CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 2774|Reply: 47

Peminat ‘Mengemis’ Duit Dari Siti Nurhaliza Beli Hadiah Anak, Respon Fedtri Yahya Jadi Tumpuan – “Tak Mampu Jangan Sampai Buang Maruah”

[Copy link]
Post time 7-7-2026 05:01 PM | Show all posts |Read mode



Tular di media sosial satu perkongsian seorang ibu yang memohon bantuan orang ramai untuk menambah wang bagi membeli set buku dan alat mewarna yang diidamkan anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan memaklumkan dia hanya berjaya mengumpul RM400, namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk membeli hadiah yang diinginkan.



Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersimpati dengan pengorbanan seorang ibu yang mahu menggembirakan anak, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan meminta bantuan untuk memenuhi kehendak tersebut.

Malah, personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya turut sempat meninggalkan serangkap pantun yang mungkin membuatkan ramai berfikir sebelum ‘mengemis’ di media sosial.



Menurutnya, sikap terlalu ingin memberikan segala yang diminta anak dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap pembentukan emosi dan daya tahan mereka apabila meningkat dewasa.

Dalam masa sama, beberapa netizen turut berpandangan bahawa kanak-kanak perlu dididik untuk menghargai usaha ibu bapa, bersabar dan belajar bahawa setiap perkara memerlukan masa serta kemampuan kewangan.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna lain mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum kerana latar belakang setiap keluarga adalah berbeza dan tidak diketahui umum.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2026 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
achik #teamfetriyahya

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 11:40 PM | Show all posts
Orang dedulu mengemis tepi jalan...
Tak buta berlakon buta...
Tak cacat berlakon cacat...

Netizen sekarang mengemis melalui internet...
Siap bagi QR code...
Siap bagi nombor akaun...

Hmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2026 11:59 PM | Show all posts
Sah specis Zoned Karats lagik ber kepams yg bangga idolat boleh buat show kt stadium Bukit Jalil cam Coldplay ..naik ETS nengok konsert ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Set mewarna haper sampai 800hinggit nie hanattt
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku benci org yg suka meminta2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2026 03:21 AM | Show all posts
selamba je boleh minta camtu can takde rasa bersalah bagai...



Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cuba tak tahu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 07:53 AM | Show all posts
mmg pun dah x mampu buat cara x mampu le ni tak meminta dasar
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
mahainya set color tu...

kalo anak ko pandai melukis berbakat (gifted) takpa la gigih nak beli... kalo takat lukis org lidi, guna pen biru/merah/hitam cukup ler...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:25 AM | Show all posts
Mahalnya color... Huhuhu Bangsawan punya taste ni.  

Hidup atas muka bumi Allah ni wajib sedar diri ... kalau ekonomi tidak setinggi golongan T20.  Beli aje lah mengikut kemampuan.  Malu laa minta2 ni semata2 nak beli color? Utk anak? Kena ajar anak kalau xmampu, terima keadaan.  Jgn merajakan anak... Nanti anak tu esok2 xnak terima kita yg semekin ni dik....


Tak perlu malu kalau miskin.  Malu lah kalau tak mengaku miskin and malas. Lps tu meminta2 utk yang bukan2 mcm ni.  

Kena ingat... Miskin Itu Bukan Hina.  Miskin Itu Bukan Bodoh.  

Sekian, dari Mama yang tidak lah miskin tapi tidak jua kaya.  Namun, Alhamdulillah atas segala.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi ai seratus je macam² brg ai beli kat kedai eco
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kontol la... senang je hidup camni... alasan anak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 09:38 AM | Show all posts
ni B40 taste posh ke? eh dah mcm nama hakak porumer plak hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je lah, zoners kan dh byk melabur utk kesinambungan kekayaan biduanita… apa lah sgt. Korang kan hobi sampingan tolong T20!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 10:24 AM | Show all posts
dah kumpul 400...kumpul jer la lagi 400
senang betul idop lagi half mintak2 macam tuh jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2026 10:28 AM | Show all posts
set mewarna apooo sampai 800... pelukis professional kah anak dia... kalau berbakat pakai arang pun dah boleh hasilkan karya seni yang wow... kedai eco banyak pensil warna cantik2... elok pekat terang pensil warna eco shop..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 11:49 AM | Show all posts
senang betul manusia pemalas mcm ni kan. menagih2 kat socmed utk org tampung dia. eh eh senang hidop dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:35 PM | Show all posts
lagi satu bukti peminat dia miskin....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2026 12:38 PM | Show all posts
Mak budak ni mesti glamer dan terpaling masa meeting PIBG... ekekek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-8-2026 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.072936 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list