CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

UMP tingkat pengetahuan IT pelajar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
UNIVERSITI Malaysia Pahang (UMP) menubuhkan Pusat Kecemerlangan Inisiatif Kampus Akademik yang pertama di Malaysia dengan kerjasama syarikat HeiTech Padu Berhad dan syarikat penyedia perisian terkemuka IBM.\rNaib Canselornya, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata pusat itu berperanan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar sebagai persiapan mereka berhadapan dunia pekerjaan.\r\n\n\n\n\r  \"Kita mensasarkan pembangunan kemahiran penggunaan teknologi bagi melahirkan graduan berpengetahuan dan berkemahiran.  Elemen ini penting bagi memenuhi keperluan pembangunan teknologi maklumat (IT) bagi sektor awam dan swasta.\r\r\n\n\n\n\n  \"Selain itu, UMP turut menjalinkan kerjasama dengan Urban Environmental Industries Sdn Bhd yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.\r\"Projek teknologi hijau ini berupaya mengitar semula minyak hitam terpakai kepada minyak dasar menggunakan teknologi pengekstrakan,\" katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi UMP-Industri 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rHadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustafa, Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Pengantarabangsaan UMP, Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.093257 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list