Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211045   
  




IPOH – Daerah Manjung yang pesat membangun dengan industri pembinaan dan maritim dipercayai mempunyai etnik Rohingya paling ramai di negeri ini.


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kebanyakan mereka memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).


“Bagaimanapun, kita pun tak pasti keaslian dia sebab bilangan terlalu ramai tetapi perkara ini dalam pemantauan.


“Kita juga mengambil maklum perkara itu menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta keluh-kesah dalam kalangan orang tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Bulan Falak Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 1448H/2026M di sini hari ini.


Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan jumlah sebenar etnik itu di Perak terutamanya Manjung.


Katanya, peningkatan jumlah etnik berasal dari barat Myanmar tersebut secara tidak langsung boleh memberikan implikasi kepada rakyat tempatan termasuk perihal keselamatan.


Jelasnya, kesemua mereka kini dalam ‘radar’ dan pemantauan agensi berkaitan.




Sumber – KOSMO! ONLINE
561 Views
9 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Kitty_catz Lv.14 2#

Fighter | Credits 24814   
wala-manjung masuk wala-manjung.. ate betoi ke kome???

silance Lv.8 3#

Honour | Credits 2558   
Perlis banyak, kedah banyak, langkawi lagi banyak, manjung banyak, bidor banyak (pusat tahanan sehinnga melompat keluar 100++) Area perai  (pusat tahanan sehinnga melompat  ramaaaaiiiiiii keluar) selayang banyak, silang pun banyak, bukit bintang pun ada, pandan pun banyakk, langat banyak, puchong banyak, klang banyak, nisimilan pun ada, melaka banyak, marang banyak, ganu banyak, kelate banyak. Hooooiiii, Semua dalam pemantauan konon.

FOTHER-MUCKER Lv.20 4#

Legenderer | Credits 144395   
Isu ini panas sementara sahaja. Bila keadaan sudah sejuk kehidupan mereka akan kembali seperti biasa menolak kereta sorong penuh dengan kotak di persekitaran KLCC.

Percayalah.
Follow Us

supernaturalee Lv.17 5#

Superior | Credits 57042   
damn

iols sekali sekala balik kampung tak perasan la pulak set2 ni

manjung celah mana sbnrnya ni



silance Lv.8 6#

Honour | Credits 2558   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 12-6-2026 11:11 AM
Isu ini panas sementara sahaja. Bila keadaan sudah sejuk kehidupan mereka akan kembali seperti biasa ...

Mereka harap rakyat akan lupa sebab busy dengan hal lain contoh berebut kerusi prn. Leka hal lain contoh welkap Go go go! Ale ale ale  Go go go! Ale ale ale

Gokuuu Lv.4 7#

Keeper | Credits 436   
Kesayangan Pudin Pokka

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 8#

Honour | Credits 2558   
https://www.msn.com/en-my/news/o ... 9582ec3e9&ei=16

Baru nak identify ke? Rakyat dah lama pendam marah baru sekarang nak identify.

tagas Lv.12 9#

Defender | Credits 12415   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 12-6-2026 11:11 AM
Isu ini panas sementara sahaja. Bila keadaan sudah sejuk kehidupan mereka akan kembali seperti biasa ...

Khennn
seminggu dua ja kecoh nya


redha n terima jelah hakikat n takdir

yg kita sume perlu meneruskan kehidupan dgn bangsa2 nih

Missjenny 10#

Post Banhammer | Credits -8   
Good day friends, I am a match maker i do connect interested men who are down to have fun with Malaysia Rich Sugar Mummies in any area of your choice or who need companion relationship, I have some rich Malaysia Sugar Mummies looking for fun around your city they offer RM6,000 a night and they are really beautiful they just want casual fun message on TELEGRAM: Missjeenny

Contact on Telegram: @Missjeenny      and get connected today and earn huge cash from rich sugar mummy today Contact on Telegram: @Missjeenny

All contents are displayed