CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 4

Ekonomi kembang 4.6 peratus

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Peningkatan permintaan domestik, luar negara dorong pertumbuhanEKONOMI Malaysia berkembang 4.6 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta peningkatan permintaan luar.\n\n\n\n  Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar) ketika mengumumkan perangkaan itu berkata, pertumbuhan sederhana pada suku pertama itu meneruskan kedudukan serupa pada suku terakhir tahun lalu disebabkan beberapa risiko luaran.\n\n\n\n\n  Katanya, antara risiko itu ialah bencana alam yang berlaku di Jepun pada Mac lalu, kebimbangan berterusan terhadap hutang kerajaan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU), peningkatan harga komoditi serta tekanan inflasi global.“Kenaikan harga komoditi dan sumber tenaga adalah kebimbangan utama masa ini. Kita meraih manfaat daripadanya tetapi pada masa sama harganya semakin meningkat dan kesannya boleh dilihat pada 2008 apabila harga minyak mencecah AS$147 setong,” katanya.Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 7.2 peratus tahun lalu dengan pertumbuhan sederhana sebanyak 4.8 peratus pada suku keempat.Zeti berkata, di sebalik risiko luaran itu, permintaan domestik yang kukuh terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.“Permintaan domestik berkembang 6.6 peratus pada suku pertama lalu, berbanding 6.2 peratus suku keempat 2010 disokong terutama peningkatan perbelanjaan swasta dan awam,” katanya.Beliau berkata, harga komoditi lebih tinggi dan pertumbuhan kukuh ekonomi serantau pula meningkatkan permintaan luar, dengan pengukuhan nilai eksport disokong harga komoditi serta eksport barangan bukan elektrik dan elektronik yang berterusan.Berikutan perkembangan itu, Zeti berkata Bank Negara mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi antara 5.5 hingga 6.0 peratus tahun ini selepas mengambil kira faktor luaran dan kedudukan inflasi.Menuju ke depan, Zeti berkata persekitaran antarabangsa menjadi semakin mencabar berikutan risiko berterusan harga komoditi yang tinggi, kebimbangan fiskal di beberapa ekonomi negara maju serta perubahan dalam kecairan global.“Bagaimanapun, prospek di ekonomi sedang membangun kekal positif walaupun berdepan cabaran tekanan inflasi,” katanya.Mengenai inflasi, beliau berkata bank pusat itu mengunjurkan ia akan berada pada paras 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.“Bank Negara telah mengambil kira beberapa pelarasan yang perlu dilakukan dan jika pelarasan itu melebihi apa yang telah ditetapkan, maka akan ada satu keperluan segera untuk semakan semula dibuat.“Inflasi tidak boleh melepasi paras 3.5 peratus dalam mana-mana bulan tahun ini,” katanya.Jabatan Perangkaan semalam mengumumkan kadar inflasi negara bagi bulan April meningkat 3.2 peratus berbanding setahun lalu.Sementara itu, Zeti berkata kadar faedah ketika ini dilihat sesuai dalam persekitaran ekonomi semasa.Katanya, dasar monetari semasa bank pusat itu kekal menyokong kegiatan ekonomi secara keseluruhannya dan pertumbuhan domestik akan dapat dikekalkan di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2022 05:22 PM | Show all posts
@mattzzx                     
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2022 01:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 11:15 AM | Show all posts

testing 1 2 3
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2022 03:51 PM | Show all posts

4 5 6 testing

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.587909 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list