Utara
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1841466   
Projek Tapak Pelupusan Sampah Jelutong: 'Jika masih gagal, tiada lagi lanjutan' - Chow

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bercakap kepada pemberita ketika program Jelajah CM Chow di perkarangan Masjid Jamek Permatang Kebun Sireh Bukit Mertajam. FOTO Nur Izzati Mohamad





Bukit Mertajam: Syarikat yang bertanggungjawab melaksanakan cadangan Projek Tapak Pelupusan Sampah Jelutong tidak akan dibenarkan melaksanakan projek pemulihan itu, sekiranya gagal memperoleh kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri sudah memberi lima kali lanjutan bagi membolehkan syarikat berkenaan memenuhi keperluan ditetapkan JAS berhubung projek berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri akan membuat keputusan muktamad terhadap projek berkenaan selepas memberikan satu lagi lanjutan terakhir terhadap syarikat terbabit.

"Jika syarikat itu masih gagal memperoleh kelulusan EIA dalam tempoh yang ditetapkan, tiada lagi lanjutan akan diberikan.

"Dengan kata lain, jika ia gagal mendapatkan kelulusan EIA dalam tempoh terbabit, projek itu tidak akan diteruskan di bawah syarikat berkenaan," katanya ketika mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan.

Chow ditemui pemberita ketika program Jelajah CM Chow bersama Ibu Tunggal di perkarangan Masjid Jamek Permatang Kebun Sireh, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri dimaklumkan bahawa syarikat terbabit berdepan kekangan dengan syarat tambahan ditetapkan JAS memandangkan terdapat beberapa syarat baharu diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Tegasnya, kerajaan negeri mahu menyelesaikan perkara itu secepat mungkin sambil menegaskan bahawa kerja pemulihan bekas tapak pelupusan sampah itu tetap perlu dilaksanakan tanpa mengira keputusan terhadap projek terbabit.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada syarikat lain akan dilantik sekiranya pemaju semasa gagal memenuhi syarat yang ditetapkan, Chow berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan pilihan lain jika perlu.

Terdahulu projek tapak pelupusan seluas 34 hektar yang beroperasi selama lebih empat dekad kembali menjadi perhatian umum susulan gesaan kumpulan Lindungi Persiaran Karpal Singh supaya kerajaan negeri menghentikan pelaksanaan projek itu.



Disiarkan pada: Julai 12, 2026 @ 6:09pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/07/1383397/projek-tapak-pelupusan-sampah-jelutong-jika-masih-gagal-tiada-lagi-lanjutan




82 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch