Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1837764   
Letshanaa akur tewas di pusingan pertama Terbuka Jepun

Oleh Alief Iqbal Saidin - Julai 15, 2026 @ 10:54am





Perseorangan wanita negara, K Letshanaa tewas 16-21, 12-21 kepada wakil Korea Selatan, Kim Ga-eun di pusingan pertama Terbuka Jepun. - Foto NSTP




KUALA LUMPUR: Perseorangan wanita negara, K Letshanaa mengakui kegagalannya menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan corak permainan lawan menjadi antara faktor utama kekalahannya kepada wakil Korea Selatan, Kim Ga-eun pada pusingan pertama Terbuka Jepun di Tokyo, hari ini.

Pemain ranking ke-27 dunia itu terpaksa akur apabila tewas 16-21, 12-21 kepada Kim yang menghuni ranking ke-14 dunia dalam tempoh 32 minit sekali gus menamatkan cabarannya di kejohanan bertaraf Super 750 itu.

Letshanaa berkata, pertemuan sulung dengan Kim menyukarkannya untuk membaca corak permainan lawan, selain mengakui gagal menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang sehingga melakukan terlalu banyak kesilapan sendiri.

"Sudah tentu ini pertemuan pertama kami dan ia agak mencabar kerana kami tidak mengetahui gaya permainan masing-masing.

Saya rasa hari ini saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di dalam gelanggang dan melakukan terlalu banyak kesilapan sehingga gagal bangkit semula," kata Letshanaa kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurutnya, gaya permainan Kim yang berbeza daripada kebanyakan pemain lain turut menyukarkannya untuk mendapatkan rentak terbaik sepanjang perlawanan.

"Dia mempunyai gaya permainan yang berbeza daripada pemain lain.

Selain itu, ini juga kali pertama saya beraksi di gelanggang ini, jadi persekitarannya semuanya baharu buat saya.

Saya percaya pada masa akan datang saya akan menyesuaikan diri dengan lebih baik," katanya.

Letshanaa turut mengakui keyakinannya mula terjejas apabila gagal melaksanakan pukulan yang dirancang, sekali gus memberi ruang kepada lawannya menguasai perlawanan.

"Kebanyakan pukulan yang saya cuba lakukan hari ini tidak menjadi seperti yang dirancang.

Dari situ keyakinan saya mula menurun," tambahnya.

Meskipun kecewa dengan keputusan itu, Letshanaa menganggap pengalaman beraksi dalam kejohanan bertaraf tinggi sebagai proses penting dalam perkembangan kariernya memandangkan dia masih baru menyesuaikan diri dengan saingan Jelajah Dunia Super 750 dan Super 1000.

"Saya hanya menjalani beberapa minggu latihan di Kuala Lumpur sebelum datang ke sini dan semuanya berjalan dengan baik.

Keputusan ini memang bukan sesuatu yang kami jangkakan, tetapi saya percaya ia tetap satu pengalaman yang sangat berharga kerana saya masih dalam proses pembelajaran di peringkat ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2026/07/1588248/letshanaa-akur-tewas-di-pusingan-pertama-terbuka-jepun





Rate
There are 1 People reward the building owner
98 Views
0 Reply

No comments yet, click me grab the couch