Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MAL Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 287428   




Anwar Ibrahim menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkannya dengan pembelian sebuah kereta mewah BMW baharu untuk kegunaan peribadi.

Perdana Menteri berkata, kenderaan BMW yang digunakan sebelum ini bukan kereta baharu dibeli olehnya, sebaliknya aset lama milik kerajaan yang digunakan bagi urusan rasmi.

“Ada orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW. Saya tak beli, itu kereta lama. Apa pasal mahu tipu,” katanya ketika berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang malam tadi.

Isu kenderaan rasmi Perdana Menteri kembali menjadi perhatian selepas beberapa hantaran media sosial mendakwa Anwar membeli BMW baharu ketika kerajaan sedang menekankan agenda membantu golongan berpendapatan rendah dan mengawal perbelanjaan awam.






Anwar turut menjelaskan kenderaan Mercedes yang sering digunakan beliau ketika ini merupakan kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan bukan milik peribadinya.

“Yang saya pakai sekarang ini, Agong kurnia dan bukan saya ambil sebagai hak milik persendirian. Saya daftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan fikir saya macam orang lain, sakau dan curi duit rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Perdana Menteri bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) memaklumkan BMW yang digunakan Perdana Menteri baru-baru ini ialah aset sedia ada kerajaan.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan berada di bawah seliaan BIUPA dan dikhususkan untuk keperluan logistik rasmi negara, termasuk urusan protokol serta keselamatan pemimpin negara.

Penjelasan itu dibuat bagi menepis dakwaan kononnya kerajaan membeli kenderaan rasmi baharu untuk Perdana Menteri ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.

Program di Senggarang itu turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Senggarang, Onn Abu Bakar; Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; dan Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.

Pilihan Raya Negeri Johor dijadual berlangsung Sabtu ini dengan Pakatan Harapan meletakkan calon di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Sumber : Agendadaily
985 Views
31 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


alesandra Lv.16 2#

Conqueror | Credits 49287   
Quote: katanya ketika berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan
apa yok?????org johor mmg ckp mcm tu ke?harap benda2 leluhur jawa tempe ni stay kt johor jelaa ye.jgn bawak tempat lain.

rocksteady Lv.7 3#

Revolutioner | Credits 1102   


kereta lama ya.

rocksteady Lv.7 4#

Revolutioner | Credits 1102   

Follow Us

kemaruk Lv.16 5#

Conqueror | Credits 41558   

rocksteady Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1102   
BMW memperkenalkan BMW 7 Series Protection generasi baharu (kod G70) secara rasmi pada 9 Ogos 2023. Model ini diperkenalkan serentak dengan BMW i7 Protection, iaitu sedan perisai elektrik pertama di dunia

silance Lv.8 7#

Honour | Credits 2692   
Kalu betul beli baru, bau kedai, mesti ada receipt. Tokeh bmw pun belum tentu penyokong Ph. Bukan semua kat office putarjaya tu juga sokong Ph. Ada je sokong pembangkang.  Tunjuk buktilah kalu dia cakap tak serupa bikin.

ADVERTISEMENT


Tehran Lv.5 8#

Minder | Credits 706   
Celaka ni ada beribu jawapan

zarulnazmi Lv.10 9#

Survivor | Credits 6357   
selagi masih boleh spin

slavehunter Lv.13 10#

Challenger | Credits 19395   
Quote: kemaruk replied at 10-7-2026 10:40 AM
Bmw?

@slavehunter

Akakakaka.

Tak sedor diri PMX sebenarnye B40 tapi berangan jadi T20 nak pakai BMW? Ahhaah

Macam ku kenal kes ni.

slavehunter Lv.13 11#

Challenger | Credits 19395   
PMX sebenarnye semekin, tak ambil gaji takde gaji,baju koyak, baju maybe sehelai dua helai jer, selekeh sebab bekerja keras pagi sampai malam untuk rekyat dia. Tapi PMX pun teringin nak jadi T20 juga nak pakai BMW.

Apa la you all ni.....
@kemaruk

kakikuDibibirmu Lv.17 12#

Superior | Credits 55883   
Cakap tak serupa bikini

Firenzza Lv.13 13#

Challenger | Credits 17742   
Klau aset sediada beli tahun brpv& sapa plk matrip yg dok guna sblm ni? X kan beli bmw simpan dlm workshop jkr buat tukun, pastu siap beli no plet nama nuart ikut kepercayaan karut cina plk tu

kemaruk Lv.16 14#

Conqueror | Credits 41558   
Quote: slavehunter replied at 10-7-2026 04:33 PM
PMX sebenarnye semekin, tak ambil gaji takde gaji,baju koyak, baju maybe sehelai dua helai jer, sele ...

berangan pakai bmw tapi menyewa je


slavehunter Lv.13 15#

Challenger | Credits 19395   
Quote: kemaruk replied at 11-7-2026 10:02 AM
berangan pakai bmw tapi menyewa je

Akakakkaka. Bebola daging meatball Ikea ni kembali muncul lagi.

