CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13127|Reply: 5

Sandra benci aksi seks, seram

[Copy link]
Post time 20-6-2011 02:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hdcyng at 20-6-2011 02:36










2011/06/19JAKARTA: Aktres Sandra Dewi secara umumnya mengakui tidak memilih watak dalam filem dan kebanyakan peranan yang dimainkannya selama ini selalu dihayati dengan baik,  tetapi dia akan menolak watak dalam filem seram selain yang memerlukan penampilan seksi atau seksual.
Bintang kelahiran Pangkal Pinang, Bangka Belitung ini, menolak untuk berlakon dalam filem seram atau berunsur seks kerana berpegang kepada prinsip menjaga nilai ketimuran.
Selain mahu menjaga reputasinya, Sandra mengakui tidak menyukai filem seram yang suka menampilkan pelakon seksi atau kisahnya ada unsur seks.

"Saya tidak suka filem seram yang memaparkan komedi seks. Saya juga takut menonton filem seram. jadi, saya akan menolak jika ditawarkan berlakon dalam filem seperti itu meskipun upahnya tinggi," katanya.

Pun begitu, dia  pernah terbabit dalam filem seperti itu pada awal kerjayanya berjudul Tarzan Kota berunsur komedi.

Tetapi, itulah kali pertama dan terakhir dia berlakon dalam filem jenis itu kerana terus menolak lakonan genre berkenaan sejak itu.
"Bagi saya, filem seperti itu tidak bermutu. Saya lebih gemar filem yang ada isu dan mengupas masalah kehidupan atau kisah yang dapat memberi inspirasi kepada penonton. Ada kepuasan tersendiri jika dapat berlakon dalam filem seperti itu," ujarnya.

Sandra berpendapat, filem tempatan hanya boleh menawan pasaran dalam negara dan menjadi 'tuan' di tempat sendiri jika tema yang dipaparkan menampilkan masalah berkaitan dengan suka duka masyarakat sendiri.

"Itu tidak akan menjadi kenyataan selagi filem hantu atau komedi seks yang selalu ditayangkan pada masa ini. Filem itu hanya memalukan industri ketika masyarakat mahu filem serius,” katanya lagi.

Mengulas mengenai rancangan masa depannya, aktres itu memberitahu dia sedang memikirkan cara untuk tidak hanya bergantung kepada dunia lakonan sebagai punca pendapatan.

http://www.bharian.com.my/articles/Sandrabenciaksiseks_seram/Article/pos_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 03:36 AM | Show all posts
benci ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 04:23 PM | Show all posts
lantak lah .... tp dia ni lawa ler......
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:48 AM | Show all posts
ingatkan sandra bullock td.....

Sandra Dewi ni mcm retis jepun........
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:21 PM | Show all posts
aku ingat sandra bullock...adeiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 02:52 PM | Show all posts
cantiklah pulak.gebu dek..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060274 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list