Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1111043   


Henry menerima cenderamata berupa buku 'Discovering Sarawak Ethnic, Arts, Craft and Heritage' daripada Simon.

MIRI: Pertandingan Karaoke Voice of Borneo 2026 yang diadakan sempena Karnival Taste of Borneo (TOBC) berjaya menghimpunkan bakat nyanyian daripada pelbagai etnik di Borneo menerusi tema yang mengetengahkan lagu-lagu dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Pertandingan yang berlangsung pada majlis Ngarum Pewun @ Voice of Borneo 2026 itu dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Miri melibatkan 14 peserta yang mewakili pelbagai persatuan etnik.

Gelaran johan pertandingan disandang Bronika Kaya, 49, berketurunan Lun Bawang yang mewakili DBNA, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM800 berserta trofi dan sijil.

Tempat kedua dimenangi Elyonie Livan Laing, 27, berketurunan kacukan Kayan-Iban yang mewakili Persatuan Dayak Miri, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil.

Steven Ngau, 37, berketurunan Kayan yang mewakili Persatuan Kayan Sarawak pula muncul pemenang tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 berserta trofi dan sijil.

Penganjuran pertandingan itu bertujuan mengetengahkan kepelbagaian budaya dan warisan muzik masyarakat Borneo di samping mengeratkan hubungan antara komuniti menerusi platform seni dan hiburan.


Pemenang karaoke, dari kiri, Steven Ngau, Bronika dan Elyonie.

Dalam pada itu Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Marin) merangkap ADUN N2 Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, kejayaan penganjuran TOBC membuktikan bahawa masyarakat di Miri telah menunjukkan kepada seluruh Sarawak, Borneo dan Malaysia bahawa kita mampu bersatu walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa.

Beliau berbangga kerana edisi keempat  karnival itu bukan sahaja melibatkan penyertaan dari Kalimantan, Sabah dan Brunei bagi melambangkan semangat seluruh Borneo, malah turut memperluaskan penyertaan sehingga ke Yunnan, China.

Lebih membanggakan, TOBC kali ini berjaya mencipta sejarah apabila menerima satu lagi pengiktirafan Malaysia Book of Records (NBOR) menerusi kategori Persatuan Etnik Terbanyak Menyertai Perarakan pada 1 Julai lalu.

Karnival itu sebelum ini telah mencatat dua lagi pengiktirafan MBOR iaitu Ucapan Salam Dialek Etnik Terbanyak di Jambatan Perpaduan dan Pameran Kraf Etnik Terbanyak dengan sebanyak 504 hasil kraf semasa Karnival TOBC 3.0 pada 2024.

Henry seterusnya mengumumkan peruntukan geran berjumlah RM20,000 kepada DBNA Cawangan Miri.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Miri Simon Ilus, Pengerusi Induk yang juga Presiden Persatuan Cina Sarawak Harry Lee, pengarah program Nancy Roba Ribid dan pengerusi penganjur Jade Lim.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
164 Views
2 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


silance Lv.8 2#

Honour | Credits 2672   
Tahniah kepada pemimpin belah Borneo. Berbagai etnik hidup happy tanpa gangguan pati hanyut.

silance Lv.8 3#

Honour | Credits 2672   
Terima kasih Kaka Vell.

All contents are displayed