Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211045   






PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Rita Sosilawati berkongsi pengalaman menarik apabila pasport baharu Malaysia yang digunakannya mencuri perhatian pegawai imigresen sebaik tiba di London, United Kingdom.


Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata, dia ditahan seketika untuk pemeriksaan kerana pasport berkenaan masih baharu dan belum pernah dilihat oleh pegawai bertugas di pintu masuk negara itu.


Menurutnya, dia menjelaskan bahawa pasport tersebut baru sahaja diperkenalkan dan diperolehnya pada hari ketiga selepas pelancarannya.


“Pegawai imigresen memberitahu mereka perlu memeriksanya terlebih dahulu kerana itu kali pertama mereka melihat pasport baharu Malaysia.


“Mereka turut memuji reka bentuknya yang moden dan cantik, termasuk penggunaan gambar berwarna,” katanya menerusi hantaran tersebut.


Rita berkata, proses pemeriksaan mengambil sedikit masa kerana maklumat mengenai pasport baharu Malaysia dipercayai belum terdapat dalam sistem pihak berkuasa berkenaan.


Bagaimanapun, dia mengakui berasa teruja kerana menjadi antara rakyat Malaysia terawal menggunakan dokumen perjalanan tersebut di London.


“Tapi seronok juga dapat menjadi antara orang terawal menggunakannya di sini,” katanya.


Perkongsian berkenaan meraih perhatian ramai dengan lebih 271,000 tontonan dan kira-kira 5,900 tanda suka, selain mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.


Seorang pengguna Threads dikenali @_lqmnarrii juga berkongsi pengalaman yang seakan sama ketika berkunjung ke Hat Yai dan Singapura baru-baru ini.


“Semalam pergi Hat Yai pegawai diorang pun cakap ‘new passport?’ Hari ini pergi Singapura pun diorang cakap benda sama. Dekat Singapura lama juga kena tahan pastu (mereka) puji pasport baru lawa,” komennya.


Seorang lagi pengguna, @jademisai berkongsi pengalaman hampir sama apabila pasportnya diperhatikan pegawai kawalan sempadan di Paris, Perancis sebelum ditunjukkan kepada rakan sekerja.


“Pegawai itu berkata pasport ini sangat canggih. Perkara itu membuatkan saya berasa sangat bangga sebagai rakyat Malaysia,” katanya.


Seorang netizen, @farahaz_97 berkata, pengalaman ditahan untuk pemeriksaan itu sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia lebih berbangga kerana pasport berkenaan berjaya menarik perhatian pegawai luar negara.


“Kalau kita kena pun kita bangga berganda-ganda. Kena tahan sebab orang kagum tengok pasport baharu dan sudah tentu untuk memeriksa keasliannya,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE
745 Views
13 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


Samerosie Lv.14 2#

Fighter | Credits 21526   
Edited by Samerosie at 11-7-2026 11:50 AM

Mereka turut memuji reka bentuknya yang moden dan cantik, termasuk penggunaan gambar berwarna,” katanya menerusi hantaran tersebut.
----
Jab. Selama ni gambar hitam putih ke paspot lama? Dlm dia lebih kurang pasport UK je design. Wonder juga apa yg canggih nya.

kemaruk Lv.16 3#

Conqueror | Credits 41558   
baru tu dah kagum
dia tak tengok lagi kad unhcr

vender Lv.10 4#

Survivor | Credits 6200   
Quote: kemaruk replied at 11-7-2026 12:05 PM
baru tu dah kagum
dia tak tengok lagi kad unhcr

Rohingya 1- malaysian 0

Follow Us

ChildrenOfBodom Lv.16 5#

Conqueror | Credits 41865   
kad OKU lagi canggih

shamsadis Lv.14 6#

Fighter | Credits 27395   


ada kad lagi kebal

Decaffeinated Lv.18 7#

Master | Credits 65522   
orang Malaysia pantang kena puji sikit dengan omputih kembang kuncup terus gebang satu dunia. Kesian sungguh.

ADVERTISEMENT


cmf_jeangrey Lv.12 8#

Defender | Credits 12901   
Jgnkan imigresen negara lain, majoriti rakyat malaysia pun belum tgk lagi

Perawankota Lv.13 9#

Challenger | Credits 17432   
Apa additional feature dlm passport baru ni?

Skuau Lv.15 10#

Gladiator | Credits 34836   
Quote: kemaruk replied at 11-7-2026 12:05 PM
baru tu dah kagum
dia tak tengok lagi kad unhcr

lagi la power...

punchup Lv.10 11#

Survivor | Credits 5886   
Passport baru dah tak perlu pakai tudung hitam ke

vender Lv.10 12#

Survivor | Credits 6200   
Sapa ada passport baru tu share la kat sini, nak tahu apa yg special.  Nmpk dlm gambar biasa je mcm yg lama jugak.  

Cayn Lv.4 13#

Keeper | Credits 505   
passport canggih tapi imigresen tak canggih. senang je rakyat asing bolos tanpa dikesan.

L.U.S.M Lv.12 14#

Defender | Credits 11921   
Apa point2 yang canggih dia cerita smpi masuk berita? Setakat kagum sbb passport lawa tp sempadan asik bolos dgn org xde passport pun xguna jgk

All contents are displayed