Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

FOTHER-MUCKER Lv.20

Fav
Legenderer | Credits 144301   
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-6-2026 09:18 PM



Kerajaan tanggung RM30 juta setahun kos rawatan RohingyaSALAWATI MAT BASIR



PETALING JAYA: Kerajaan menanggung kira-kira RM30 juta setahun bagi membiayai kos rawatan kesihatan, termasuk perkhidmatan bersalin, melibatkan pelarian etnik Rohingya di hospital kerajaan.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, isu Rohingya kini bukan lagi sekadar kemanusiaan, sebaliknya melibatkan keupayaan negara mengurus populasi pelarian yang semakin meningkat.

Beliau berkata, kadar kelahiran yang tinggi dalam kalangan komuniti pelarian menyebabkan tekanan tambahan terhadap kemudahan awam termasuk hospital kerajaan, sekolah dan perkhidmatan sosial.

“Kita lupa, golongan pelarian (Rohingya) ini beranak dekat 10 orang, rakyat Malaysia satu dua sahaja. Jadi di sini orang dah bising dari segi kemudahan hospital, sikap dia sedangkan yang bayar cukai itu kita.

“Ada dalam laporan yang sah mendedahkan, kerajaan menanggung kira-kira RM30 juta setahun untuk urusan beranak, sakit dan rawatan di hospital kerajaan.

“Itu duit siapa? Itu duit cukai rakyat Malaysia. Bila rakyat Malaysia sendiri terpaksa berkongsi kemudahan yang semakin sesak, sudah tentu timbul rasa tidak puas hati.

“Bila rakyat Malaysia nak bersalin, terpaksa berhimpit-himpit dengan mereka (pelarian) memanglah kita marah,” katanya menerusi Siar Audio Bawa Otak topik Rohingya yang disiarkan di Facebook (FB) UKM Pakarunding.

Salawati berkata, kegagalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewujudkan sistem kawalan dan pemantauan yang berkesan terhadap pelarian sejak awal menjadi punca masalah berpanjangan.

“KDN mana pengawalan pelarian? Daftar pengawalan pelarian (DPP) yang ada sekarang ini bukan mekanisme pengawalan. Kita kena ada mekanisme pengawalan dari awal dia masuk, kita nak tempatkan dia di mana?

“Kita nak pastikan, mereka ini anak keluar kan? (beranak pinak) dan kalau mereka tak berpendidikan siapa nak ambil? Itu yang berlambak dekat Malaysia sekarang,” tegasnya.-UTUSAN


Rate
There are 1 People reward the building owner
420 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


FOTHER-MUCKER Author 2#

Legenderer | Credits 144301   
Sekarang ini isu Rohingya tengah panas! Hahaha

FOTHER-MUCKER Author 3#

Legenderer | Credits 144301   
Sekarang ini isu Rohingya tengah panas! Hahaha

silance Lv.8 4#

Honour | Credits 2530   
Edited by silance at 14-6-2026 01:56 PM

Muhibah | Lagu Tema Hari Kebangsaan ke-13 (1970)  

Heeeyyyyy, rakayat malasia ni warm-warm chicken shit lah. Nanti leka balik la tu. Kita suda muhhibbah sejak purbakala la......  
Eh eh eh      eh eh he heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.................






Follow Us

Rdizz Lv.10 5#

Survivor | Credits 6520   
Kos hospital rohingya mintk drp suhakam, staf unhr, sitii kasim dgn geng seangkatan dgnnya, syg rohingya sgt, tak mau byr lelong reta depa tu.

Kami rakyat tak mau kerajaan tanggung, duit tu buat hospital baru, buat highway baru atau tambah lorong, ni byr tol masuk dlm jem tiap kali waktu perayaan, betul2 buat rakyat stress. Pemurah tak kena tempat, yg ni sgt kena dgn kera diutan disusukan, ank dlm rmh kebuluran. KDN oii, solve the root cause bkn bagi alasan dan kesian tak kena tempat. Yg dah masuk berlambak dah, sekat yg bakal masuk tu cepat.

Friska Lv.13 6#

Challenger | Credits 15884   
Edited by Friska at 14-6-2026 09:15 PM

https://www.facebook.com/MohdMas ... yumVnDFpXdLZQPobDVl

Dalam surah al-Buruj ada diceritakan tentang raja kafir lagi zalim yang membakar orang beriman.

Hari ini, ada orang Islam di Malaysia yang cuba mengikut sunnah raja kafir yang zalim ini dengan mencadangkan untuk membakar pelarian-pelarian Rohingya.

Hari ini juga ada orang Islam di Malaysia yang berdegar-degar cakap pasal Islam siap kafirkan orang Rohingya kata mereka pengikut agama Bahai.

Hari ini juga ada orang Malaysia yang dapat akses kepada pendidikan dengan selamba menulis Rohingya kena bantai dengan junta Myanmar sebab mereka jahat, orang lain kat Myanmar elok je tak kena apa-apa.

Macam tak pernah cuba research sikit keadaan kat Myanmar macam mana, dan konflik macam mana berlaku kat Arakan/Rakhine.

Kata-kata kita mencerminkan diri kita ini siapa. Sembang nak jadi tentera Mahdi, nak bebaskan Baitulmaqdis, tetapi perangai kita....

Mereka Rohingya itu tidaklah baik macam golongan Muhajirin, dan kita pun tidaklah baik macam golongan Ansar.

Nak buat petisyen, desak kerajaan perketat kawalan, nak desak Myanmar kembalikan hak warganegara mereka.

Buatlah.

Tetapi sampai nak bakar, nak jual organ orang Rohingya, nak bunuh, nak jadikan perempuan mereka hamba seks, panggil mereka binatang.

Semua ini adalah kata-kata yang merupakan mukadimah kepada genosid.

Kata-kata yang bila dibiarkan akan memberi kesan kepada fikiran untuk membenarkan apa sahaja tindakan genosid kepada golongan sasaran.

Semestinya, golongan agamawan merenung juga kata-kata mereka.

Ada yang jenis benda buruk sikit kaitkan dengan imigran, sedangkan benda yang sama ada je kat orang kita.

Orang agamawan bila bergaduh ada yang sampai heret keturunan, bangsa, warganegara ustaz yang mereka tak suka.

Punyalah teruk.

Kerajaan kita dah buat silap besar cuba jadi hero bawa mereka masuk tanpa ada perancangan apa nak buat dengan mereka.

Jangan kita pula buat kesilapan lebih besar dengan memulakan kempen mukadimah untuk melakukan genosid ke atas mereka.

Ingat orang-orang Z*nist tu tiba-tiba je ke otak mereka jadi kebinatangan rasa okey nak bantai orang P*tin tanpa belas kasihan.






Friska Lv.13 7#

Challenger | Credits 15884   
Edited by Friska at 14-6-2026 10:18 PM

  


https://www.instagram.com/reel/DZhDBMzSe-7/

All contents are displayed