CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 40400|Reply: 49

(Info) Flora

[Copy link]
Post time 19-6-2011 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mencacus at 21-6-2011 22:33

Sumber : Wikipedia



Dalam botani, flora mempunyai dua maksud. Maksud pertama merujuk kepada "semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman", khususnya tumbuhan yang asli. Maksud kedua merujuk kepada "buku atau karya" yang memerihalkan spesies tumbuhan yang terdapat di dalam sesuatu kawasan atau zaman bagi tujuan pengenalpastian. Sesetengah flora klasik dan moden disenaraikan di bawah.
Istilah "flora" berasal daripada bahasa Latin, Flora, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Flora, fauna dan bentuk hidupan lain seperti kulat dirujuk bersama sebagai biota. Semua flora dan fauna di dalam sesuatu kawasan dirujuk bersama sebagai biota.


Skema ringkas untuk flora sebuah pulau — kesemua spesies tumbuhannya ditandai dalam kotak-kotak.




Pengelasan flora


tumbuhan-tumbuhan dikelompokkan kepada flora, bergantung kepada kawasan, zaman, atau persekitaran yang khas. Kawasan boleh merupakan habitat yang berbeza dari segi geografi, umpamanya gunung berbanding tanah pamah. Flora boleh bermaksud tumbuhan untuk sesuatu zaman sejarah, umpamanya flora fosil. Akhirnya, flora juga boleh dibahagikan lagi mengikut persekitaran khas:
  • Flora asli: Flora asli sesuatu kawasan.
  • Flora pertanian dan kebun bunga: Tumbuhan yang ditumbuh dengan senjaga oleh manusia.
  • Flora rumpai: Secara tradisi, pengelasan ini digunakan untuk tumbuhan yang dianggap tidak diingini, dan dikaji untuk mengawal dan memusnahkannya. Pada hari ini, gelaran ini jarang digunakan sebagai pengelasan untuk tumbuhan disebabkan kumpulan ini merangkumi tiga jenis tumbuhan yang berbeza: spesies rumpai, spesies invasif (tidak semestinya merupakan rumpai), dan spesies (baik asli mahupun yang diperkenalkan) yang tidak diingini dari segi pertanian. Banyak tumbuhan asli yang dahulu dianggap sebagai rumpai kini telah didapati berfaedah malah diperlukan oleh pelbagai ekosistem.
Bakteria kekadang dimasukkan dalam kumpulan flora . Kekadang juga, istilah flora bakteria dan flora tumbuhan telah digunakan secara berasingan.



Karya flora



Secara tradisi, flora merupakan buku-buku, tetapi sesetengahnya kini diterbitkan dalam format CD-ROM atau tapak web. Kawasan yang dilitupi oleh sesuatu flora boleh ditakrifkan mengikut geografi atau politik, dan seringnya memerlukan pengetahuan botani yang khusus untuk digunakan dengan berkesan.
Flora seringnya mengandungi petunjuk diagnosis, terutamanya petunjuk dikotomi. Ini memerlukan seseorang pengguna untuk memeriksa sesuatu tumbuhan berulang kali supaya dapat memutuskan mana satu antara dua pilihan yang diberikan dalam flora adalah lebih tepat untuk tumbuhan itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2011 09:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 20-6-2011 20:37

versi bahasa inggeris


In botany, flora (plural: floras or florae) has two meanings:

    A flora (with a lower case 'f') refers to the plant life occurring in a particular region, generally the naturally occurring or indigenous plant life. Botanists and paleobotanists use the term to refer to a typical collection of plants found in a specific time or place, e.g. the "Sonoran Desert flora" or the "Caenozoic flora". It also can refer to a given subset of the flora of a given region, as in: "... Southern Africa has a rich Ericaceous flora ...".

    A Flora (with a capital 'F') refers to a book or other work describing a flora and including aids for the identification of the plants it contains such as botanical keys and line drawings that illustrate the characters that distinguish the different plants. Floristics is the study of floras, including the preparation of Floras.

The term "flora" comes from Latin language Flora, the goddess of plants, flowers, and fertility in Roman mythology. The corresponding term for animal life is fauna. Flora, fauna and other forms of life such as fungi are collectively referred to as biota. Some classic and modern floras are listed below.



Plant species diversity


Flora classifications

Plants are grouped into floras based on region, period, special environment, or climate. Regions can be geographically distinct habitats like mountain vs. flatland. Floras can mean plant life of an historic era as in fossil flora. Lastly, floras may be subdivided by special environments:

    Native flora. The native and indigenous flora of an area.
    Agricultural and garden flora. The plants that are deliberately grown by humans.
    Weed flora. Traditionally this classification was applied to plants regarded as undesirable, and studied in efforts to control or eradicate them. Today the designation is less often used as a classification of plant life, since it includes three different types of plants: weedy species, invasive species (that may or may not be weedy), and native and introduced non-weedy species that are agriculturally undesirable. Many native plants previously considered weeds have been shown to be beneficial or even necessary to various ecosystems.

Bacterial organisms are sometimes included in a flora, and sometimes the terms bacterial flora and plant flora are used separately.


Plants


A fossil leaf from the extinct Comptonia columbiana, 48.5 million years old. Klondike Mountain Formation, Republic, Ferry County, Washington, USA. Stonerose Interpretive Center.


Taxus chinensis, Chinese Yew tree. Morton Arboretum


A closing venus fly trap.


An aloe vera plant.


Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 08:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 20-6-2011 20:55

Pokok Ketapang




Pengelasan saintifik


Alam:Hidupan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Myrtales
Famili:Combretaceae
Genus:Terminalia
Spesies:T. catappa



Pokok Ketapang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Terminalia catappa.
Pokok Ketapang merupakan sejenis pokok rendang yang mempunyai daun yang lebar. Oleh itu ia amat digemari sebagai tempat berteduh.



Pokok ketapang.


Buah ketapang.



Daun pokok ketapang.


Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2011 01:16 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 22-6-2011 00:02

Pisang



Buah pisang

Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Liliopsida
(tiada pangkat)Commelinids
Order:Zingiberales
Keluarga:Musaceae
Genus:Musa


Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.


Penamaan kultivar



Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada Musa acuminata dan Musa balbisiana. Genom yang disumbangkan Musa acuminata diberi simbol A, manakala genom sumbangan Musa balbisiana diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid M. acuminata dengan M. balbisiana ini dikenal sebagai M. ×paradisiaca.

Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama kelompok kultivar. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai Musa acuminata (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana Musa untuk pembahasan lebih mendalam.

Contoh:





Daun pisang yang siap dibungkus untuk diedarkan kepada penjual nasi lemak dan kuih-muih.




Penanaman



Iklim


Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.


Tanah


Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.


Cara menanam


Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha. Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran.


Penjagaan


Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.



Pokok pisang


Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2011 01:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 21-6-2011 02:26

Khasiat


Membekalkan tenaga

Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.


Kegunaan

Di Malaysia, pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada dimakan buahnya.
Daun pisang biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang boleh dimakan masak begitu sahaja atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat pisang, dan dijadikan kerepek. Selain buah pisang, jantung pisang juga boleh dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Batang pisang juga mempunyai empulur lembut atau dipanggil umbut di tengah-tengahnya dan sesuai dijadikan sumber makanan.


Pisang dan kesihatan

Pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu:

  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Jenis pisang




Pisang rebus yang boleh dimakan begitu sahaja.



Pisang rebus yang dihiris halus dan digaul dengan parutan kelapa.



Pisang abu digoreng begitu sahaja tanpa disalut tepung.



Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 03:49 PM | Show all posts
ooo...baru tau..timakasih tuan umah bgtau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2011 08:04 PM | Show all posts
Reply 6# ana_una


sama2 cik ana .... .....cik man lepas nie nak tepek cerita pasal pokok pandan pulak ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2011 08:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 21-6-2011 20:25

Pokok Pandan




Pandan




Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
(tiada pangkat)Monocots
Order:Pandanales
Keluarga:Pandanaceae
Genus:Pandanus
Spesies:P. amaryllifolius
Nama binomial
Pandanus amaryllifolius




Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.

Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.

Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.
Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan air sirap.

Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan lá dứa di Vietnam. Daun pandan memiliki ciri-ciri penyingkir lipas.



Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra).



Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2011 08:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 21-6-2011 20:39

Rumput





Pokok rumput (atau rumpai) kebiasaannya merupakan tumbuhan renek atau herba. Ia boleh hidup di darat, sungai atau laut. Rumpai dikelaskan mengikut cara hidup dan fisiologinya. Pada kebiasaannya rumpai dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu rumpai daun tirus, rumpai daun lebar dan rusiga. Rumpai daun tirus biasanya di dalam keluarga Poaceae (dahulu dikenali sebagai Graminaea)contohnya Echinochloa crus-galli. Rumpai jenis ini biasanya mempunyai batang yang bulat dan berdaun tirus. Rumpai daun lebar pula mudah dicam dengan sifat daunnya yang lebar dan besar. Terdapat banyak keluarga di dalam kumpulan ini, seperti Asteraceae, Amaranthaceae dan Rubiaceae. Contoh rumpai di dalam kumpulan ini ialah rumput tahi ayam (Ageratum conyzoides) dan bayam duri (Amaranthus spinosus). Manakala rusiga pula mudah dikenali dengan bentuk batangnya yang segi tiga.

Kebanyakan rumpai kumpulan ini adalah di dalam keluarga Cyperaceae. Contoh mudah spesies yang tergolong di dalam keluarga ini ialah rumput halia hitam (Cyperus rotundus).

Di dalam bidang pertanian ia biasanya dikaitkan sebagai "tumbuhan perosak" dan selalunya di hapuskan dengan beberapa kaedah kawalan rumpai samada kaedah mekanikal, kimia, kultur dan biologi.

Dalam bidang penternakan, rumpai boleh dijadikan makanan haiwan ternakan terutaman lembu, kambing dan biri-biri.
Ia juga mempunyai banyak kegunaan didalam bidang perubatan moden atau perubatan tradisional.

Sesetengah rumpai boleh dijadikan makanan atau ulam serta sumber ubatan penting. Pucuk paku dan pucuk pegaga misalnya boleh dijadikan sayur atau ulam. Misai kucing pula terkenal sebagai ubatan dalam mencegah kencing manis dan darah tinggi.



Rumput mempunyai peranan penting dalam pertanian.


Daftar Rumput dan Rumpai


Paku Pakis


Rumpai Air




Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 03:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 22-6-2011 03:15

Mangga



Buah mangga



Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Sapindales
Famili:Anacardiaceae
Genus:Mangifera

Spesies

Mangifera altissima
Mangifera applanata
Mangifera caesia
Mangifera camptosperma
Mangifera casturi
Mangifera decandra
Mangifera foetida
Mangifera gedebe
Mangifera griffithii
Mangifera indica
Mangifera kemanga
Mangifera laurina
Mangifera longipes
Mangifera macrocarpa
Mangifera mekongensis
Mangifera odorata
Mangifera pajang
Mangifera pentandra
Mangifera persiciformis
Mangifera quadrifida
Mangifera siamensis
Mangifera similis
Mangifera swintonioides
Mangifera sylvatica
Mangifera torquenda
Mangifera zeylanica



Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.

Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
  • Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
  • Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.


Rujukan kepada buah mangga sebagai "makanan dewa-dewi" boleh didapati dalam kitab-kitab Veda Hindu. Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Malayalam, maanga,  dan dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'.



Ciri fizikal


Pokok Buah Mangga adalah pokok besar yang mencapai 35-40 meter (115-131 kaki) tingginya, dengan jejari silasinya sebanyak 10 meter (33 kaki). Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
  • Daun: Malar hijau, berselang-seli, dan mempunyai bentuk mudah, dengan panjangnya sebanyak 15-35 sentimeter dan lebarnya 6-16 sentimeter. Ketika muda, warnanya jambu merah-jingga, tetapi berubah dengan cepatnya menjadi merah tua berkilat, dan kemudiannya hijau tua ketika matang.
  • Bunga: Berbentuk bulir hujung, dengan panjangnya sebanyak 1-040 sentimeter. Saiz setiap bunga kecil sahaja dan berwarna putih, dengan lima kelopak sehingga 5-10 milimeter panjangnya. Bau bunga ini sedikit harum seakan-akan bau bunga lili. Selepas kelopak bunga luruh, buahnya memakan masa 3-6 bulan untuk masak.
  • Buah: Merupakan pepauh. Apabila masak, buah ini terjuntai-juntai dari dahan dengan tangkai yang panjang. Saiznya berbeza-beza antara 10-25 sentimeter panjangnya, dan 7-12 sentimeter diameternya. Beratnya sehingga 2.5 kilogram. Warna buah yang masak berbeza-beza antara warna kuning, jingga, atau merah pada sebelah yang menghadapi matahari, dan warna kuning pada sebelah yang teduh. Warna hijau biasanya menunjukkan bahawa buah itu masih belum masak, tetapi ini bergantung kepada kultivarnya. Apabila masak, buah ini memberi bau macam damar yang sedikit wangi.
  • Biji: Satu biji tunggal yang leper, dan berbentuk empat segi panjang, dengan saiz 4-7 sentimeter panjang, 3-4 sentimeter lebar, dan 1 sentimeter tebal. Bergantung kepada kultivarnya, biji ini berserabut atau licin pada permukaannya. Tebal kulit biji sebanyak 1-2 milimeter dan di bawah kulit ini, terdapat satu lapisan nipis bak kertas yang melitupi biji tersebut.





Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 03:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 22-6-2011 03:12

Penanaman


Mangga kini ditanam dengan meluas sebagai pokok buah di kawasan-kawasan tropika dan subtropika yang bebas daripada fros, yaitu di seluruh benua India, [[Amerika , Tengah serta Selatan, Caribbean, Afrika tengah serta selatan, Australia, dan Asia Tenggara. Pokok ini mudah ditanam, dan kini terdapat melebihi 1,000 kultivar yang berbeza-beza dari buah mangga turpentin (namanya berasal daripada rasa turpentinnya dan menurut Buku Panduan Makanan Oxford, sebilangan jenis benar-benar mengandungi bahan kimia ini) hingga ke huevos de toro testikel buah pelir]] kerbau"; namanya mendasarkan bentuk dan saiznya).

Buah mangga dikatakan merupakan buah segar yang paling banyak dimakan di seluruh dunia. Walaupun demikian, petani-petani buah mangga hanya menerima harga yang rendah untuk hasil mereka. Disebabkan ini, buah mangga telah menjadi satu barang 'perdagangan saksama' di sebilangan negara.

Mangga juga menyesuaikan diri dengan mudah dalam iklim-iklim tropika. Sesetengah hutan tanah pamah di Kepulauan Hawaii didominasi oleh pokok-pokok buah mangga yang dibawa masuk, dan pokok ini merupakan pokok buah yang biasa ditanam di kawasan belakang rumah di Florida Selatan (pokok ini tidak ditanam secara besar-besaran di Florida).


Khasiat


Isi buah mangga yang masak mengandungi lebih kurang 15% gula, sehingga 1% protein, dan agak banyak vitamin A, B dan C. Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah kultivar mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara kultivar-kultivar yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut dan benyek seolah-olah buah plum yang terlalu masak, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal serupa dengan tembikai wangi atau buah avokado. Isi buah sebilangan kultivar juga boleh mengandungi serabut. Buah mangga mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan, walaupun agak leceh dan kotor.

Mangga tergolong dalam famili yang sama dengan pokok ivy beracun dan mengandungi urusyiol, walaupun tidak serupa banyak dengan ivy beracun. Sesetengah orang menghidap penyakit dermatitis ketika menyentuh sap atau kulit buah yang dikupas. Orang-orang yang mengalami tindak balas alergi selepas menyentuh buah mangga biasanya dapat menikmati buah ini jika orang lain mengupas kulit buah ini lebih dahulu. Daun-daun Buah Mangga adalah toksik terhadap lembu.

Buah mangga telah dikatakan melegakan usus-usus dan oleh itu, menyebabkan buah ini mudah dicernakan. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak. Buah mangga juga merupakan motif yang biasa dalam tekstil-tekstil India, dan dikenali sebagai corak Paisley.




Pokok buah mangga yang berbunga.




Bunga buah mangga.


Sumber : wikipedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 09:51 AM | Show all posts
Reply  ana_una


sama2 cik ana .... .....cik man lepas nie nak tepek cerita pasal pokok panda ...
mencacus Post at 21-6-2011 20:04



    cik man bole tak tepek pasal pokok durian belanda dan aprikot? betul ke dapat ubati kanser?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 09:56 AM | Show all posts
Reply 12# ana_una


nanti cik man akan tepekkan tentang durian belanda ngan aprikot jika masa mengizinkan.....kalau boleh cik man nak tepek sekali habbatus sauda sekali .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 10:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by mencacus at 22-6-2011 10:39

Durian Belanda



Buah durian belanda




Pengelasan saintifik

Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Magnoliales
Famili:[[]]
Genus:Annona
Spesies:A. sp. (Annona muricata L.;Annona muricata; Annona sericea, Annona macrocarpa, A. cearensis, Guanabanus muricatus)




Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L

Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.



Pokok durian belanda


Isi buah durian belanda


Sumber : wikipedia



Info tambahan tentang durian belanda


Sila layari di link : http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-khasiat-durian-belanda.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2011 11:06 AM | Show all posts
timakasih cik man.. sedapnya tgk isi durian belanda tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2011 11:08 AM | Show all posts
Pokok Aprikot



Buah aprikot



Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Rosales
Keluarga:Rosaceae
Genus:Prunus
Subgenus:Prunus
Spesies:P. armeniaca
Nama binomial
Prunus armeniaca


Pokok Aprikot merupakan pokok kecil dengan daun rimbun, melebar setinggi 8–12 meter; daunnya berbentuk simbol hati, dengan hujung runcing, dan sepanjang 8 cm dan 3–4 cm lebar. Ia berbunga putih hingga merah jambu. Buahnya menyerupai buah pic atau nektarin, dengan warna daripada kuning hingga warna oren dan kadangkala kemerah-merahan; permukaannya licin dan hampir tanpa bulu. Buah aprikot ialah buah berbiji benih besar juga dikenali sebagai pepauh, kerana biji benih tunggal yang keras.



Pokok aprikot di tengah Cappadocia, Turki


Buah aprikot dikeringkan di tanah di Turki.


Buah aprikot.


Gambar buah aprikot yang dikeringkan.


Sumber : wikipedia


Info tambahan : sila layari di link   http://www.cafemlm.com/mengenai- ... gambil-biji-aprikot

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2011 11:11 AM | Show all posts
timakasih cik man.. sedapnya tgk isi durian belanda tu..
ana_una Post at 22-6-2011 11:06



sama2 cik ana ....  cik man letak link kat bawah post .... nanti cik ana klik kat situ untuk info tambahan ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2011 12:44 PM | Show all posts
letih aku nak khatamkan thread ni walau baru beberapa kerat aku baca. mod patut digest thread ni. mmg best.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 04:29 PM | Show all posts
i teringin nak tau flora kawasan iklim gunung,mengikut ketinggian..i tengok kt tv cite explore apetah kat tv 1 best je..kat puncak pokok kecik kecik comel je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 12:38 PM | Show all posts
i teringin nak tau flora kawasan iklim gunung,mengikut ketinggian..i tengok kt tv cite explore apeta ...
areenarena Post at 26-6-2011 16:29



nanti cik man cari wiki tentang tumbuh2an di gunung especially di gunung kinabalu ......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.092694 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list