Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   




Hulu Langat: "Saya minta maaf, saya tahu (sudah buat) salah sebab itu kami robohkan sendiri," kata pemilik tanah yang dijadikan penempatan pelarian etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Sungai Tekali, di sini.

Lelaki berusia 70-an itu yang enggan dikenali ketika ditemui mengakui kerja merobohkan struktur bangunan dilakukan itu atas dasar tanggungjawab mereka sendiri kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan meminta supaya diberi ruang kepada pihaknya menguruskan perkara terbabit serta memaklumkan ia diuruskan anaknya.

Katanya, sebelum ini juga mereka sudah meminta maaf berhubung perkara itu.

"Kerja merobohkan struktur itu akan mengambil masa kira-kira tiga minggu dan sekarang kerja masih dijalankan. Semua anak yang uruskan, saya datang ini untuk memantau kerja saja," katanya yang turut memaklumkan tanah itu dimilikinya bersama isteri.

Dia turut memberi jaminan sisa struktur berkenaan akan dibuang di lokasi sepatutnya yang diselaraskan pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi, hari ini mendapati kerja-kerja merobohkan flat haram berkenaan masih dilakukan dengan fokus di bahagian belakang kawasan terlebih dahulu.

Ketika tinjauan, kerja perobohan dihentikan untuk waktu rehat dan pekerja kontraktor juga dilihat berehat di kawasan sekitar.

Sejak pendedahan media, kawasan flat itu turut menjadi tumpuan orang ramai, terutama dari kawasan Hulu Langat, yang mahu melihat sendiri kawasan itu yang turut tular sejak minggu lalu.

Seorang pekerja kontraktor memberitahu, kerja sedang dijalankan dan ia akan mengambil masa namun enggan mengulas lanjut.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia berharap kerja perobohan dilakukan segera dan kejadian sama tidak berulang.

Dakwanya, kawasan itu sebelum ini memang menjadi penempatan etnik berkenaan, malah turut mengakui persekitaran kawasan itu juga kotor dan tidak dijaga dengan bersih.

"Bangunan ini masih ada dan harap masalah ini segera diatasi kerana tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku," katanya.

Sumber : Harian Metro
450 Views
8 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 2#

Honour | Credits 2509   
Dalam berderet pendedahan di YT, hanya sarang ini yang ada action. yang lain tu macamana? Bila?

Rdizz Lv.10 3#

Survivor | Credits 6519   
Takut naik balik bila org dah tak perati tempat ni. Bukan boleh caya, mintak maaf konon, awat tak saman owner ni, bwk masuk court, denda kaw kaw, baru ada rasa t.jwp.

Makin besar kepala lah kalau tak kena tindakan undang2. Dah tau salah tapi buat jugak.

wirazam Lv.15 4#

Gladiator | Credits 35327   
siapa owner tu..kena saman..rakyat malaysia perlu tahu
Follow Us

asfaz Lv.17 5#

Superior | Credits 51189   
Alahhh.sb dah kantoi dan2 mengaku salah.Cuba tak kantoi,sedap makan duit sewa.

doubleA Lv.16 6#

Conqueror | Credits 43061   
Pengkhianat negara reti insap ke. Tak kena saman pulak owner tanah ni

Decaffeinated Lv.18 7#

Master | Credits 65369   
dia tidak lebih bersalah dari yang pacak rumah, kedai, workshop dan apa2 binaan haram.

cuma bezanya ini didiami Rohingya yang tengah trending.

ADVERTISEMENT


KamikuP Lv.12 8#

Defender | Credits 11416   
Moga LHDN ambik tindakan samada owner sempudal ni declare sewa ke tak.. puih

silance Lv.8 9#

Honour | Credits 2509   
Edited by silance at 17-6-2026 11:14 AM

Mungkin dia terpaksa ke depan sebab nak cover muka penyamun co-ventures? Anyhow mana rakyat boleh check if duit dia yang bayar all the costs? Ye dok?

All contents are displayed