CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Wasatiyah tanda kekuatan, kecemerlangan Islam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kesederhanaan imbangi tuntutan fardu ain, kifayah demi kebaikan dunia dan akhirat\rKESEDERHANAAN atau wasatiyah adalah salah satu daripada ciri khusus dan keistimewaan agama Islam. Ia merujuk kepada satu keadaan yang tidak lebih dan tidak kurang, keadaan biasa dan sedang. \r\n\n\n\n\rBagaimanapun, dalam bahasa Arab, ada juga maksud yang lain daripada perkataan ‘at-tawaazun’ iaitu seimbang antara dua pihak, pihak yang melampau dalam sesuatu tindakan dan pihak mempermudahkan sesuatu perkara. \r\r\n\n\n\n\nJusteru, yang dimaksudkan sederhana dalam tindak tanduk ialah apabila kita melakukan sesuatu dengan tidak melampaui batas dan tidak meninggalkannya terus. Islam menekankan persoalan kesederhanaan kerana ia satu bukti atau tanda kekuatan dan kecemerlangan umat Islam. \rUmat Islam yang sederhana dalam tindak tanduk dan perbuatan serta gaya hidup bukan bermaksud hanya cukup dengan apa yang ada, tetapi jika diukur dari aspek kejayaan, mereka yang sederhana ialah golongan yang cemerlang. \rKesederhanaan mampu menarik minat manusia kepada agama, sekali gus menjadikan Islam satu-satunya agama yang mengatur disiplin umatnya dengan hukum dan peraturan, tetapi tidak menghalang setiap individu menjalani kehidupan. \rUmat Islam yang positif kepada kesederhanaan juga adalah umat yang cintakan keamanan. Dengan erti kata lain, umat yang sederhana ialah umat bencikan kekacauan dan kerosakan. Melalui kesederhanaan juga, fitrah manusia dapat dipenuhi dan dibentuk dengan baik. \r\n\n\n\n\rIni berdasarkan teladan sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa isteri Baginda bertanyakan amalannya. Salah seorang daripada mereka memberitahu, beliau asyik berpuasa dan tidak berbuka. Seorang lagi menyatakan beliau asyik mengerjakan solat sunat pada waktu malam tanpa tidur. \rBagaimanapun, apabila sampai cerita mereka itu kepada Rasulullah SAW, Baginda menegaskan bahawa Bagindalah orang yang paling bertakwa dalam kalangan mereka namun Baginda berkahwin dan mengerjakan solat sunat waktu malam.\rBaginda tetap merehatkan badan dengan tidur, berpuasa pada waktu siang tetapi berbuka apabila sampai waktunya. Tegas Baginda Rasulullah SAW, kesederhanaan penting bagi mengimbangi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah demi kebaikan di dunia dan akhirat.  \rSebagai suami pula, seorang Muslim yang soleh bijak menggunakan akalnya dalam menunaikan kewajipan kepada ibu dan isterinya. Kesederhanaan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada keduanya boleh mengimbangi komitmen dan toleransi, supaya tidak derhaka kepada ibu dan isteri tidak dizalimi. \rDalam pembayaran nafkah contohnya, walaupun tidak dituntut isteri, suami tetap wajib memberinya  kerana itu adalah tanggungjawab suami. Sehingga jika suami tidak berkemampuan, tanggungjawab itu harus dilunas oleh bapa atau datuk suami. \rPada masa sama, tanggungjawab kepada ibu bapa tidak boleh diabaikan. Nafkah asas menjadi wajib jika ibu bapa tidak berkemampuan, tetapi jika sebaliknya, perhatian dan penjagaan menjadi kewajipan yang tidak boleh dikompromi.\rJelas sekali Islam menuntut umatnya bersederhana dalam pelbagai aspek. \rUmpamanya dari sudut ibadah, kesederhanaan itu terserlah apabila umat Islam mengerjakan ibadah tetapi tidak lupa tanggungjawab kepada masyarakat. \rJusteru, bolehlah dikatakan kesederhanaan Islam dalam urusan ibadah terletak antara amalan penganut yang hanya mementingkan kerohanian semata-mata dan penganut yang menolak aspek kerohanian secara total. \rDalam aspek kesihatan dan keterampilan pula, Islam menggalakkan umatnya bersederhana dari segi pemakanan, cara berpakaian, corak perbelanjaan dan sebagainya. \rAllah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid. Makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebihan.” (Surah al-‘Araf, ayat 31) \rDalam urusan dakwah, umat Islam dikehendaki bersederhana. Ini bukan bermakna pendakwah menggadaikan prinsip Islam tetapi merujuk kepada pendekatan serta cara pendakwah mendekati golongan sasaran supaya mereka faham dan mengikuti ajaran Islam. \rPendekatan itu terangkum dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan cara hikmah, membawa pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka menggunakan pendekatan yang baik. Orang yang sederhana ialah orang berada antara dua pihak, iaitu pihak yang melampau dengan pihak mempermudah-mudahkan sesuatu urusan.” (Surah an-Nahl, ayat 125) \rItulah uniknya amalan bersederhana yang dibawa Baginda, ia boleh menyatukan semua bangsa, malah menjadikan individu Muslim cemerlang di dunia dan akhirat.\rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.057020 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list