Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1111043   


(Kiri) Rohani dan Mahra.

SEBUYAU: Pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 disifatkan sebagai 'game changer' atau pencetus perubahan besar yang bakal merancakkan sosioekonomi penduduk di kawasan pesisir Sarawak.

Pengerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) Datuk Seri Rohani Abdul Karim menzahirkan rasa syukur atas perasmian jambatan ikonik tersebut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Rohani mendedahkan usaha menghubungkan kawasan berkenaan bermula dengan permohonan perkhidmatan feri kepada bekas Ketua Menteri Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ekoran anggaran kos pembinaan jambatan yang terlalu besar pada waktu itu.

Bagaimanapun, kekangan masa perjalanan feri selama 40 minit sehala dan operasi yang tamat pada jam 10 malam menyukarkan penduduk, terutama ketika berlaku kecemasan.

"Selepas itu, saya mengemukakan cadangan pembinaan jambatan kepada Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

"Hasil tinjauan udara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu, kedua-dua pihak kerajaan negeri dan persekutuan bersetuju membiayai projek tersebut secara perkongsian dengan anggaran kos RM1 bilion," katanya ditemui Utusan Borneo selepas perasmian Jambatan Batang Lupar 1 hari ini.

Jelas Rohani, projek itu bagaimanapun berdepan detik sukar apabila dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan ekoran peralihan kuasa politik pada 2018.

"Sudah tentu kami amat kecewa kerana rakyat meletakkan harapan yang tinggi.

"Walaupun berada di blok pembangkang di Parlimen ketika itu, kami terus memperjuangkan projek ini sehinggalah Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) mengambil keputusan berani untuk membiayai sepenuhnya pembinaan jambatan demi kepentingan rakyat," tambah beliau.

Menyentuh tentang impak ekonomi, Rohani menggesa penduduk di kawasan Sebuyau, Triso dan Meludam merebut peluang pembangunan yang bakal dibawa oleh infrastruktur baharu itu.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan para pengguna jalan raya agar mengutamakan keselamatan dan tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.

"Jangan berhenti di atas jambatan untuk berniaga atau mengambil gambar sehingga membahayakan diri dan pengguna lain... jika ingin menjalankan perniagaan, lakukan di kawasan yang sesuai di kedua-dua penghujung jambatan," katanya.

Sementara itu Residen Sri Aman Mahra Salleh menyifatkan pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 dan jangkaan siapnya Jambatan Batang Lupar 2 menjelang Ogos terus memacu pertumbuhan sosioekonomi di koridor pesisir Sarawak.

Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 bukan sahaja detik bersejarah bagi seluruh rakyat negeri ini malah keunikan infrastruktur itu terletak pada pembinaan dua jambatan utama di atas sungai yang sama iaitu Batang Lupar yang mana strukturnya kini hampir siap sepenuhnya.

"Impak ekonomi pastinya amat besar terutama bagi bahagian Sri Aman dan Betong kerana laluan ini memendekkan masa perjalanan serta turut menghubungkan Kuching ke Sebuyau dan Lingga," katanya.


Sumber : Utusan Borneo

Rate
There are 1 People reward the building owner
108 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch