Isu Semasa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-MRO Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 211045   






PETALING JAYA – Negarawan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencatat satu lagi detik bersejarah apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-101 hari ini.


Sempena hari istimewa itu, akaun Instagram rasmi @chedetofficial memuat naik poster khas memaparkan potret beliau bersama angka ‘101’ berwarna keemasan serta tanda pagar #Mahathir101.


Hantaran dengan kapsyen ringkas ‘#Mahathir101 10 July’ itu menerima puluhan ribu tanda suka selain dibanjiri ucapan selamat dan doa daripada orang ramai.


Dr. Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah dan merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik.


Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura pada 1947.


Selepas menamatkan pengajian pada 1953, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar sebelum membuka klinik persendirian yang dikenali sebagai Klinik Maha di bandar berkenaan.


Dr. Mahathir kemudiannya muncul sebagai antara tokoh politik paling berpengaruh dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981.


Beliau menerajui negara selama 22 tahun sehingga 2003, sekali gus menjadi Perdana Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.


Sepanjang pentadbirannya, negara menyaksikan proses perindustrian dan pemodenan yang pesat menerusi pelaksanaan pelbagai projek termasuk Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC).


Beliau juga memperkenalkan Wawasan 2020 sebagai kerangka bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, selain memainkan peranan penting dalam penubuhan industri automotif nasional menerusi Proton.


Sumbangannya terhadap pembangunan ekonomi dan infrastruktur negara menyebabkan beliau dikenali sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.


Selepas bersara pada 2003, Tun Dr. Mahathir kembali menerajui negara pada 2018 apabila gabungan Pakatan Harapan yang dipimpinnya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Pada usia 92 tahun ketika itu, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh dan mencatat sejarah sebagai ketua kerajaan tertua di dunia sebelum pentadbirannya berakhir pada 2020.


Secara keseluruhannya, Dr. Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri selama hampir 24 tahun menerusi dua tempoh pentadbiran berasingan, iaitu dari 1981 hingga 2003 dan 2018 hingga 2020.


Dalam pada itu, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali pula bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Ahad ini.


Dr. Siti Hasmah dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Klang, Selangor dan merupakan anak keenam daripada 10 beradik.


Beliau turut mengikuti pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine dan merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya ketika itu.


Di institusi berkenaan jugalah beliau bertemu Dr. Mahathir sebelum pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 1956 dan dikurniakan tujuh orang anak.


Dr. Siti Hasmah mempunyai rekod perkhidmatan yang panjang dalam bidang kesihatan awam, khususnya berkaitan kesihatan ibu dan kanak-kanak.


Pada 1965, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai pegawai perubatan di Bahagian Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak sebelum menjadi wanita pertama memegang jawatan Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Negeri pada 1974.


Sumber – KOSMO! ONLINE
627 Views
14 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


B40tastePosh Lv.13 2#

Challenger | Credits 18263   
Orang Zaman Inggeris memang tak suka pakai tudung. Rambut pun tak sesuai untuk pakai tudung

vender Lv.10 3#

Survivor | Credits 6200   
100 years old couple . I hope ada royal wedding utk depa berdua ni. Bukan senang nak cari couple mcm ni.  

Decaffeinated Lv.18 4#

Master | Credits 65522   
sedang enjoying life ka tu? takde yang nak leak update dari 'dalam' ka?
Follow Us

silance Lv.8 5#

Honour | Credits 2662   
Bolehlah celebrete naik yacht pusing ronda rongkawi malut hil.

B40tastePosh Lv.13 6#

Challenger | Credits 18263   
Habis rosak orang Melayu dibuatnya sepanjang usia memecah belah Melayu.

Kes Memali tu sorok dalam laci

slavehunter Lv.13 7#

Challenger | Credits 19357   
We all love Tun Mahathir. May Allah protects Tun Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah aminn.

ADVERTISEMENT


slavehunter Lv.13 8#

Challenger | Credits 19357   
Quote: silance replied at 11-7-2026 03:13 PM
Bolehlah celebrete naik yacht pusing ronda rongkawi malut hil.

Bukit malut to Burma bukan Rohignya penduduk asalnye, plus simpang nak masuk ke Malut tu selepas tu quarters TLDM naval base dorang park armada kat tepi tu. Ko sembang kacip piu piu apa ni?  Yacht parking kat Telaga harbour tu.

Tahun depan apa kata jom beramai ramai kita pergi LIMA support. Jadi tak la nak sembang kacip sentiasa jer kat forum ni.

slavehunter Lv.13 9#

Challenger | Credits 19357   
Langkawi tu the heart of Malaysia. Semua foreigners tourist mat Saleh tahu Langkawi tu the best holiday destination in Malaysia.
Jangan termakan dakyah yang nak smear campaign about Langkawi dan Tun M.

Hospital lama yang Tun M first time jadi Doctor ada lagi di Langkawi.

kakikuDibibirmu Lv.17 10#

Superior | Credits 55878   
Adrenochrome tersenyum sinis

axl_bach Lv.17 11#

Superior | Credits 58437   
Quote: B40tastePosh replied at 11-7-2026 03:16 PM
Habis rosak orang Melayu dibuatnya sepanjang usia memecah belah Melayu.

Kes Memali tu sorok dalam  ...

Memali dah jadi soklang setang....

silance Lv.8 12#

Honour | Credits 2662   
Quote: slavehunter replied at 11-7-2026 04:15 PM
Bukit malut to Burma bukan Rohignya penduduk asalnye, plus simpang nak masuk ke Malut tu selepas t ...

Asalnya alasan bawa masuk keturunan mulayu duduk burma lepas jadi buruh paksa zaman perang. Yang pure mulayu jadi buruh paksa ni berapa orang total? Ada 120K++ macam record yunihechiar ke? Yang duduk situ muka macam mana?

B40tastePosh Lv.13 13#

Challenger | Credits 18263   
Quote: axl_bach replied at 11-7-2026 06:02 PM
Memali dah jadi soklang setang....

Sebab mangsa memali dah banyak meninggal dunia. Boleh lah Hadi kutuk Soalan Setang.padahal Amanat dia tu amanat setang.

ketipongtipah Lv.7 14#

Revolutioner | Credits 1436   


midori888 Lv.15 15#

Gladiator | Credits 32565   
wahh panjangnyer umur....lama mana pun hidup, mati itu pasti...

All contents are displayed