prestasi dan berharap dapat kembali mengendalikan pertandingan antarabangsa pada masa akan datang.

Rate
There are 1 People reward the building owner
429 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


manopBKK Lv.7 2#

Revolutioner | Credits 1330   



ultra78 Author 3#

Emperor | Credits 86249   
Trump memang anti Somalia. Imigresen pun sudah ban orang dari Somalia

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 65388   
Sports is politics. Dia sokong Iran ka?
Follow Us

kucingitam Lv.14 5#

Fighter | Credits 26709   
elok semua team boikot je Piala Dunia tahun ni..biar amerika main bola sorang2..dah la tak terer main bola..eksen kemain.

Dwdrum Lv.14 6#

Fighter | Credits 24542   
Trump tidak tahu ka... the most successful refugess di amerika dari somalia... Seperti ilhan omar and colony...

Blu3butter Lv.5 7#

Minder | Credits 769   
Dgr cerita byk sgt masalah timbuk. Elok boikot je la

All contents are displayed