Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 144291   





Juragan terjun laut elak ditahan

12 Jun 2026, 9:40pm
Bot digunakan untuk menyeludup pelbagai barangan kawalan (foto kecil) yang dirampas dalam operasi di perairan Semporna awal pagi tadi. – Foto Maritim Malaysia


Oleh: Abdul Rahemang Taiming

SEMPORNA: Cubaan menyeludup pelbagai barangan kawalan menggunakan bot pam dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di perairan daerah ini, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Zon Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, bot pam tanpa nombor pendataran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan ketika sepasukan anggota mengendalikan Bot Banggi 09 yang melaksanakan rondaan bersepadu menerusi Ops Sejahtera, Op Khas Cegah PATI (OCP) Covid-19 Sektor Timur dan Op Tiris 4.0. kira-kira jam 4.20 pagi.

“Bot pam itu memecut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya dipintas kira-kira 25 minit kemudian di kedudukan 0.1 batu nautika timur laut Kampung Bangau-Bangau.

“Bagaimanapun, juragan bot terjun ke laut sebelum melarikan diri ke kawasan perumahan atas air berhampiran bagi mengelakkan ditahan,” katanya melalui kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas bot menemukan pelbagai barangan dipercayai cuba diseludup keluar, termasuk tujuh unit tong gas petroleum cecair (LPG), lima tong plastik berisi petrol serta 10 beg beras seberat 10 kilogram (kg) pelbagai jenama.

Turut dirampas 14 tin cat berisipadu lima liter, sembilan tin cat bersaiz satu liter serta sebuah tong ikan berwarna merah,” katanya.

Semua barangan rampasan termasuk bot dan enjin ditunda ke Jeti Kem Azumi, Semporna sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Maritim Zon Semporna untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.


241 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch