CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

'Pilih kasih dalam manuskrip'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MANUSKRIP lama, tetapi ditulis dengan tulisan tangan yang tidak cantik atau buruk sering dipandang sebagai naskhah yang kurang bernilai untuk dikaji kerana masyarakat umum termasuk pengkaji khususnya di negara ini melihat tulisan dalam sesuatu manuskrip itu dalam konteks kaligrafi.\rMeskipun kaligrafi merujuk kepada keindahan tulisan tangan berbentuk khat seperti kufi, nasakh dan taalik atau tulisan Roman di Barat seperti italic dan unsia, kajian teks di Barat memberi penekanan sama rata kepada manuskrip tanpa membezakan kualiti tulisan sama ada cantik atau buruk yang dinamakan paleografi.\r\n\n\n\n\rKetua Jabatan Perpustakaan Sains Maklumat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Wan Ali Wan Mamat.\r\r\n\n\n\n\nmendedahkan salah faham pengkaji berhubung tulisan  kaligrafi sebelum mengkaji sesuatu manuskrip menjadi penghalang galakkan kajian manuskrip daripada perspektif paleografi.\r“Paleografi sebenarnya bidang kajian manuskrip Melayu yang belum berkembang kerana penyelidik manuskrip Melayu kurang memberi perhatian kepadanya. \rSebaliknya pengkaji lebih memberi perhatian kepada filologi, iaitu kajian teks, berbanding paleografi yang mengkaji semua jenis tulisan termasuk tulisan hodoh,” katanya ketika menyinggung persoalan Paleografi Melayu: Pengenalan kepada Tulisan Melayu Lama, pada Wacana Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rKajian paleografi disahkan dianggap penting di Eropah khususnya dalam disiplin pengajian kepustakawanan, arkib, keagamaan dan klasik, sehingga di Jabatan Kepustakawanan, University College London, ada jawatan Profesor Paleografi, manakala kerusi Profesor Paleografi di Jabatan Pengajian Islam di Universiti Oxford, Prof Dr Jan Just Witkam.\r\n\n\n\n\r“Paleografi penting dalam konteks pengajian tulisan kuno kerana ia dapat mengetahui usia dan tempat penulisan itu dibuat yang turut menekankan tulisan harian. Kajian Paleografi terbahagi kepada dua bidang, iaitu kajian skrip dan kodikologi, iaitu alat tulis dan teknik pembuatan buku di pusat penulisan,” katanya.\rKepentingan paleografi dilihat dalam kajian terhadap manuskrip Melayu tertua; Kitab Undang-undang Tanjung Tanah yang ditulis antara 1357 hingga 1437 dan ditemui di Kerinci, Sumatera Selatan, Indonesia dan begitu juga kajian paleografi terhadap Batu Bersurat Terengganu mendapati bentuk hurufnya berasingan, manakala huruf pula kadang kala berbeza.\r“Penambahan huruf dengan perubahan kedudukan titik dalam tulisan jawi dan bilangannya dapat membantu kita untuk mengenal pasti zaman manuskrip itu ditulis,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.900313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list