CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

MerdekaReview: Tolong jangan jadi arwah!

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Apabila editor versi Bahasa Melayu MerdekaReview, saudara Lim Hong Siang menawarkan saya menyumbangkan kartun untuk laman web tersebut, saya terkejut.  Pertama saya tidak tahu yang selama ini laman web ini ada versi Bahasa Melayu dan kedua saya tidak menyangka jejaka tionghua yang selalu menyapa saya di jalanan ketika kami sama-sama menyertai perhimpunan tunjukrasa ini boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu.Tulisan, skop dan lenggok bahasanya mengujakan.  Saya terus melayari MerdekaReview untuk mengintai apa ideologi mereka dan apa \"sasaran\" Mereka.  Seperti saya, MerdekaReview \"bebas\" dari mengikut telunjuk mana-mana fahaman politik walaupun kelihatannya seperti pro-Pakatan Rakyat dan anti Barisan Nasional.  Seperti MerdekaReview juga, saya menolak karya yang berbau mengampu sosok selebriti politik.  Saya menerima pelawaan Hong Siang atas kesamaan itu.  Wang?  Suatu keperluan tapi itu perkara nombor sepuluh.Untuk sebuah laman web tanpa-untung, tentulah amat payah untuk terus meredah arus yang serba serbi mahal apatah lagi membawa wadah yang melawan arus.  Saya dapat merasakannya kerana saya pernah menjadi editor majalah Gedung Kartun yang diterajui kartunis hebat saudara Zunar.  Nama makin naik tetapi kocek makin kontang.  Di Malaysia, apa saja benda \"lawan arus\" yang kita buat memang susah untuk terus \"survive\" apatah lagi menghasilkan sesuatu yang tidak menyenangkan pemerintah.Zunar, saya dan rakan-rakan lain terpaksa turun ke jalanraya, ke tempat-tempat awam dan di program-program seperti ceramah dan forum untuk menjual produk kami (sebenarnya untuk terus hidup - kerana selagi hidup selagi itulah perjuangan dituntut). Dengan MerdekaReview, mudah.  Tepati masa kerana mereka juga profesional - menepati masa.MerdekaReview sarat dan padat.  Lontaran pandangan penulis dan penyumbangnya kritis dan berani.  Kebebasan bersuara dan perbezaan pandangan beginilah yang sepatutnya disokong, diraikan lalu diamalkan.  Bukan menjadi badut, pak angguk atau si tolol yang hanya menari mengikut rentak yang telah disediakan.Saya percaya MerdekaReview tidak akan mati.  Saya optimis.  Ia akan terus hidup.  Ia tidak akan menjadi arwah.  Tidak!  Apabila sang editor menyatakan kepada saya kemungkinan laman web ini akan \"gulung tikar\" saya bersyukur dan berkata di dalam hati, \"tidak salah gulung tikar kerana kita boleh menghamparkannya sekali lagi.  Yang salah apabila kita bungkus dan tanam tikar tersebut.\"Saya akan terus bersama MerdekaReview mengharung badai cabaran ini selama mana saya mampu.  Demi sebuah perjuangan, demi setiakawan dan untuk seorang kawan.Baca: Selamatkan MerdekaReview!Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)*Ronasina ialah kartunis, dan karyanya boleh didapati di sini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.134856 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list