Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1100000   


Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah bersama Abang Johari dan anaknya, Dayang Nurjihan merakam gambar dengan yang lain semasa pementasan teater ‘Sebuah Montaj Sejarah: Teater Tun Openg – Awal Sebuah Legasi’ di Kuching, pada malam Sabtu. - Gambar UKAS

KUCHING: Legasi dan perjuangan Allahyarham Tun Datuk Abang Openg terus diangkat dan dipelihara menerusi pementasan teater ‘Sebuah Montaj Sejarah: Teater Tun Openg – Awal Sebuah Legasi’ yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam Sabtu

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), pementasan anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) itu mengisahkan perjalanan hidup serta legasi kepimpinan Allahyarham Tun Openg yang memainkan peranan penting dalam sejarah pembangunan Sarawak.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri pementasan tersebut.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama anakanda Dayang Nurjihan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memartabatkan sejarah dan warisan negeri.

Melalui pendekatan naratif dan dramatik, teater berkenaan menelusuri cabaran, perjuangan serta prinsip hidup Allahyarham Tun Openg ketika berdepan era peralihan kuasa, pendudukan Jepun dan pergolakan politik negeri.



Sebahagian adegan pementasan teater ‘Sebuah Montaj Sejarah: Teater Tun Openg – Awal Sebuah Legasi’ di Kuching, pada malam Sabtu. - Gambar UKAS

Pengerusi PASBK Abdul Rahman Zainuddin berkata, pementasan itu merupakan satu amanah besar kepada komuniti seni untuk menyampaikan kisah serta nilai perjuangan seorang tokoh yang banyak berjasa kepada Sarawak.

Menurut beliau, usaha tersebut bukan sahaja bertujuan menghidupkan semula sejarah, malah memberi peluang kepada generasi muda mengenali sumbangan tokoh berkenaan terhadap pembangunan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh tenaga produksi termasuk pengarah, penulis, pelakon, pemuzik dan kru teknikal yang menjayakan pementasan berkenaan dengan penuh dedikasi.

Teater tersebut dihasilkan berdasarkan naskhah buku karya Dato Dr Jeniri Amir dengan idea asal oleh Dahiri Saini, manakala arahan serta skrip olahan disempurnakan oleh Abdillah Untong.

Persembahan turut diserikan dengan penampilan Orkestra dan Kombo PASBK yang diketuai Narawi Rashidi selaku konduktor.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, timbalan-timbalan menteri, ketua-ketua jabatan serta tetamu kenamaan lain.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
210 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch