Borneo
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

Vellfire Lv.24

Fav
Super Moderator | Credits 1111043   


SARATOK: Seorang suri rumah berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai menyerang suaminya menggunakan sebilah gunting dalam kejadian di Kampung Kabong, dekat sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew Manggie (gambar) berkata, kejadian itu dilaporkan selepas lelaki yang bekerja sebagai buruh sawit mendakwa isterinya mengamuk dan merosakkan barangan di rumah kerana mendesaknya supaya menceraikannya.

“Dalam masa yang sama, isteri pengadu turut mengambil sebilah gunting pakaian dan meluru ke arah pengadu untuk menyerang, namun pengadu sempat mengelak dan hanya mengalami kecederaan calar di bahagian tepi pinggang kiri.

“Sebelum kejadian, isteri pengadu juga didakwa mengugut melalui aplikasi WhatsApp untuk membunuh pengadu dan anak mereka sekiranya pengadu enggan menceraikannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Mathew berkata, berdasarkan laporan tersebut, polis bertindak menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian adalah pengadu dan suspek berselisih faham dan suspek kerap meminta untuk bercerai daripada pengadu tetapi pengadu enggan mengikuti kemahuannya.

“Kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah pengadu untuk meminta cerai dan pengadu memaklumkan bahawa urusan penceraian akan dilakukan melalui mahkamah.

“Suspek menjadi semakin agresif dan mengambil sebilah gunting pakaian serta meluru ke arah pengadu untuk menyerangnya, namun demikian pengadu berjaya mengelak dan hanya mengalami kecederaan calar di bahagian tepi pinggang kiri,” katanya lagi.

Tambah Mathew lagi, suspek telah ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 KK.


Sumber : Utusan Borneo
Rate
There are 1 People reward the building owner
104 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch