CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: humairaqadri

Musykil dengan caj perubatan Islam!

    [Copy link]
Post time 10-7-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply  amwer12345
thanks...tp, HK dah reply earlier....
cyndore Post at 10-7-2011 11:25


HK memang mcm tu....
Merendah diri....tapi kalau kita dah menghadap HK, tak sampai hatinya nak tolak...
Nak seribu daya cyndore.....tabah kan hati & cekalkan semangat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2011 09:53 AM | Show all posts
Reply 216# ciklahcute

thanks clah... paham dah... mmg besar risiko diorg kena tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:08 PM | Show all posts
Reply 50# loveocean


Kekadang tengok perawat ni pun mcm ambik kesemptan je....klu yg mintak bayar mahal ni la, klu dah daftar je rm80 memang setaraf klinik pakar yg aku pernah pg dulu utk masalah sakit puan, tu pun baru rn50 je utk dftar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 02:59 PM | Show all posts
kalau nak berubat...
cubalah ke Darul Syifa dulu...
sekarang ni pun dah byk cawangan dia...
bayar ...
monreyes Post at 27-6-2011 13:15



Kat JB ada x cawangan Darul Syifa ni? Dulu ada kat UTM, skrg dah x de plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:19 PM | Show all posts
Kat JB ada x cawangan Darul Syifa ni? Dulu ada kat UTM, skrg dah x de plak...
Ratumaya Post at 10-8-2011 14:59
ada, 1 kat kg maju jaya, senai dan salah satu lagi ada di taman pulai perdana kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 03:54 PM | Show all posts
T. Pulai Perdana ada Darul Syifa'? kat deretan kedai2 tu ke, bila ada ? bole bg tau....tq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2011 04:15 PM | Show all posts
Ooooo, sya dah jumpa pasal website Darul Syifa ni...dgn cawangan2nya skali...Alhamdulillah dgn berkat masuk forum ni..dah lma sya nak cari DSkat area JB ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:03 PM | Show all posts
Assalammualaikum...Bkn semua perawat begitu...Tp...Perawat harus lah memikirkan pesakit yg dtg berubat...Bkn utk mengaut keuntungan...Lg satu ttg upah sy boleh jelaskn....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2011 01:09 PM | Show all posts
Hukum Upah Rawatan

|Perawat Islam vs Doktor vs Bomoh|


Ramai  pesakit yang mengeluh bila berubat dengan Perawat Islam. Majoriti  mengatakan KENA IKHLAS...Tak perlu bayar LEBIH...Mari lihat perbandingan  antara Perawat Islam, Doktor dan Bomoh..jom..

1. Nak bayar pada Perawat Islam kena Ikhlas, bayar tak kisah...Sikit pun tak apa..

TAPI BERUBAT dekat 1 JAM untuk 1 SESI! Ada yang lebih dari 1 JAM...!
    Takper la...Perawat Islam kena berkorban...Pesakit TAK PERLU...adussss

2. Bayar pada doktor Klinik baru RM30 ringgit.. Siap dapat ubat lagi..     Tapi sesi berubat hanya tanya... " Sakit apa?" dan bla...bla...
    Masa berubat(masa interview sebenarnya) biasanya 10 minit.
    Adalah sekali sekala lebih.


3. Nak berubat dengan Bomoh kena bayar Pengeras.. Beratus beribu pun tak apa..
    Dah banyak rekod berubat dengan bomoh boleh baik.. Orang lain bayar...so kena
    bayar gak la.... Halal Haram lain cerita.. Asal baik sudah... Duit boleh cari......



Soalan cepu mas

Antara Perawat Islam, Doktor atau Bomoh..siapa yang bukan MANUSIA?
Tentu semua MANUSIA kan......?
Kalau dah nama MANUSIA, mestilah MAKAN, MINUM, ada TEMPAT TINGGAL, guna
TENAGA masa merawat dan KENA LUANGKAN MASA kan?
Jadi, dalam perbandingan di atas siapa yang lebih teraniaya..Jom kita perhalusi lagi..


Perawat Islam:
*Berubat dalam 1 jam.
*Guna fizikal, suara, nafas dan fikiran masa merawat.Letih oiiiii...
*Guna kaedah Islamik (ada pahala dan berkat).
*Risiko-
serangan jin, ahli sihir.
Serangan pada keluarga dan penyakit akibat merawat.
Ilmu yang dituntut makan masa dan wang sebelum
matang.


Doktor:
Guna ilmu yang ada untuk merawat hasil belajar kat Universiti.
Banyak juga
wang. Tapi doktor klinik caj biasanya RM30 dalam 10 minit. Kalau 1 jam kan
dan RM180...! Mana lagi mahal? Doktor Swasta Hospital lagi la... Memang
demand habis...

Tak perlu IKHLAS ke kalau stakat check dan tulis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:09 PM | Show all posts
Bomoh:
Berubat lebih kurang masa dengan Perawat Islam. Tapi was-was pengamalannya. Yang kes Bomoh Islamik lain cerita la... Tapi kenapa kena ada caj juga?
Tak perlu ikhlas ke?

Fikir - fikirkan hujah di atas.. Sebab tu ramai Perawat Islam yang resign dari merawat. Upah kadang-kadang RM5-RM10.. Ada tak bagi langsung pun ada.. Dah tu, nak bayar minyak pun cukup-cukup gi rumah pesakit. Anak bini nak makan jugak. Rumah nak di bayar. Susu budak pun dan RM33..Tu susu murah.........! Dah tu, beras pun dah RM20++.. Lauk lagi...nak suruh makan nasi ngan garam ker? Sekolah anak pun kena dibayar.. Belanja anak-anak sekarang bukan macam dulu.... Ada tak orang fikir pasal IKHLAS bila sebut pasal keperluan di atas....? Tak ada kan...? Nasib la kalau jadi perawat full time..

Kalau perawat part time pula..orang akan kata.." takper la...dia dah ada kerja... tak perlu bayar lebih...". Bukan masalah kerja merawat part time atau tidak.. Kalau badan penat merawat di malamnya, esok pagi nak kerja..Tak mustahil tekanan kerja meningkat. Bos memang selalu pandang..Produktiviti diri tak cergas boleh rosak imej company... Silap-silap boleh buang kerja...Masa tu ada tak orang tanya pasal IKHLAS..? Tak ada kan...?
  
So...siapa kata tak boleh kenakan upah masa merawat.. Kat atas ni hujah peribadi, kita tengok kat bawah pulak...Kita baca hujah Hadis dan pendapat Ulamak pulak... jom..  
     
|Hadis 1|
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Kerana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku.
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:10 PM | Show all posts
|Hadis 2|
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; bahawa pada suatu ketika beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. telah datang ke sebuah perkampungan Arab, akan tetapi penduduk kampung itu tidak menerima kedatangan para sahabat tersebut, tiba-tiba ketua kampung itu disengat ular, (lalu wakil penduduk kampung berjumpa dengan para sahabat tersebut) dan bertanya: Adakah kamu mempunyai ubat penawar sengatan ular atau adakah di antara kalian ahli perubatan?, para sahabat menjawab: Kalian telah tidak menerima kedatangan  kami di kampung ini, kami tidak akan melakukannya sehingga kalian membayar upah untuk kami. Akhirnya mereka berjanji akan memberikan beberapa ekor kambing sebagai upahnya. Kemudian salah seorang sahabat membaca Surah al-Fatihah, kemudian mengeluarkan sedikit ludah (diletakkan di bahagian sakit), dengan serta merta ketua kampung sembuh, kemudian mereka membawa kambing-kambing kepada para sahabat. Para sahabat tersebut berkata: Jangan kita ambil upah ini, sehingga kita bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w, kemudian mereka menanyakannya, lalu Rasulullah tersenyum dan berkata: Ketahuilah bahawa Surah al-Fatihah itu adalah ubat penawar, ambillah upah itu dan bagi aku sedikit (Hadis riwayat Imam Bukhari)
|Riwayat|
Diceritakan kisah serombongan sahabat Rasulullah s.a.w. bermusafir hingga sampai di sebuah perkampungan. Mereka meminta untuk menjadi tetamu penduduk kampung, namun orang kampung tidak bersedia. Mereka (para sahabat) berkhemah di luar kampung tersebut. ditkdirkan Allah s.w.t. , penghulu kampung dipatuk ular. Satu riwayat menyebut terkena gangguan jin. Mereka lalu datang meminta pertolongan sahabat untuk merawat sakit tersebut. Seorang Sahabat menyahut bersedia untuk merawat (menjampi). Namun beliau mensyaratkan agar dibayar sebanyak 30 ekor kambing. Apabila orang kampung bersetuju maka beliau pun merawat dengan mebacakan surah al-Fatihah. Lelaki tersebut sembuh. Sahabat tersebut diberikan 30 ekor kambing seperti yang dijanjikan. Sahabat itu ingin mengagihkan hasil yang diperolehinya dariapa merawat tetapi para Sahabat yang lain menolak sehinggalah dijelaskan hukumnya oleh Nabi s.a.w. Apbila tiba di Madinah Nabi s.a.w. menyetujui apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut. Baginda bersabda:"Bagaiamana kamu tahu bahawa surah Fatihah itu adalah satu jampi? Agihkan kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian.
  |Kesimpulan Hadis & Riwayat|
1. Hukum upah rawatan adalah HARUS
2. Secara umumnya Surah al-Fatihah boleh digunakan untuk rawatan semua jenis penyakit.

|Perihal Upah Rawatan|
Dari hadis-hadis dan riwayat yang disebutkan, hukum upah untuk rawatan sakit adalah harus. Dalam kes di atas, hanya dengan membaca Fatihah untuk rawatan sakit patukan ular atau gangguan jin, upahnya ialah 30 ekor kambing. Jika dinilai pada hari ini lebih dari RM15 ribu (30 ekor X RM500).   Justeru itu tidak salah bagi perawat mengambil upah atau mengenakan bayaran tertentu untuk rawatan pesakit mengikut persetujuan dua pihak (perawat dan pesakit).

Adalah wajib pesakit membayar bayaran yang telah dipersetujui dan haram jika pesakit enggan menjelaskan bayaran tersebut.   Jika perawat telah menyatakan atau mempamerkan upah harga rawatan, wajib pada pesakit membayar mengikut harganya. Namun, jika tiada apa-apa perjanjian atau persetujuan mengenai jumlah bayaran, maka terpulang kepada pesakit untuk memberi seberapa yang termampu (biar berpadanan dengan rawatan).
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:10 PM | Show all posts
|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran|  
1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun mengambil upah rukyah (menjampi) maka Imam Ahmad memilih qaul yang mengatakan HARUS dan beliau sendiri mengatakan TIDAK MENGAPA
2. Kata Ibn Hazam dalam kitab Al-Mahalli:
Upah rukyah (menjampi) adalah HARUS  
3. Dr. Muhammad Said Ramadan Al-Buti dalam kitab Feqh As-Sirah:
Malik, Syafie, Ahmad, Ishak dan Abu Thaur berpendapat HARUS MENGAMBIL UPAH RAWATAN, manakala Abu Hanafiah memperincikannya iaitu HARAM MENGAMBIL UPAH BAGI MENGAJAR AL-QURAN dan HARUS PULA UNTUK MERUKYAH.

|Tujuan Upah Masa Kini|
1.Upah dikenakan kerana penggunaan MASA, TENAGA dan KEPERLUAN AM untuk merawat  seperti KENDERAAN, SEWA BANGUNAN, BAYARAN PEMBANTU dll.
2.Risiko perawat diserang balas oleh BOMOH, JIN dan penyakit tekanan melampau akibat merawat seperti Demam, Strok dan sebagainya amat TINGGI. Siapa pula yang HARUS membayar kos merawat untuk perawat jika perawat pula yang SAKIT?

3.Adapun merawat penyakit gangguan kebiasaannya mengganggu masa tidur perawat. Bila tak cukup tidur, tentu akan menjejaskan kesihatan. Sewaktu sakit, perawat tidak berupaya merawat dan hilang sumber pendapatan. Siapa pula yang akan menanggung kos sara diri dan keluarga perawat?

|Pesanan Pada Pesakit|
Jangan kerana IKHLAS, PESAKIT melabelkan perawat berubat kerana DUIT, BUKAN KERANA ALLAH. Perlu diingat, amalan untuk mengubati penyakit HARUS IKHLAS pada syariat dan pengamalan.Jadi, atas diri perawat sendiri sudah ditanam TAQARRUB PADA ALLAH. Kenapa tidak dipersoalkan pada PERKHIDMATAN DOKTOR? Jika diberi ubat, betul lah dengan kos pengeluaran. Tapi bagaimana pula dengan PERKHIDMATAN? Atas nilai apa? Ya...kerana ilmu untuk menjadi doktor diguna..Jadi itulah caj harga yang perlu dibayar... Untuk jadi perawat Islam, perlukan seseorang itu menuntut dan berilmu? Sama juga kan?
Jika diterbalikkan persoalan IKHLAS pada pesakit pula, BOLEHKAH IKHLAS DENGAN MEMBAYAR LEBIH PADA HARGA UPAH YANG DITETAPKAN OLEH PERAWAT? Boleh?  
.: MAKLUMAN UNTUK PERAWAT DAN PESAKIT :.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 01:25 PM | Show all posts
|Pendapat Ulamak berkenaan Upah Bayaran|  
1.Berkata Ibn Qudamah dalam kitab Al-Mughni:
Adapun men ...
Tigersnook Post at 14-8-2011 13:10



    salam Tigershock....

