Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1808417   
Miliki 53,325kg tepung gandum secara tidak sah, kilang proses makanan haiwan digempur KPDN

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 16, 2026 @ 12:18pm




Pegawai KPDN Baling melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kilang memproses makanan haiwan di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil susulan penemuan sejumlah tepung gandum yang dipercayai digunakan untuk tujuan memproses makanan haiwan keluaran syarikat berkenaan. - Foto ihsan KPDN.



BALING: Sebuah kilang memproses makanan haiwan di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil, di sini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah kerana penemuan sejumlah tepung gandum yang dipercayai digunakan untuk tujuan memproses makanan haiwan keluaran syarikat berkenaan.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata serbuan dilakukan sekitar jam 4.30 petang semalam dilakukan oleh empat anggota Penguat Kuasa KPDN Baling.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan sejumlah tepung gandum yang dipercayai digunakan untuk tujuan memproses makanan haiwan keluaran syarikat itu.

"Ketika itu, terdapat seorang lelaki warga tempatan berusia 25 tahun telah mengaku sebagai pengurus premis itu dan gagal untuk mengemukakan permit atau kebenaran pengawal bekalan bagi tujuan menyimpan tepung gandum berkenaan.

"Berikutan itu, satu kesalahan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pasukan serbuan telah menyita sebanyak 53,325 kilogram tepung gandum untuk siasatan lanjut.

"Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM100,251, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Nizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Beliau berkata, manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; dan bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

"KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara.

"Tindakan penguatkuasaan paling tegas akan diambil tanpa sebarang toleransi, " katanya.

Katanya, KPDN Kedah menyeru sama ada pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau mana-mana organisasi diseru supaya bersama-sama menyokong gerakan KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan) demi manfaat kita bersama.

Katanya, sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui saluran berikut WhatsApp 019-848 8000; Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my atau Call Centre 1-800-886-800 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/06/1572711/miliki-53325kg-tepung-gandum-secara-tidak-sah-kilang-proses-makanan





187 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch