CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

ASiS kutip dana RM110,000

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MAJLIS makan malam amal dan anugerah cemerlang Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Kuala Lumpur berjaya mengutip RM110,000.Majlis dihadiri hampir 1,200 tetamu adalah bekas pelajar ASiS, ibu bapa, guru serta pelajar menjadi tradisi sekolah itu sejak dibuka pada 2003. \n\n\n\n   Penolong Kanan ASiS, Mohd Razmi Abdul Razak, berkata hasil kutipan itu digunakan bagi meningkatkan perkhidmatan dan kebajikan pelajar supaya mereka terus mencipta kejayaan.\n\n\n\n\n  “Anugerah kecemerlangan ini juga platform pelajar mencontohi usaha gigih enam pelajar yang memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu sekali gus meletakkan ASiS di tangga keempat sekolah terbaik SPM kebangsaan tahun ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang ASiS, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Razmi yang memangku jawatan Timbalan Pengetua sejak Mac lalu berkata, ASiS turut mengekalkan tempat pertama sekolah cemerlang SPM enam tahun berturut-turut sejak 2005. Hadir sama Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran, Ashaah Samah dan Yang Dipertua Persatuan (YDP) Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Leftenan Kolonel Mohd Suhaimi Sahri.Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, turut hadir dan menyerahkan sumbangan RM16,000 kepada sekolah.\n\n\n\nPada majlis itu Syed Ali memperuntukkan RM10,000 untuk anugerah cemerlang SPM 2010, RM5,000 kelab guru ASiS dan RM1,000 kepada Panitia Sejarah ASiS.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.183652 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list