Bangkem nak jadi macam PMX ker? Tak sedor diri b40 nak pakai BMW juga?  Tak ambil gaji, baju pakai ulang ulang.....

ADVERTISEMENT


rashiman Lv.14 16#

Fighter | Credits 25808   
Edited by rashiman at 11-7-2026 06:19 PM

Eric See-To - Lim Sian See

Kereta kalis peluru baharu, model diumum 2023, kemungkinan diterima 2025 atau 2026 masa Madani, dibeli oleh agensi bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian dipakai oleh Perdana Menteri, dengan nombor plate WAH 1.
Tapi bukan kereta rasmi baharu Perdana Menteri Anwar.
Baik. Kita terima dulu istilah main selamat itu.
Tetapi soalan tetap banyak.
Pertama, kenapa kereta ini tidak pernah kelihatan sebelum ini?
Kalau benar ia aset lama kerajaan, pelik juga sebab selama ini tidak pernah nampak digunakan, tidak pernah jadi perhatian, dan tiba-tiba hanya muncul ketika Anwar guna.
Kedua, model BMW 7 Series Special Protection ini pun bukan model lama sangat.
BMW sendiri hanya mengumumkan BMW i7 Protection dan BMW 7 Series Protection pada Ogos 2023.
Model begini pula bukan kereta beli terus macam Myvi di showroom. Ini kenderaan special protection, custom order, perlu tempahan khas dan ambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan.
Maka sangat munasabah untuk tanya:
Kalau diumum Ogos 2023 dan mula dikeluarkan selepas itu, bila sebenarnya Malaysia tempah dan terima kereta ini?
2024, 2025 atau 2026 masa Madani?
Ketiga, kenapa nombor plate kereta itu WAH 1?
Secara kebetulan pula, “Wah” ialah nama Cina yang kerap digunakan untuk Anwar.
Banyak sangat kebetulan dalam satu cerita.
Sebenarnya, isu ini bukan tentang sama ada Perdana Menteri boleh guna kereta mewah atau tidak.
Dia Perdana Menteri. Sudah tentu layak guna kenderaan rasmi yang sesuai dan selamat.
Yang orang pertikai ialah lakonan “zuhud” itu.
Hari-hari mahu tunjuk kononnya berjimat, sederhana, tidak boros dan tidak ambil gaji walau RM1.
Hari-hari pula sindir orang lain sebagai boros, mewah, sakau dan sebagainya.
Tetapi bila diri sendiri terkantoi menggunakan kereta kalis peluru mewah, terus keluar macam-macam istilah dan alasan rasmi tak masuk akal yang menghina kewarasan Rakyat.
Boleh pulak kereta baru dibeli masa Madani oleh agensi Jabatan Perdana Menteri dengan nombor kereta sangat padan untuk Anwar boleh pulak bukan kereta rasmi Perdana Menteri masa Madani.














Firenzza Lv.13 17#

Challenger | Credits 17742   
Quote: rashiman replied at 11-7-2026 06:17 PM
Eric See-To - Lim Sian See

Kereta kalis peluru baharu, model diumum 2023, kemungkinan diterima 2025 ...

Knp perlu keta bullet-proof? Dia ingat dia tu trumpet  or setanyahu sampai org byk x puashati

pengecatbintang Lv.13 18#

Challenger | Credits 15174   
Edited by pengecatbintang at 11-7-2026 09:13 PM
Quote: Firenzza replied at 11-7-2026 08:34 PM
Knp perlu keta bullet-proof? Dia ingat dia tu trumpet  or setanyahu sampai org byk x puashati

ko tu yg x paham...

kete rasmi PMX sedang maintenen

so..

pinjam kete BMW ni

kete ni digunakan utk bawa ketua negara (PM atau Presiden dari luar negeri) yg mai lawat Mesia

Bullet Proof tu adalah standard antarabangsa utk kereta2 yg bawa Ketua Negara yg lawat mana2 negara

Mesia pon ikut standard ni

kata lah PM India lawat Mesia

x dak bullet proof (x ikut standard antarabangsa)

tetiba kete tu kena tembak dan PM India cedera

sapa nak jawab?

polis nasihat PMX guna kete tu

Valetta17 Lv.1 19#

Beginner | Credits 9   
LAmbat jawab,naratif negatif dah tersebar.Komunikasi gov tak berguna lsg.

rashiman Lv.14 20#

Fighter | Credits 25808   
Quote: pengecatbintang replied at 11-7-2026 08:45 PM
ko tu yg x paham...

kete rasmi PMX sedang maintenen

siapa ketua negara luar yg pernah menggunakan kereta ini, plat no. WAH1.
12Next