Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

stingerkaypoh Lv.9

Fav
Adventurer | Credits 3545   
819

Browse the number

9

The number of votes

11

Cumulative votes

Edited by stingerkaypoh at 9-7-2026 01:16 AM

Perlawanan (kelmarin) telah mencetuskan banyak perbincangan, dan saya telah melihat banyak reaksi anda semua.

Saya faham dengan emosi sebegitu. Bola sepak dibina atas semangat, dan selepas perlawanan yang sengit, orang sentiasa mempunyai pendapat yang berbeza.


Sebagai pengadil, saya perlu membuat keputusan dalam beberapa saat sahaja, sentiasa berdasarkan Undang-Undang Permainan, pertimbangan saya, dan dengan sikap yang sepenuhnya adil.




Saya tidak akan mengulas keputusan secara peribadi selepas perlawanan. Kritikan adalah sebahagian daripada profesion ini, dan saya menerimanya.

Apa yang saya harapkan ialah perbincangan kekal dengan penuh hormat.

Di sebalik wisel itu adalah seorang insan yang bekerja keras setiap hari dan sentiasa berusaha untuk menghidangkan permainan dengan kejujuran dan integriti.

Tiada pengadil yang boleh menjanjikan kesempurnaan. Apa yang saya boleh janjikan ialah saya akan terus mendekati setiap perlawanan dengan profesionalisme, sikap neutral, dan hormat terhadap permainan.


Terima kasih kepada semua yang menyokong bola sepak dengan penuh semangat.


Bertemu di perlawanan seterusnya.












This is aMultiple Polls , Max 2 choices

Voting project
1. Kesian la pulak
2. Belah laaaaaaaa
3. Gi mamp.... pfttt
4. Takut lettew
5. Swiss & Morocco, awas!
6. Buat rugi bayor tiket je, korup!!
7. Bagi dia borang BN...kahkahkah
Count down : 966 Days 5 Hours 28 min.
You need to Login for vote the poll
819 Views
19 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


stingerkaypoh Author 2#

Adventurer | Credits 3545   




plywood Lv.12 3#

Defender | Credits 11488   

ya ampun orang korek sampai berapa penalti dlm berapa tahun...

Rdizz Lv.10 4#

Survivor | Credits 6524   
Mesir lwn argentina, nmpk sgt membuli mesir, jahattt, tak adil.
Follow Us

Decaffeinated Lv.18 5#

Master | Credits 65537   
Perlu ka sampai keturunan orang tu pun nak ungkit.

manopBKK Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1410   

cm_vungtau Lv.12 7#

Defender | Credits 13206   
Nampak sangat der. Kalau boleh depan pintu gol tu dia nak letak bola suruh Messi sepak masuk. Ajer bodow.

ADVERTISEMENT


cmf_jeangrey Lv.12 8#

Defender | Credits 12904   
Kalau satu misjudgment mungkin org blh terima, ini berderet2 dlm satu match..sampai jd obvious

ninja boy Lv.16 9#

Conqueror | Credits 47181   
Edited by ninja boy at 10-7-2026 07:18 AM

Baguslah siasat, ai start tgk perlawanan sesi kedua tgk wah Egypt sudah 2 goal ingat menang tapi dalam tempoh minit 79-90 ada goal Argentina, dan sepanjang perlawanan ada byk tergolek jatuh dan gaduh2 something ada x puas hati tepi padang, tapi itulah x perlu kejar dunia yg sedikit keuntungan, sbb x memihak kpd kita pun, sama spt korang di tempat kerja byk perkara x memihak kpd korang

Shayang Lv.10 10#

Survivor | Credits 5496   
ANALISIS PERLAWANAN.

Saya rasa Hossam Hassan play-victim dan mengalihkan isu pengadil supaya kelemahan taktikalnya tertutup.

Jadi dia tidak akan dipersalahkan, dan mungkin selamat dari dipecat oleh EFA.

Dan dia berjaya!

Hampir tak ada orang bercerita tentang kesilapan taktikal beliau, kegeniusan taktikal Scaloni dan performance Lionel Messi dalam dua gol pertama Argentina.

Argentina turun dengan formasi 4-1-3-2 dengan Lionel Messi dan Julian Alvarez menjadi penyerang.

Manakala Mesir turun dengan 4-4-2 klasik, dengan Salah dan nama apa aku tak ingat sebagai penyerang.

Di awal permainan, kedua-dua pasukan seimbang, sehinggalah Mesir berjaya menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-15.

Tetapi gol pertama ini belum menjadikan Argentina huru-hara.

Argentina mula huru-hara dan kalut ribut apabila Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Mungkin moral pemain Argentina sedikit down dengan kejadian ini, membuatkan mereka gagal fokus.

Sejujurnya, kualiti pemain Argentina jauh lebih baik dari pemain Mesir. Tetapi Argentina nampak struggle nak settle down rentak pada separuh masa pertama.

Performance padu dan power dari keeper Mesir juga menjadikan Argentina mula tak sedap duduk.

Turning point dalam game ini bukan ketika gol kedua Mesir dibatalkan. Bukan.

Pasukan Mesir sebenarnya sudah "redha" dengan pembatalan gol ini.

Turning point sebenar ialah ketika gol kedua Mesir yang disahkan. Kedudukan menjadi 2-0 untuk Mesir.

Cerdik tak cerdik Hossam ni, beliau mengeluarkan ayahnya Hassan dan gantikan dengan David Trezeguet.

Apabila Trezeguet masuk, sebelah kanan Mesir terus hancur dan Argentina mendapat gol pertama melalui Romero.

Bila Argentina dah dapat gol pertama dan kedudukan jadi 1-2 untuk Mesir, boleh pulak Hossam ni keluarkan Zico dan memasukkan Omar Marmush.

Sepatutnya leading 2-1 pada minit ke-80 tu dah boleh jadi warning, "jangan main offensive woi... Main defensive saja!"

Tapi Hossam ingat dia lawan Lubnan agaknya, nak main offensive dengan Argentina, juara bertahan Piala Dunia yang ada Messi di dalamnya.

Scaloni pula memasukkan Lautaro Martinez sebagai fresh striker, dan mengalihkan peranan Lionel Messi dari penyerang kepada sayap kanan.

Dengan bahagian kanan Mesir yang dah rapuh itu + posisi kegemaran Messi di Barcelona, maka memang mendapatlah.

Sebab tu Messi berjaya menghasilkan satu assist dan satu gol, dan kedudukan jadi 2-2.

Gol ketiga berpunca dari kegilaan Mesir menyerang, dan meninggalkan dua pertahanan je di belakang.

Woi, ni Argentina giler! Bukan Yaman!

Dan Mesir dihukum dengan gol ketiga Argentina untuk kedudukan 3-2.

Tapi seperti yang saya jelaskan sebelum ini, memang ada beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan, untuk kedua-dua belah pasukan.

Bukan Argentina saja, malah Mesir juga tidak mendapat kad kuning untuk setiap kekasaran mereka. Sampaikan saya terfikir "ref ni tertinggal kad kuning ke guane?"

Kad kuning yang Mesir dapat di hujung perlawanan tu bukan kerana foul, tetapi kerana membantah keputusan pengadil.

Tapi tu lah, pandai Hossam Hassan ini play-victim dan mengalihkan perhatian media supaya fokus kepada kelemahan pengadil.

Kelemahan taktikal dia tak ada orang peduli dan dia tak akan dipersalahkan oleh EFA, penyokong dan rakyat Mesir.

Sekiyan.

Kredit : Sukarman bin Aris

cm_vungtau Lv.12 11#

Defender | Credits 13206   
Keeper tu sampai penat dah asyik dapat free kick dapat penalty. Last2 terlepas jugak. Patut kalau asyik dapat free kick dapat penalty tu kurang2 seploh bijik kena masuk. Bodow betul.

Minami2013 Lv.15 12#

Gladiator | Credits 33410   
Quote: Shayang replied at 10-7-2026 06:31 AM
ANALISIS PERLAWANAN.

Saya rasa Hossam Hassan play-victim dan mengalihkan isu pengadil supaya kelema ...

Menarik POV ni.

Cuma satu je persoalan kenapa argentina req tgk var dia layan, tp mesir req tak de consideration langsung. Lg pun gol yg dibatalkan tu pun jauh nau foul nya dari tiang gol lawan.



Shayang Lv.10 13#

Survivor | Credits 5496   
Quote: Minami2013 replied at 10-7-2026 07:32 PM
Menarik POV ni.

Cuma satu je persoalan kenapa argentina req tgk var dia layan, tp mesir req tak  ...

Jawapan AI

Sebab Gol Mesir Dibatalkan: Menurut protokol rasmi, VAR bertanggungjawab untuk menyemak keseluruhan fasa membina serangan (Attacking Phase of Play) sebelum sesuatu gol dijaringkan. Pengadil bertindak membatalkan gol tersebut kerana pemain Mesir (Marwan Attia) didapati memijak kaki pemain Argentina (Lisandro Martinez) pada awal gerakan serangan tersebut. Walaupun kejadian itu berlaku jauh di kawasan tengah padang, ia dikira sebagai sebahagian daripada siri serangan yang sama sebelum gol terhasil.

Kenapa Rayuan Mesir Ditolak & Tidak Disemak: Mengenai insiden penalti yang didakwa berlaku ke atas Mohamed Salah sejurus sebelum gol kemenangan Argentina, pengadil dan pegawai VAR melihatnya sebagai sentuhan pergerakan bola sepak yang biasa. Oleh kerana pegawai di dalam bilik VAR tidak menganggapnya sebagai satu kesalahan yang jelas (clear and obvious error), insiden itu tidak dibawa kepada pengadil untuk pemeriksaan video di tepi padang.


Sebenarnya masa tgk game tu org tak persoalkan pun lagi pasal isu var bagai tu masa tu kalau baca komen2 pun ada yg bengang ngn taktikal Hosam yg buat pertahanan Mesir jadi lebih lemah separuh masa kedua tu.
Maybe dia pikir 2 gol dah cukup utk lawan Argentina.
Sbb tu ada yg kata Hosam play victim, kuat drama alih isu.


Shayang Lv.10 14#

Survivor | Credits 5496   
Quote: Minami2013 replied at 10-7-2026 07:32 PM
Menarik POV ni.

Cuma satu je persoalan kenapa argentina req tgk var dia layan, tp mesir req tak  ...

BTW Hosam ni ada banyak isu kontroversi sebelum ni..panas baran penah belasah photographer gara2 pasukan dia seri,kes umahtangga dia dan dengan Salah pun selalu ada isu.

Hossam Hassan mempunyai rekod sejarah sering menyalahkan faktor luaran (seperti jadual perlawanan dan pengadil) setiap kali tewas dalam kejohanan besar. Dengan membesarkan isu VAR, mengadu kepada EFA, dan membuat drama "simbol anti-perkauman" FIFA di tepi padang, beliau berjaya menyelamatkan jawatannya kerana penyokong Mesir kini lebih fokus marahkan FIFA berbanding mempersoalkan kenapa pasukan mereka bolos 3 gol dalam masa 13 minit sahaja.

Minami2013 Lv.15 15#

Gladiator | Credits 33410   
Quote: Shayang replied at 11-7-2026 12:08 AM
Jawapan AI

Sebab Gol Mesir Dibatalkan: Menurut protokol rasmi, VAR bertanggungjawab untuk menyema ...

Tukar player defend dgn attack kan. Dari segi strategy boleh lah nak blame kat situ. Tak sure la isu ramai kecam fifa sebab tak puas hati team deyols sokong dah kalah so ramai sokong Egypt kes var.

Jujur nya i yg tgk bola sekali sekala ni selalu gol batal sbb offside. Tak pernah lagi tgk gol batal sbb foul nun jauh kejadian di padang belah gol team. Ramai yg kritik psl ni dan make sense la jugak.

ADVERTISEMENT


plywood Lv.12 16#

Defender | Credits 11488   
Quote: Shayang replied at 10-7-2026 02:31 PM
ANALISIS PERLAWANAN.

Saya rasa Hossam Hassan play-victim dan mengalihkan isu pengadil supaya kelema ...

taktikal ini cuma satu faktor, faktor yang sgt penting... tetapi ada faktor lain juga spt dakwaan keputusan pengadil tdk bersikap adil. bila kelihatan tak adil, emosi pemain boleh terganggu, begitu juga pengurus kerana merasakan pengadil juga adalah lawan... cuma analisis taktikal kat atas bagus, biasa taktik yang dipakai bila dah mendahului 2-0 ialah bertahan, apalagi lawan memang hebat, tambah aggresion jgn kena kad merah dan counter attack.  

Minami2013 Lv.15 17#

Gladiator | Credits 33410   
Quote: Shayang replied at 11-7-2026 12:17 AM
BTW Hosam ni ada banyak isu kontroversi sebelum ni..panas baran penah belasah photographer gara2 p ...

I see. Nmpak mmg panas baran. Tp dia berjaya jugak bawak Egypt ke next level dlm fifa world cup. Egypt main bagi i la mmg mantap. Tak rase frust macam tgk turkiye main masa stage kumpulan hari tu.

rashiman Lv.14 18#

Fighter | Credits 25808   
bukan Liga-M aje yg menghadapi tuduhan ketidakadilan pengadil,
peringkat antarabangsa, anjuran FIFA pun menghadapi masalah yg sama.

ChildrenOfBodom Lv.16 19#

Conqueror | Credits 41865   
ingatkan melayu2 kaki bangku ja tgk bola tgk wrestling semua nak kait agama bagai. pak arab celaka pon sama. mau tak sama perangai arab ni juga laa melayu suka sangat tiru, sampai page kt wiki pon org edit kata pengadil tu yahudi


Referee’s Wikipedia page falsely claims he’s Jewish after Egypt’s World Cup exit

https://www.jewishnews.co.uk/ref ... pts-world-cup-exit/

ChildrenOfBodom Lv.16 20#

Conqueror | Credits 41865   
anyway mana ostad lobai malang celaka yg kata taun ni portugal menang sebab illuminati dah atoq macam tu lol

All contents are displayed