Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211040   
  



KUALA LUMPUR – Kerajaan masih berdepan beban kewangan kira-kira RM20.1 bilion daripada keseluruhan RM51.4 bilion kerugian berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas sebahagian besar aset berjaya dipulihkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, kerajaan setakat ini berjaya mendapatkan semula kira-kira RM31 bilion hasil usaha pemulihan aset berkaitan 1MDB sejak 2018.

Namun beliau mengakui baki berkenaan berdepan cabaran untuk dipulihkan sepenuhnya dan berkemungkinan menjadi kos yang perlu ditanggung kerajaan.

“Sekiranya tiada lagi pemulangan dana pada pada masa hadapan, kerajaan masih terpaksa menanggung baki sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Chin Tong, sekiranya tiada usaha pemulihan dilaksanakan selepas perubahan pentadbiran pada 2018, keseluruhan jumlah RM51.4 bilion itu akan menjadi kerugian yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Beliau berkata, skandal 1MDB bukan sahaja memberi kesan daripada segi kehilangan dana awam malah turut menyebabkan negara menanggung kos peluang apabila wang berkenaan tidak dapat digunakan untuk tujuan pembangunan.

Selain itu, katanya, kerajaan turut berdepan implikasi terhadap reputasi Malaysia akibat skandal kewangan terbesar negara itu.

Dalam usaha memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang, Chin Tong berkata, kerajaan melaksanakan beberapa langkah memperkukuhkan tadbir urus kewangan negara termasuk penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, pindaan Akta Audit serta penggubalan Akta Perolehan Kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan juga sedang mengusahakan penggubalan Akta Syarikat Milik Kerajaan bagi memastikan pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lebih telus dan berakauntabiliti.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membaiki tadbir urus dan memastikan skandal seperti ini tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai jumlah keseluruhan hutang 1MDB ditanggung dan sudah dibayar kerajaan, selain dana serta aset diseleweng yang sudah diraih semula.

Mengulas usaha kerajaan mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB, Chin Tong berkata, antara tindakan diambil termasuklah membabitkan pendakwaan jenayah dan sivil terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain saman sivil terhadap beberapa nama lain serta pelbagai institusi kewangan antarabangsa yang terbabit dalam penyelewengan dana 1MDB..

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi pada 25 Disember 2025 menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak RM11.38 bilion ke atas Najib selepas didapati bersalah atas 25 pertuduhan wang haram dan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan.

“Saman sivil terhadap Rosmah pula bagi mendapatkan kembali AS$380 juta ganti rugi berhubung dana dari 1MDB yang digunakan untuk membeli barangan mewah termasuk beg tangan dan barangan kemas manakala Pendakwaan jenayah dan sivil terhadap Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi dalang utama penyelewangan 1MDB dengan nilai tuntutan sivil bernilai AS$3.78 bilion.

“Untuk saman sivil terhadap Tarek Obaid dan Patrick Mahoni yang terlibat kes penyelewengan 1MDB, mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland turut menjatuhkan hukuman terhadap kedua-duanya serta mengarahkan bayaran ganti rugi AS$1.75 bilion kepada 1MDB,” katanya.


Sumber – MalaysiaGazette
1329 Views
64 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Decaffeinated Lv.18 2#

Master | Credits 65537   
antara yang boleh dipanggil real brain dalam gomen madani

Apoo Lv.8 3#

Honour | Credits 2161   
Quote: Decaffeinated replied at 9-7-2026 07:03 PM
antara yang boleh dipanggil real brain dalam gomen madani

Indeed.

tupaiterbang Lv.13 4#

Challenger | Credits 19034   
Chin Tong Sampah, meratib 1mdb sampai mati abg jalil
Follow Us

TOPwind Lv.9 5#

Adventurer | Credits 4248   
Heranlah

Kita bayar hutang 1MDBabi ni kat siapa?

tapi kerajaan MADANI kata
kita dah dapat balik duit !MDBabi ni berbilion2

warga cari sila fahamkan saya

atau Admin sila bantu.

pengecatbintang Lv.13 6#

Challenger | Credits 15174   
Quote: tupaiterbang replied at 9-7-2026 08:33 PM
Chin Tong Sampah, meratib 1mdb sampai mati abg jalil

Umngok meratib Bijan x salah sampai mati

nak Bee End menang n perintah gov supaya Bijan dibebaskan dari jail

manopBKK Lv.7 7#

Revolutioner | Credits 1410   
Quote: pengecatbintang replied at 9-7-2026 10:56 PM
Umngok meratib Bijan x salah sampai mati

nak Bee End menang n perintah gov supaya Bijan dibebaska ...

si kemaruk buat2 bercuti..scroll laju2













ADVERTISEMENT


pengecatbintang Lv.13 8#

Challenger | Credits 15174   
Quote: manopBKK replied at 10-7-2026 02:06 AM
si kemaruk buat2 bercuti..scroll laju2

die silent mode

aku agak

dia tunggu result PRN Johor

Kalo Bee End menang besar kat Johor

dia akan kerap muncul


Apoo Lv.8 9#

Honour | Credits 2161   
Quote: TOPwind replied at 9-7-2026 10:46 PM
Heranlah

Kita bayar hutang 1MDBabi ni kat siapa?

Gemini tolong jawabkan.

Soalan ni memang ramai yang pening sebab dengar dua berita yang macam bertentangan: Kejap kata kena bayar hutang, kejap kata dah dapat balik berbilion-bilion.
Sebenarnya, kedua-dua kenyataan tu betul. Macam ni ceritanya:

1. Kita bayar hutang 1MDB ni kat siapa?
1MDB dulu buat pinjaman modal dengan cara menerbitkan bon (bonds) dan mengambil pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan antarabangsa. Jadi, "hutang" yang kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Kewangan) kena bayar sekarang adalah kepada:
* Pelabur Antarabangsa & Tempatan: Mereka yang membeli bon 1MDB (contohnya bon bernilai USD 6.5 bilion yang diuruskan oleh Goldman Sachs dulu). Pelabur ni termasuklah dana pencen, bank, dan institusi kewangan yang memegang baki bon tersebut.
* Institusi Kewangan/Bank: Pinjaman-pinjaman bank yang diambil atas nama 1MDB atau anak syarikatnya (seperti SRC International) yang dijamin oleh kerajaan.
Sebab hutang-hutang ni ada tempoh matang dan kadar faedah (interest), kerajaan terpaksa bayar mengikut jadual supaya imej kredit negara tak terjejas (kalau tak bayar, negara dikira muflis/default).

2. Dah dapat balik berbilion, kenapa masih kena bayar?
Di sinilah datangnya cerita "Kerajaan MADANI (dan kerajaan-kerajaan sebelumnya) kata dah dapat balik berbilion ringgit".
Duit yang dapat balik tu dipanggil Aset Pemulihan 1MDB (Asset Recovery). Duit ni datang daripada:
* Pemulangan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat: Hasil rampasan aset mewah (superyacht Equanimity, hartanah, lukisan mahal) yang dibeli guna duit haram 1MDB.
* Penyelesaian (Settlement) dengan pihak luar: Contohnya, Goldman Sachs bayar berbilion USD kepada Malaysia sebagai ganti rugi, AmBank bayar penalti, dan institusi kewangan lain (seperti IPIC dari Abu Dhabi) yang memulangkan semula wang hasil rundingan/tuntutan mahkamah.

Kesimpulannya: Lubang yang digali terlalu dalam
Bayangkan situasi ni macam kes kad kredit:
> Anda ada hutang kad kredit sebanyak RM10,000 (Ini hutang asal 1MDB).
> Penyamun curi duit tu pergi beli macam-macam. Selepas polis tangkap, polis dapat pulangkan balik RM5,000 tunai kepada anda (Ini duit pemulihan/asset recovery).
> Anda dah dapat RM5,000 tu, tapi pihak bank tetap nak anda bayar baki RM5,000 lagi berserta faedahnya (Sebab itu kerajaan masih kena bayar hutang kepada pelabur).
>
Duit berbilion yang kerajaan dapat balik tu dimasukkan ke dalam Aset Akaun Pemulihan Am untuk digunakan khusus bagi membayar balik baki-baki hutang 1MDB yang matang. Malangnya, jumlah keseluruhan hutang (termasuk faedah/bunga) adalah sangat besar, jadi duit yang dipulangkan tu masih belum cukup untuk tutup semua hutang. Sebab itu kerajaan masih perlu menggunakan duit pembayar cukai atau dana negara untuk top-up dan settlekan baki hutang tersebut.
Amacam, jelas tak setakat ni?

Apoo Lv.8 10#

Honour | Credits 2161   
Quote: TOPwind replied at 9-7-2026 10:46 PM
Heranlah

Kita bayar hutang 1MDBabi ni kat siapa?

Untuk pemahaman lanjut:

Berdasarkan kemas kini rasmi daripada Kementerian Kewangan (Kenyataan Parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan), berikut adalah perincian angka sebenar hutang 1MDB:

1. Berapakah jumlah hutang plus interest 1MDB?
Jumlah keseluruhan liabiliti atau obligasi 1MDB yang telah dan terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan (termasuk bayaran prinsipal, faedah/bunga, kos guaman, dan kos operasi) adalah sebanyak RM51.4 bilion.

2. Berapa yang telah dibayar?
Setakat ini, kerajaan telah membayar sebanyak RM42.5 bilion untuk melunaskan komitmen serta sebahagian besar hutang-hutang tersebut apabila ia matang.

3. Adakah menggunakan wang yang dipulangkan?
Ya, betul. Kerajaan menggunakan dana daripada Akaun Amanah Pemulihan Aset 1MDB (iaitu duit berbilion ringgit hasil pemulangan aset oleh DOJ Amerika Syarikat, penyelesaian dengan Goldman Sachs, AmBank, IPIC Abu Dhabi, dan lain-lain).
Setakat ini, dana yang berjaya diperoleh dan dipulangkan semula adalah sebanyak RM31.3 bilion.
Walau bagaimanapun, memandangkan duit yang dipulangkan (RM31.3 bilion) adalah lebih kecil berbanding jumlah yang sudah dibayar (RM42.5 bilion), kerajaan terpaksa menyerap baki kekurangan tersebut menggunakan dana daripada hasil negara (duit rakyat/pembayar cukai).

4. Berapa lagi balance (baki) hutang yang tinggal?
Baki hutang terus (prinsipal + faedah) yang belum matang dan mesti dibayar oleh kerajaan adalah sebanyak RM8.9 bilion.
* Baki ini adalah berbentuk Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk) yang dijamin kerajaan dan hanya akan matang pada tahun 2039.
* Ia merangkumi RM5 bilion jumlah prinsipal (hutang asal) dan RM3.9 bilion jumlah faedah/bunga.
Secara keseluruhannya, jika tiada lagi pemulangan dana baru daripada mana-mana pihak pada masa hadapan, kerajaan Malaysia secara bersihnya terpaksa menanggung kerugian sekitar RM20.1 bilion akibat skandal ini.



manopBKK Lv.7 11#

Revolutioner | Credits 1410   
Edited by manopBKK at 10-7-2026 10:01 AM
Quote: pengecatbintang replied at 10-7-2026 08:49 AM
die silent mode

aku agak


Teringat pulak malam pengiraan undi pru 15.. siap berlive bagai.. cai2 bangkit dr kuburan.
Lepas midnite ujung2 BeEnd tinggal 30 kerusi … terus tak muncul2!

kemaruk Lv.16 12#

Conqueror | Credits 41558   
Aset pulak berapa

Aset?

Berapa aset?

Aset? Aset?

Berapa?

Aset

Apoo Lv.8 13#

Honour | Credits 2161   
Quote: kemaruk replied at 10-7-2026 10:45 AM
Aset pulak berapa

Aset?

Berdasarkan pengumuman rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Kewangan, angka RM31.3 bilion itu tidak hanya melibatkan pulangan wang tunai atau penyelesaian (settlement) daripada institusi kewangan, malah merangkumi hasil penjualan aset juga. Harap maklum.

arnauld Lv.10 14#

Survivor | Credits 6254   
Baru jual tanah bndr malaysia to klcc prop 12bil dah boleh settle dah hutang

arnauld Lv.10 15#

Survivor | Credits 6254   
Tu pun jual murah tak sampai 600psf hampeh punya madani. Kalau 1mdb develop berlambak huntung

ADVERTISEMENT


arnauld Lv.10 16#

Survivor | Credits 6254   
Mcm la tanah th kat trx jual dpt la 180mil, sebelah dia wct develop buat residential tower jual 4000psf cam bodoh jer th.

arnauld Lv.10 17#

Survivor | Credits 6254   
Bandar malaysia akan jadi bandar madani. Dari hsr mega station linked to trx meh kita tgk jadi apa hahaha

kakikuDibibirmu Lv.17 18#

Superior | Credits 55883   
  • kan ni nabei cau cibai
  • tong tong-tong chiang!
  • chong cheng chong cheng chong cheng
  • ching chong ching chong ching chong








manopBKK Lv.7 19#

Revolutioner | Credits 1410   



Apoo Lv.8 20#

Honour | Credits 2161   
Quote: arnauld replied at 10-7-2026 03:27 PM
Baru jual tanah bndr malaysia to klcc prop 12bil dah boleh settle dah hutang

Pada akhir tahun 2015, di bawah pelan rasionalisasi 1MDB, kerajaan pernah bersetuju menjual 60% kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC (gabungan syarikat tempatan Iskandar Waterfront Holdings dan syarikat gergasi China, China Railway Engineering Corporation) dengan nilai sekitar RM7.41 bilion.  Tujuannya memang untuk mengurangkan dan membayar sebahagian hutang 1MDB.  Tapi apa yang berlaku, agreement tersebut terbatal kerana konsortium berkenaan gagal memenuhi komitmen pembayaran yang ditetapkan.

Nasib baik tak jadi. Klu tak, habih tanah sungai besi tergadai ke China.
More Isu Semasa
1234Next

Use your browser's share button
to share with your friends

Click me to copy the link