Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1839266   
Latif sasar lebur rekod dunia di Glasgow

Oleh Alief Iqbal Saidin - Julai 7, 2026 @ 4:16pm





Atlet para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel hujung bulan ini. - Foto Bernama



KUALA LUMPUR: Jaguh olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly meletakkan sasaran lebih besar daripada sekadar meraih pingat emas apabila bertekad memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) pada penampilan sulung di Sukan Komanwel Glasgow 2026, Scotland hujung bulan ini.

Menurutnya, peluang beraksi di pentas berprestij itu mungkin hanya datang sekali memandangkan tiada jaminan acara berkenaan akan terus dipertandingkan pada edisi akan datang.

"Saya memang sasarkan untuk memecahkan rekod dunia di Sukan Komanwel.

Sasaran saya adalah melakukan lompatan sejauh 7.80 meter atau lebih," katanya.

Pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik itu berkata, keyakinan untuk memburu rekod baharu hadir selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini.

"Keadaan fizikal dan persiapan saya ketika ini memang berada pada tahap yang sangat baik.

Saya yakin sasaran itu mampu dicapai," katanya.

Latif sebelum ini mencuri tumpuan apabila melakukan lompatan sejauh 7.76 meter pada Terbuka Malaysia bulan lalu, sekali gus melepasi rekod dunia miliknya sendiri.

Untuk rekod, atlet kelahiran Perlis itu kini memegang rekod dunia acara lompat jauh T20 menerusi lompatan sejauh 7.67m yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di New Delhi, India tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/07/1584111/latif-sasar-lebur-rekod-dunia-di-glasgow





Rate
There are 1 People reward the building owner
106 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch