|
|
Edited by trunks at 25-7-2026 03:41 PM
kalau itu terbaik untuk Sony kan hehe,sebab yela sekarang zaman apa
bukan dah zaman batu lagi tapi adala yang orang tak suka itu ini,walau
pun tak selesa gamers terpksala layan kan,,cuma macam tak biasa
kalau nak juga beli Disk bluray tu,bolehah beli yang disk edition,cuma,
untuk game2 baru 2028 tak dapatla kan ,sebab dah tak kleluar dah
yang disk lepas ni,, akan mula january 2028.
saya agak ajela, kenapa Sony buat macam ni Dia org nak kita beli digital
sebab game digital tu tak boleh jual balik macam fizikal CD. Sbb ramai yang tunggu
fizikal CD game2 yang baru di jual sebagai used(cd terpakai yang lebih banyak murahnya
contoh game baru harga 180rm.ke 200rm lbih, harga used CD hanyalah boleh dapat 60rm)
bukanlah sony tak tau pun hal ni.Sony mngkin rasa dia orang rugi sale dkt situ.
Mcm sy mmg tugu game2 bru di jual used sbb dpt harga murah
Sony henti keluarkan permainan baharu PlayStation dalam cakera mulai 2028
Menurut Sony, permintaan pengguna terhadap pembelian digital semakin meningkat,
dengan kira-kira 80 peratus permainan PlayStation 5 kini dibeli secara digital. -
kalau internet laju sedapla nak download, katalah 1 game size 85GB, haha mau nangisla
korang nak download. beza dengan disk, beli terus lah boleh main.tapi yela faham juga
mana yang malas pegi kedai beli, dan malas nk tunggu pos lagi bosan, baikla download aje
TOKYO: Sony akan menghentikan pengeluaran permainan baharu untuk konsol PlayStation dalam bentuk cakera fizikal mulai 2028, selaras dengan usaha syarikat itu mempercepatkan peralihan kepada pengedaran digital, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sony berkata mulai 2028, semua judul permainan baharu PlayStation hanya akan ditawarkan dalam format digital.
Syarikat itu memaklumkan permintaan pengguna terhadap pembelian digital semakin meningkat, dengan kira-kira 80 peratus permainan PlayStation 5 kini dibeli secara digital.
Bagaimanapun, sebahagian pemain masih memilih cakera fizikal kerana ia boleh dijual semula atau dijadikan koleksi.
Sony berkata permainan yang diterbitkan sebelum 2028 serta judul sedia ada akan terus ditawarkan dalam format semasa.
Langkah itu mencerminkan trend industri yang semakin beralih daripada media fizikal kepada pengedaran digital.
Sebagai contoh, permainan "Grand Theft Auto" yang dinanti-nantikan itu juga hanya akan diterbitkan dalam format digital
Malah, edisi yang dijual di pasaran hanya mengandungi kod muat turun dan bukannya cakera permainan.
Sony turut mengumumkan bahawa kedai muat turun bagi PlayStation 3 dan PlayStation Vita akan ditutup menjelang pertengahan tahun depan.
Keputusan itu turut menunjukkan bahawa permainan digital boleh menjadi tidak lagi tersedia apabila penerbit atau pengendali platform menamatkan perkhidmatan dalam talian.
Sementara itu, pesaingnya Nintendo menggunakan pendekatan hibrid bagi beberapa judul untuk konsol Switch 2.
Bagi permainan tertentu, kartrij yang dijual tidak mengandungi permainan itu sendiri, sebaliknya hanya memuatkan kunci lesen digital yang membolehkan pengguna memuat turun permainan berkenaan.
Berbeza dengan pembelian digital sepenuhnya, permainan yang diperoleh melalui sistem itu masih boleh dipindahkan kepada pengguna lain.
-- BERNAMA-dpa
--------------------
tadi saya terfikir lah adakah PS6 nanti, okla dah tak ada disk kan
akan ada aje loop hole dalam setiap benda nya,orang buat rules
tak nak kena copy pirate- orang boleh beli game terpakai
ini kes pula, beli game digital kan tak boleh kongsi account
hanya acount sendiri beli game - downlaod -main
mungkin akan ada la yang akan jual acc ount pula 
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|