saya boleh menjawap hujah saudara, nanti saya ada masa insyaallah. tapi apa yg saudara nyatakan dalil adalah mengambil upah adalah harus...tetapi bukan MENETAPKAN HARGA.

perbandingan dgn doktor dan bomoh adalah tidak kena langsung. doktor dan bomoh tidak tertakluk kepada kewajipan "ikhlas". tetapi perawat islam yg menggunakan ayat suci al quran adalah tertakluk / sepatutnya mempunyai niat ikhlas untuk membantu sesama manusia yg dianiaya.

mengubat pesakit mistik adalah fardu kifayah hukumnya. menjadikan ia satu perniagaan adalah kurang sesuai bagi imej Islam. menerima upah adalah harus tetapi menetapkan harga saya tidak setuju sama sekali. harus ingat, tidak ada sape pun suruh kamu menjadi perawat, kamu menjadi perawat atas kehendak sendiri. jadi risiko diserang tokmoh haruslah difikirkan terlebih dulu dan bukannya meletakkan harga diatas pertimbangan kos kos termasuk risiko diserang balas.

saya tekan disini....menerima upah merawat ikut kemampuan pesakit, kedudukan kewangan kesakit kerana niat kita sebenarnya bukan perniagaan tetapi fardu kifayah membantu sesama manusia. yg tak mampu mungkin bayar sedikit, yg mampu mungkin bayar lebih daripada sepatutnya...ikutlah masing masing. lagipun jika pesakit tak bayar, apa nak kecoh....bukan ke Allah swt akan membayarkan nanti??  jika perawat ikhlas merawat....apakah Allah swt akan membiarkan perawat itu mati kebulur tak makan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 08:33 PM | Show all posts
ade sape2 tau mana2 perawat islam yg bagus kat kawasan kuantan.nak try ubatkan ayah la.pas eksiden terus xlarat nak jln.sebelum ni ade gak kencing manis n darah tinggi tp ok jer.doktor pon ckp sepatutnye boley jer jln cam biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 12:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by tunggulbatu at 18-8-2011 10:10

Ustaz Azhar Idrus : Hukum Ambil Upah Dalam Ibadah




ayat last tuh yg dasat tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:06 AM | Show all posts
bagus ceramah ustaz azhar idrus tu...

selingan iklan... hehehe

QIAMULLAIL, SAHUR DAN KULIAH PERDANA DIMASJID NEGERI, SHAH ALAM..
PADA 27 OGOS 2011 JAM 3.00 PAGI

KULIAH SUBUH PERDANA OLEH USTAZ AZHAR IDRUS...

jom kita pakat datang ramai2... memang best
kuliah maghrib beliau bulan lepas,  di masjid negeri shah alam penuh sesak orang datang..



p/s sori mod...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 12:29 PM | Show all posts
Reply 234# adamis


    salam adamis,

Cuba PM nama ayah tu... kami tolong doakan dia dari kejauhan insyaAllah.... jika kamu nak, saya beri no telefon kawan saya di Temerloh... mungkin dia boleh bantu.... Nama dia Ullumudin...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 12:31 PM | Show all posts
Reply 236# kenesep


    Salam,

InsyaAllah saya hadir nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:57 PM | Show all posts
ada kawan aku ni dulu, dia kata dia boleh ubatkan orang, boleh scan lah apa lah..
aku pun cam pcaya la, pastu mintak tlg ubatkan mak aku yg ada sakit2 jugak.
pastu tkejut aku dengar dia mintak caj untuk jumpa sekali tu ratus2 jugak. klu 100 aku x kesah, ni lebih sampai aku rasa aku x mampu bayar. pastu aku cakap kat dia, x jadi lah. watpe cas mahal2 kalau niat nk tlg? bukan dia kna travel jauh pun pdhal dia kat situ je sama tempat ngan aku :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 05:56 PM | Show all posts
ada kawan aku ni dulu, dia kata dia boleh ubatkan orang, boleh scan lah apa lah..
aku pun cam pcaya la, pastu mintak tlg ubatkan mak aku yg ada sakit2 jugak.
pastu tkejut aku dengar dia mintak caj untuk jumpa sekali tu ratus2 jugak. klu 100 aku x kesah, ni lebih sampai aku rasa aku x mampu bayar. pastu aku cakap kat dia, x jadi lah. watpe cas mahal2 kalau niat nk tlg? bukan dia kna travel jauh pun pdhal dia kat situ je sama tempat ngan aku
miss_bear Post at 15-8-2011 16:57


nak cepat kayo tuhh.... confirm rezeki perubatan jadi sempit nanti.... kalau baru sekali pergi dah ratusan ringgit terbang.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.435023 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list