Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

YgBenar Lv.19

Fav
Emperor | Credits 87611   
Kepada YBM Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, YB tengok ke tidak surat dari PPD yang saya share semalam?



YB respon macam tak baca pun artikel saya tulis semalam. Saya tulis jelas :

1. Dah buat 2 report polis sejak tahun lepas.
2. Dah buat 2 report Sispaa

Itulah saluran yang paling betul. Tiada lagi tempat yang lebih tepat untuk dibuat aduan selain dua pihak terbabit.

Namun, apa jawapan PPD? "Sukacita dimaklumkan bahawa, bla, bla, bla...."

Seorang murid usia 16 tahun mengandung YB. Pregnant. Bukan takat raba ke, sentuh ke. Mengandung. Angkara siapa? Angkara guru sendiri‼️

Ahli keluarga murid buat report polis, buat report Sispaa.

Apa tindakan PPD pada guru tersebut?

1. Guru itu dinasihatkan tidak lagi menjalinkan hubungan sulit (seks) dengan murid. Whatttt‼️

2. Guru tersebut dinasihatkan tidak membawa murid berlainan jantina dalam kereta dan perlu ada kebenaran ibubapa. Whatttt‼️

3. Pengetua dinasihatkan agar memantau guru tersebut. Whattt‼️

Guru tersebut masih bebas dan mengajar macam tak ada apa.

YBM. Budak bawah umur mengandung YB. Bukan isu murid kena cubit nak ambil tindakan ringan ni.

Dah buat report polis dan Sispaa, tapi tindakan dari PPD dan KPM sangat-sangat mengecewakan. Tindakan PPD tak lindungi murid tersebut dan murid-murid lain dari guru pedophile pun. Apa lagi ahli keluarga mangsa nak buat?

Apa lagi?

YB keluarkan kenyataan seolah-olah tiada laporan yang dibuat. Sedangkan semua peringkat laporan keluarga mangsa dah buat.

Report dibuat 7 bulan lepas lagi, tapi guru masih bebas di sekolah, risiko keselamatan mangsa dan murid-murid lain terdedah tanpa apa-apa tindakan dari KPM.

Sebab tu keluarga mangsa hubungi saya. Agar saya viralkan kes ini dan suspek dapat segera diambil tindakan.

YBM, satu nasihat saya. Jangan defensive. Jangan beri alasan. Jangan spin cerita untuk nak jaga nama baik PPD, JPN dan KPM.

Jenayah berlaku di sekolah.
Ada murid menjadi mangsa.
Tindakan PPD, JPN dan KPM tak betul.

Akui hal itu, dan buatlah kenyataan media dengan tegas,

"Saya ambil maklum isu salah laku seksual guru di Lawas. Saya kecewa dengan tindakan PPD tidak pool serta merta suspek hingga membawa ancaman keselamatan pada mangsa dan murid-murid lain.

Saya akui laporan tersebut adalah benar dan saya tak akan berkompromi dengan guru seperti ini. Saya juga akan keluarkan arahan agar semua PPD buka balik setiap aduan salah lalu seksual oleh guru dan gantung tugas mereka serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.

Saya akui ada kelemahan dalam SOP kita untuk tangani kes seperti ini. Saya akan betulkan SOP kerana keselamatan murid-murid adalah keutamaan saya".

Itu sepatutnya respon yang YB patut buat. Bukan defensive. Bukan menafikan. Bukan menyalahkan orang yang tularkan kes tersebut.

Sepatutnya YB ucap terima kasih kepada pihak yang tularkan kes tersebut kerana keselamatan murid-murid lebih terjamin selepas guru itu di'pool'kan dan tidak lagi bertugas di sekolah.

Begitulah.

#MFS
.
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
800 Views
10 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


borne Lv.9 2#

Adventurer | Credits 3227   
Banyak betol sisi gelap bidang perguruan ni ye..

ninja boy Lv.16 3#

Conqueror | Credits 46962   
Patutla ada setengah anak cikgu x menjadi, ada cikgu mati sakit tersiksa, ada cucu cikgu mati xde keturunan, ada cikgu masuk hospital, mungkin niat bekerja itu check balik lah

mehmet Lv.11 4#

Highlander | Credits 8076   
Ketua jabatan pakat seronok ke apa.
Follow Us

Purestteam1 Lv.7 5#

Revolutioner | Credits 1357   
keje jkom gak best..haha

sayawifenikmie Lv.16 6#

Conqueror | Credits 48312   
Edited by sayawifenikmie at 14-6-2026 09:10 PM

kalau Polis tak ambil tindakan .. tak ada kes yg dibawa ke mahkamah utk tuduh guru itu .. apa PPD boleh buat ?

Saya bukan nak side PPD .. tapi rigol (melibatkan perempuan bawah umur) ni kesalahan jenayah
kena lah dibuat pertuduhan di mahkamah
jatuhkan hukum salah atau tidak salah
kalau tidak .. makin berkepak lah

kalau lepas lapuran polis senyappp (katanya dah 7 bulan buat lapuran)
macam inesen tak salah lah cikgu tu gamaknya

NFA ke apa ?
kena minta penjelasan pihak polis dan DPP jugak lah kot

ke macam mana ?

batmana Lv.16 7#

Conqueror | Credits 40123   
dia camni, print banner besar2
tulis ayat berbunyi

guru boleh hubungan sulit dengan murid di sekolah oleh pejabat pendidikan sekian2, nama pegawai yang tandatangan tu, pastu tulis bawah itu, tindakan hanya dikenakan nasihat aja

=no reman, tahanan, polis, rela, pak guard bagai

buat kempen galakkan hubungan antara guru dan murid di bawah arahan pejabat pendidikan itu, buatla pesta ke konsert ke kt situ, biar kene balik kt pegawai tu

ADVERTISEMENT


shernazz Lv.17 8#

Superior | Credits 58947   
Kita perlukan.bphp di malaysia...

#penangan.teach u a lesson

s@s@ Lv.9 9#

Adventurer | Credits 3819   
menteri ni sibuk 6 7 ja.... berapa byk kes jenayah nk cover?

BungaKencana Lv.11 10#

Highlander | Credits 9616   
kite kne dgr ckp YB Menteri

AraBellaJuan87 Lv.9 11#

Adventurer | Credits 3029   
Lawas dah jadi daerah di Sabah eh? Since when? Ngeri gak basic knowledge reporter penCARIan ni.

Memang celaka ya pesalah2 seksual terhadap kanak2 ni boleh dilindungi PPD dan sekutunya. Ni nasib ada Cikgu Fadli tu nak bising. Kalau x? Senyap begitulah sampai ke sudah? Sekolah kot. SEKOLAH~! Bukan kelab malam.

Setuju poolkan dan berhentikan terus je pelaku2 kejahatan ni. Xguna simpan.

All contents are displayed