CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Hamilton raih kemenangan pertama bersama Ferrari di GP Sepanyol

[Copy link]
Post time 14-6-2026 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Hamilton raih kemenangan pertama bersama Ferrari di GP Sepanyol

Reuters




HAMILTON mempamerkan aksi mantap sepanjang perlumbaan di Litar Catalunya. FOTO AFP



Barcelona: Lewis Hamilton melakar satu lagi detik bersejarah dalam karier gemilangnya apabila menghadiahkan kemenangan pertama buat Ferrari selepas menjuarai Grand Prix (GP) Sepanyol, sekali gus menamatkan rentetan lima kemenangan berturut-turut pendahulu kejuaraan dunia, Kimi Antonelli.

Kemenangan penuh emosi itu adalah yang pertama buat Hamilton sejak GP Belgium 2024, selain menjadi kemenangan ke-106 dalam karier Formula Satu (F1) juara dunia tujuh kali berkenaan.

Pada usia 41 tahun, pemandu Britain itu turut muncul pemenang tertua dalam perlumbaan F1 sejak legenda Australia, Jack Brabham, memenangi GP Afrika Selatan pada 1970 ketika berusia 43 tahun 11 bulan.

Hamilton yang memulakan musim ini bersama Ferrari mempamerkan aksi mantap sepanjang perlumbaan di Litar Catalunya untuk menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan Itali itu sejak kehadirannya.

Lebih manis, kejayaan itu turut menjadi kemenangan ketujuh Hamilton di Barcelona, sekali gus mengukuhkan rekod cemerlangnya di litar berkenaan.

Sementara itu, Antonelli yang hadir sebagai pendahulu kejuaraan dunia gagal menamatkan perlumbaan selepas jentera Mercedes dipandunya mengalami masalah ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.

Kegagalan itu menyaksikan pemandu muda Itali berusia 19 tahun itu kehilangan peluang menambah mata dan menyaksikan kelebihan dalam carta kejuaraan mengecil kepada 41 mata di depan Hamilton.

Tempat kedua menjadi milik rakan sepasukan Antonelli, George Russell, manakala pemandu McLaren, Lando Norris melengkapkan kedudukan podium di tangga ketiga.

Kemenangan itu dijangka memberi suntikan moral besar kepada Hamilton dan Ferrari dalam usaha mencabar Antonelli bagi perebutan gelaran dunia musim ini.



Disiarkan pada: Jun 14, 2026 @ 10:54pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2026/06/1370001/hamilton-raih-kemenangan-pertama-bersama-ferrari-di-gp-sepanyol




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2026 11:51 PM | Show all posts

Hamilton meraikan kejayaan menjuarai GP Sepanyol, hari ini. Foto REUTERSkredit - BH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.451971 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list