Sukan & e-sport
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

sfhzuraz Lv.22

Fav
Moderator | Credits 1837871   
Eljoe teruja kongsi pentas bersama Abdul Latif di Glasgow 2026

Bernama - Julai 15, 2026 @ 4:59pm





- Foto Eljoe Gotuoh




KUALA LUMPUR: Detik melangkah ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 bukan sekadar satu penyertaan biasa buat Eljoe Gotuoh, sebaliknya menjadi momen bermakna buat anak jati Sabah itu apabila bakal berkongsi pentas dengan seniornya yang juga pemegang rekod dunia Datuk Abdul Latif Romly.

Atlet berusia 22 tahun itu menyifatkan peluang berkongsi pentas buat julung kalinya di luar negara dalam acara lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) sebagai detik terbesar dalam kariernya setakat ini, sekali gus menyuntik semangat baharu untuk mencabar kelompok elit dunia.

Bagi Eljoe, kehadiran Abdul Latif bukan sekadar rakan sepasukan, malah aura kejayaan yang dibawa jaguh dunia itu menjadi pemacu semangat untuknya terus melangkah jauh dalam karier sukan para.

"Rasa macam lebih bersemangat sebab ada yang lebih senior daripada saya untuk pergi bertanding dan jadikan ia sebagai motivasi.

Harapan saya boleh mengikuti jejak Abdul Latif untuk menyertai kejohanan-kejohanan besar seterusnya," katanya kepada BERNAMA hari ini.

Meskipun masih dianggap 'setahun jagung' dalam kem kebangsaan, anak kelahiran Tuaran itu tidak pernah segan mendapatkan nasihat teknikal daripada seniornya itu bagi memperkemaskan lagi teknik lompatan.

"Saya selalu bertanya kepadanya mengenai teknik larian terutamanya teknik lompatan kerana kami beraksi dalam acara yang sama.

Banyak perkara saya pelajari daripadanya termasuk aspek 'take-off', 'landing' dan larian awalan.

Beliau memang tidak lokek berkongsi ilmu serta sentiasa membantu saya memperbaiki teknik," katanya.

Menyentuh mengenai prestasi semasa, Eljoe yang baru setahun lima bulan menyertai kem latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) memaklumkan beliau kini memegang rekod peribadi terbaik 7.17 meter (m) yang dilakukannya di Perak pada tahun lalu.

Menjelang cabaran di Glasgow nanti, Eljoe memasang impian besar untuk memperbaharui rekod peribadinya itu bagi membuktikan kemampuan sebenar di peringkat antarabangsa.

"Sasaran saya tujuh (meter) ke atas dan harap dapat memperbaharui rekod peribadi terbaik di Komanwel dan dari segi pesaing, saya sendiri kurang pasti sebab memang tidak pernah bersaing di peringkat tinggi," katanya yang sebelum ini pernah menimba pengalaman pada kejohanan di Australia dan Dubai.

Rekod dunia lompat jauh T20 ketika ini dipegang Abdul Latif dengan lompatan sejauh 7.67m pada Kejohanan Dunia di New Delhi, India tahun lalu.

Sukan Komanwel 2026 akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos.



Profil

Nama: Eljoe Gotuoh

Umur: 22 tahun

Asal: Tuaran, Sabah

Adik-beradik: Anak ketujuh daripada lapan adik-beradik

Hobi: Mendaki dan memancing

Pencapaian: Pingat perak Sukan Para ASEAN Thailand 2025

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2026/07/1588511/eljoe-teruja-kongsi-pentas-bersama-abdul-latif-di-glasgow-2026





Rate
There are 1 People reward the building owner
124 Views
1 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


sfhzuraz Author 2#

Moderator | Credits 1837871   

All contents are displayed