Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1818211   
Polis bongkar operasi pusat panggilan scammer di Batu Ferringhi, 5 warga asing ditahan

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 11, 2026 @ 8:32pm





Foto hiasan.



GEORGETOWN: Polis membongkar operasi sindiket 'call centre' yang mendalangi kegiatan penipuan pelaburan pertukaran mata wang USDT (kripto) di sebuah premis di Batu Ferringhi, semalam.

Serbuan turut membawa kepada penahanan lima warga asing termasuk dua wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, semua suspek ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan itu bagi tujuan penipuan dengan menyasarkan mangsa dari negara China.

Hasil serbuan, katanya polis merampas 10 telefon bimbit, komputer riba, papan kekunci, tetikus, monitor dan router diprcayai digunakan dalam kegiatan jenayah itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan.

"Semua tangkapan akan dibawa ke mahkamah bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan," katanya melalui kenyataan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/06/1570372/polis-bongkar-operasi-pusat-panggilan-scammer-di-batu-ferringhi-5-warga





220 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch