Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1837764   
Kejohanan Asia B-23: Kuartet 4x100m negara raih gangsa

12 Julai 2026 09:31pm





Kuartet 4x100 meter lelaki negara meraih pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah-23 di China.






KUARTET 4x100 meter (m) lelaki negara meraih pingat gangsa pada Kejohanan Olahraga Asia Bawah-23 (B-23) 2026 di Ordos, China pada Ahad.

Menurut Olahraga Malaysia, kuartet diwakili Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Reeve Kua Man Hong, Pengiran Aidil Auf Hajam dan Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif itu mencatat masa 39.20 saat (s), di belakang pasukan tuan rumah yang merangkul pingat emas dengan catatan 38.38s.


Sementara itu, Hong Kong meraih pingat perak selepas mencatat 38.88s.

Dalam acara lain, Mohamad Armin sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan miliknya dalam aksi final 110m lari berpagar hari ini.


Selepas mencatat 13.63s dalam saringan semalam, beliau memperbaiki catatan kepada 13.58s pada final, sekali gus menamatkan saingan di tempat keempat. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/787535/berita/sukan/kejohanan-asia-b-23-kuartet-4x100m-negara-raih-gangsa



Rate
There are 1 People reward the building owner
120 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1837764   

All contents are displayed