Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Mahathirina Lv.10

Fav
Survivor | Credits 6836   


PEMANDU LORI ADA 15 REKOD SAMAN, 4 TERMASUK BAYI MAUT DIGILIS

15 Jun 2026 | Bentong, Pahang

Tragedi menyayat hati berlaku di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Bentong apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik dan menghempap sebuah Honda City.

Empat mangsa termasuk seorang bayi berusia setahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat rempuhan itu.

Polis mengesahkan pemandu lori berusia 40 tahun terbabit mempunyai 15 rekod saman lampau. Sampel darahnya turut diambil untuk analisis toksikologi bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati treler membawa muatan habuk kayu itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan menuruni bukit dan berselekoh sebelum terbalik ke lorong kiri.

Pemandu treler mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan pinggul serta sedang menerima rawatan di hospital.

Empat nyawa terkorban dalam sekelip mata. Lebih memilukan, seorang daripadanya masih terlalu kecil untuk mengenal erti bahaya di jalan raya.

Mampukah tragedi seperti ini menjadi pengajaran agar keselamatan jalan raya benar-benar dipandang serius sebelum lebih banyak keluarga kehilangan insan tersayang?
Attachment: You need to Login for download or view attachments. No account yet? Register
Rate
There are 1 People reward the building owner
552 Views
6 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


noor2 Lv.20 2#

Legenderer | Credits 165140   
Katanya treler bawak laju sampai 150km..betul ke...

s@s@ Lv.9 3#

Adventurer | Credits 3819   
Quote: noor2 replied at 15-6-2026 08:10 AM
Katanya treler bawak laju sampai 150km..betul ke...

gila lah.... dgn berat lagi, mmg x terkawal la

supernaturalee Lv.17 4#

Superior | Credits 56979   
my worst nightmare tiap kali lalu sebelah treler


Follow Us

mejaputih Lv.13 5#

Challenger | Credits 16909   
Quote: noor2 replied at 15-6-2026 08:10 AM
Katanya treler bawak laju sampai 150km..betul ke...

kalau betul mmg gila la...kete pun tak bwk laju mcm tu...kat situ 70km/j je....lori ni berada di lorong kanan kan...mmg tgh laju la tu. biasa lori lorong kiri je kat karak ni.

prettyuglybabe Lv.18 6#

Master | Credits 68547   
sama macam kes turun menora arah selatan dulu kan..
lori terbabas hempap kereta..

FOTHER-MUCKER Lv.20 7#

Legenderer | Credits 144301   
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-6-2026 08:17 PM

Apa kata mangsa seperti ini saman kerajaan kerana membiarkan pemandu seperti ini berkeliaran di jalan raya. Tapi sayangnya di Malaysia tidak popular dengan cara no win no fee

All contents are displayed