Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 144346   
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-6-2026 01:25 AM



RM600,000 diperlukan untuk roboh 'flat' haram komuniti Rohingya di Sungai Tekali - Mohd Sany




BANGUNAN seakan flat dihuni komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Sebanyak RM600,000 diperlukan bagi merobohkan bangunan seakan 'flat' empat tingkat yang dibina secara tidak sah oleh komuniti Rohingya di kawasan terpencil di Sungai Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, kertas kerja perobohan bangunan itu dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan kini sedang menunggu bajet daripada kerajaan negeri.

"Dapat sahaja bajet daripada kerajaan negeri, operasi perobohan akan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan agensi di peringkat daerah," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Sany berkata, kebanyakan daripada kalangan komuniti Rohingya juga meninggalkan kawasan berkenaan, melainkan tiga keluarga setakat ini.

"Saya dimaklumkan sekurang-kurangnya tiga keluarga masih lagi tinggal di situ, tapi yang lain semua sudah keluar," katanya.
Beliau turut menyifatkan isu membabitkan komuniti Rohingya dilihat sangat rumit dan kompleks.

Katanya, kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) perlu mencari satu jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu pelarian Rohingya di Malaysia.

Beliau berkata, untuk menyelesaikan isu Rohingya juga bukannya mudah, selain kesannya bukan sahaja dialami oleh negara ini semata-mata.

"Kita boleh tangkap dan tempatkan mereka di kem tahanan. Tetapi bila ditangkap dan ditempatkan di kem tahanan itu, kos yang kita kena tanggung untuk seorang di kem tahanan adalah sebanyak RM90 sehari.

"Kemudian, kita tidak boleh nak hantar mereka balik ke negara asal. Kalau kita hantar balik, hukuman (dikenakan kepada mereka) mati.

"Ia tidak sama seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam atau dari negara lain," katanya.
Beliau turut berpandangan penghantaran pelarian Rohingya di negara ini ke pulau terpencil di Bhasan Char, Bangladesh seperti dicadangkan sesetengah pihak bukannya mudah.

"Pada saya, ia bukan satu isu yang mudah. Nak hantar mereka ini saya rasa perlu mendapat persetujuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNHCR.

"Ini disebabkan soal berkaitan keperluan kehidupan mereka itu pada saya ia satu perkara yang penting," katanya.

Dalam masa sama katanya, isu Rohingya seperti masalah jenayah dan kesihatan di negara ini juga perlu ditangani dengan lebih bijaksana.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, isu pelarian Rohingya di Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh membabitkan pelbagai agensi dan negara berkaitan, bukan hanya penguatkuasaan oleh polis semata-mata.

Ayob Khan berkata, berdasarkan statistik UNHCR sehingga April 2026, terdapat 219,472 pemegang kad UNHCR di Malaysia, dengan 197,591 daripadanya warga Myanmar.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 128,200 adalah daripada komuniti Rohingya.



Rate
There are 1 People reward the building owner
1325 Views
35 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 144346   

FOTHER-MUCKER Author 3#

Legenderer | Credits 144346   
Kerajaan tidak serius nak lakukan sesatu kepada Rohingya kerana mereka sibuk berbalah sesama mereka untuk menjadi pemerintah dan nak jadi PM.

FOTHER-MUCKER Author 4#

Legenderer | Credits 144346   
Kerajaan tidak serius nak lakukan sesatu kepada Rohingya kerana mereka sibuk berbalah sesama mereka untuk menjadi pemerintah dan nak jadi PM.

Follow Us

mejaputih Lv.13 5#

Challenger | Credits 16909   
so yg dah keluar tu dorg ke mana? buat flat kat tempat lain pula ke?

silance Lv.8 6#

Honour | Credits 2531   
Panggil jengkaut roboh bangunan buruk pun 600k? Lantaklah, janji roboh. Ini kan negara kaya.

pocongkiutss Lv.14 7#

Fighter | Credits 27496   
Huk aloh..nak sakau la tu kan?

Rasanya kalau boleh volunteer robohkan..ramai je standby nak tlg

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 8#

Honour | Credits 2531   
Quote: pocongkiutss replied at 12-6-2026 05:56 PM
Huk aloh..nak sakau la tu kan?

