CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: asyik79

mahendi!!!sape tau inai tangan tuuuu???!

[Copy link]
danisha This user has been deleted
Post time 27-9-2006 01:55 PM | Show all posts
hrmmm
tpi kan m.cik danisha dah sound awal2..
dia xkasi lukis2 nanti time kawin
dia ckp xelok itu ikut hindu...
hrmmmm xmerasa ar jawapnyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2006 09:19 AM | Show all posts
:hmm: nak tanya..kat area seremban takde yg leh suggest ke? kalau bleh nak yg murah n cantek la..sbb ade butik pengantin yg caj sampai RM150..mahalnyeeee.
Reply

Use magic Report

hazel This user has been deleted
Post time 4-10-2006 09:45 PM | Show all posts
dulu aku rasa aku ada buka thread 'kongsi2 inai mehndi'.. dah hilang thread tu, byk gak gambar aku tepek..
huhu
Reply

Use magic Report

hazel This user has been deleted
Post time 4-10-2006 09:47 PM | Show all posts
ini weekend baru ni..






Reply

Use magic Report

hazel This user has been deleted
Post time 4-10-2006 09:49 PM | Show all posts
tapi pakai sekejap jer, tak sampai sejam..

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:45 AM | Show all posts
Originally posted by hazel at 4-10-2006 09:49 PM
tapi pakai sekejap jer, tak sampai sejam..



haz design nih sama ngan roses pakai masa kawen dulu.. cuma lebih sarat pasal inai jugak kat hujung jari..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2006 08:55 AM | Show all posts
masa sepupu i kawen dulu ada one indian ni inaikan... cantik sgt.. gals pun inai sekali... inai dia pun cantik gak... i still ada number contact dia.. shanti nama dia.. kedai dia kat area selayang.. tapi kan.. dia leh datang umah kalau kita kawen.. so tak yah nak pi kedia dia pun tak pe.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:58 AM | Show all posts
design yg shanti tu buat kan tuk gals ( saja nak inai gak) sama ngan sebijik macam corak inai siti nurhaliza kawen ari tu.. simple.. tapi kalau kawen dia uat banyak skit corak dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by baby77 at 29-9-2009 08:36

GENK

Sentuhan inai Shima

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

Shima mengambil contoh rekaan batik sebagai lukisan inainya.

Caj lukisan inai yang ,eliputi atas tangan, tapak tangan dan kaki ialah rm150. Percuma inai buat pengantin lelaki.




--------------------------------------------------------------------------------



SAPUAN minyak pada tangan menjadikan warna inai lebih merah.

--------------------------------------------------------------------------------



BERMULA sebagai hobi, Nazhatul Shima Abd Ghani, 25, akhirnya jatuh cinta dengan seni lukisan inai yang kini menjadi trend di kalangan bakal pengantin.

Malah keunikan serta keindahan seni lukisan inai mendorong anak bongsu daripada empat beradik itu menjadikannya kerjaya sampingan bagi menjana pendapatan.

Anak jati Baling, Kedah itu memberitahu dia mula mempelajari teknik melukis inai apabila terjumpa dengan pelukis inai di tepi jalan.



SHIMA mengambil masa sehingga sejam untuk melukis inai yang sukar.

--------------------------------------------------------------------------------



Tidak cukup dengan itu, Shima mula melayari internet dan membeli buku-buku yang memaparkan pelbagai teknik dan corak lukisan inai.

"Saya memang minat berinai di tangan sejak di bangku sekolah lagi. Jika inai di jari sudah pudar, saya akan memakai semula untuk kembalikan kemerahannya.

"Dari zaman sekolah, kuku saya tak pernah lekang dengan inai. Nasib baik cikgu tidak larang saya pakai inai ke sekolah," katanya yang mengikut hobi ibunya meminati inai.

Dia juga selalu membuat inainya sendiri. Walaupun terpaksa melalui proses agak rumit untuk membuatnya kerana daun inai perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum ditumbuk sehingga halus, namun Shima tidak kisah asalkan dia dapat meneruskan hobinya itu.

Kini, dengan adanya inai lukis, minat Shima terhadap inai semakin bercambah. Apatah lagi terdapat pelbagai teknik dan corak inai di pasaran.

"Saya mula belajar teknik-teknik melukis inai. Kebiasaannya corak bunga dan daun dilukiskan pada tangan.

"Sebelum hari pertunangan, saya pergi ke beberapa kedai untuk melihat corak-corak inai yang ingin dilukis. Malangnya hasil lukisan inai yang saya peroleh tidak sama dengan apa yang dipaparkan pada gambar.

"Sejak itu, saya mula nekad untuk melukis sendiri inai pada tangan di hari pernikahan. Saya beli beberapa jenis inai iaitu inai hitam dan inai merah, kemudian cuba untuk mencampurkannya.

"Saya juga mula mencipta corak sendiri di kertas dan tangan. Akhirnya, semasa hari pernikahan saya pada tahun 2007, ramai yang memuji hasil lukisan inai pada tangan saya," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.



WARNA inai yang dihasilkan Shima mampu bertahan selama beberapa minggu.

--------------------------------------------------------------------------------



Malah, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu kini melakukan pekerjaan melukis inai untuk bakal pengantin.

"Lukisan inai memang cantik dan boleh dilakukan pada atas tangan, tapak tangan dan kaki. Terdapat pelbagai corak pilihan. Sama ada berbentuk bunga, daun dan sebagainya," katanya yang turut mengambil contoh motif batik sebagai lukisan inainya.

Ditanya sama ada teknik membuat corak inai itu sukar, Shima memberitahu, ia bergantung kepada corak yang mahu dihasilkan.

Bagi corak yang mudah, masa yang diambil tidak sampai setengah jam. Namun jika coraknya sukar dan halus ia memakan masa hampir satu jam untuk menyiapkannya.

Menariknya, Shima bukan sahaja melukis inai tetapi turut menghasilkan inainya sendiri menggunakan inai merah dan inai hitam. Selain itu, bahan-bahan seperti limau nipis, air gula dan minyak panas juga digunakan.

Hasilnya, inai tersebut lebih pekat, berwarna merah serta lebih tahan lama. Si pemakai inai perlu menunggu selama tujuh jam sebelum inai dibersihkan supaya inai berwarna lebih merah dan tahan sehingga beberapa minggu.

Dalam masa hanya setahun setengah Shima telah menerima banyak tempahan daripada pelanggan. Kebanyakannya berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukannya.

Nshima Collection
31, Jln PUJ 9/13,
Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

p/s: petikan dari kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 11:11 AM | Show all posts
kat semua house sehingga ke masjid india...ramai yg bole buat inai nie. klu nak jimat beli yg tampal kat mydin atau kat kedai2 india di masjid india. sekeping rm2. tapi kena pandai letak dan lukis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 05:44 PM | Show all posts
i pakai mehndi gak masa kawen pakai kt kaki n tangan,,... cantik warna merah gitu...tp i buat kat kedah la.. sbb kwen kat Kg. di kedah.. skrg i duduk kat Klang... kat Klang ni you try dtg ke indian town.. byk kedai kat situ rasanya ada buat servis mehndi.. kedai kain n kedai pengantin pun byk.. rsnya ada servis tuk mehndi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.172045 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list