Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1814947   
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
16 Jun 2026 02:37pm





Jenazah dihantar ke Hospital Sultan ah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.




GURUN - Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam12.30 tengah hari.

Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.

Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.

Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.

Dalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dari Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.

Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.


Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.

Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan.

https://www.sinarharian.com.my/article/784042/berita/semasa/dua-anggota-tentera-maut-terkena-bom-semasa-latihan


240 Views
3 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1814947   

Dua anggota tentera, Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja serta Prebet Siti Khadijah binti Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja maut ketika latihan.


sfhzuraz Author 3#

Moderator | Credits 1814947   

Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) maut dalam insiden semasa latihan membaling grenad di Kem Hobart di sini pada Selasa.


sfhzuraz Author 4#

Moderator | Credits 1814947   

Insiden itu berlaku ketika pelaksanaan Latihan Membaling Grenad dalam Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.


All contents are displayed