Rasanya kalau boleh volunteer robohkan..ramai je standby nak tlg

Hehe... kalu jemput gotong-royong pun ramai yang sanggup tu. Ada gambar sebenarnya kat depan bangunan tu pun ada banyak sarang on the ground juga.

Purestteam1 Lv.7 9#

Revolutioner | Credits 1365   
"ini kerajaan kami"

Rdizz Lv.10 10#

Survivor | Credits 6520   
Quote: FOTHER-MUCKER replied at 12-6-2026 05:22 PM
https://m.youtube.com/watch?v=aQ8SrQcXmhg&ra=m

Oh owner tnh dan rmh tu cina? Jenis ambil kesempatan dan tak ikut undang2 yg tu lah, janji duit masyuk. Patut tangkap segera dan hukum berat owner tnh dan rmh tu.

Decaffeinated Lv.18 11#

Master | Credits 65381   
197k pelarian dari Myanmar, 128k daripadanya Rohingya. Selebihnya?

Rdizz Lv.10 12#

Survivor | Credits 6520   
Edited by Rdizz at 12-6-2026 06:24 PM

Nk roboh sampai rm1/2 juta lebih? Apa yg mahal sgt, kos tenaga kerja kah? Patut owner tnh dan rmh tu tanggung sebab pandai buat, pandailah roboh. Kerajaan/pbt pulak nk kena byr, byk cantik. Makin besar kepala owner jahat tu. Kalau owner tak mau byr, rampas harta dan cairkan supaya kos tu ditanggung owner.

Bagi tempoh pd owner, gagal lunas sekian masa, rampas tnh tu.

ninja boy Lv.16 13#

Conqueror | Credits 46979   
Tuan sewa dah kaut untung 400x20bilikx5 tahun = 500k, tolak modal 50k mungkin batu simen kutip construction = 450k tolak air api 50k =400k

ninja boy Lv.16 14#

Conqueror | Credits 46979   
Edited by ninja boy at 12-6-2026 06:53 PM

bom/tebang tiang bawah terus roboh semua

axl_bach Lv.17 15#

Superior | Credits 58406   
Isu Rohingya ni, mcm gak isu Israel-Palestine, sgt kompleks.... Bkn mcm yg Acik porem fikirkan.... Sebagaimana isu Palestine X semudah HALAU ISRAEL KELUAR DARI SANA, mcm tu gak dgn isu Rohingya ni....

Tp yer lah, semua sembang tanpa ada autority, mmg sedap bagi cadangan....

Setiap tindakan kerajaan ada kos dia, nk biarkan tanpa apa2 tindakan jadi isu masalah sosial dan jenayah.... Ambil tindakan tegas tangkap dan tempatkan dlm satu kawasan ada kos dia, nak tangkap dan hantar balik ke Rakhine ada kos dia, nk tangkap dan hantar ke tempat lain sapa nk terima....

So kerajaan kena perhalusi kos dan juga kesan setiap tindakan, samada biarkan tanpa apa2 tindakan, atau biarkan dgn berikan sedikit hak, atau tangkap dan tempatkan di satu tempat yg khas tp kena tanggung kos kebajikan, sbb tangkap dan halau keluar bukan satu pilihan yg kerajaan ada....

ADVERTISEMENT


honeybee1802 Lv.15 16#

Gladiator | Credits 31278   
Letup je la mercun2 rampasan tu...ke thn ni takde rampasan?

FOTHER-MUCKER Author 17#

Legenderer | Credits 144346   
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-6-2026 07:54 AM



Hah akan di ambil tindakan!


https://m.youtube.com/watch?v=s96iLyQ9nyI&ra=m

Friska Lv.13 18#

Challenger | Credits 15884   


noor2 Lv.20 19#

Legenderer | Credits 165144   

noor2 Lv.20 20#

Legenderer | Credits 165144   
Aku nk tahu siapa tuan tanah celaka yg benarkan rohingya bina flat atas tanah dia tu
More Isu Semasa
12Next

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link