CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Muslihat Pentadbiran UM untuk tundukkan kuasa majoriti Pro-Mahasiswa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
A. PengenalanPro-Mahaisiwa Universiti Malaya dengan penuh rasa tanggungjiawab dan kesedaran bersama seluruh mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya dengan ini menuntut keadilan atas muslihat pentadbiran Universiti Malaya yang berkali-kali ingin menundukkan kuasa majoriti yang berjaya digondong oleh calon-calon pro-Mahasiswa dalam pilihanraya kampus yang lepas.Setelah kemenangan dua orang calon Pro-Mahasiswa iaitu Masturah Abu Bakar dan Tan Tiong Yih digantung, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya kini menunjukkan lembing ke arah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2010/2011 yang juga merupakan salah seorang daripada calon umum Pro-Mahasiswa PRK sesi ini, Syahid bin Mohd Zaini.B. Fakta KesBerikut merupakan kronologi siri tindakan Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Malaya (HEPA) yang menunjukkan muslihat HEPA untuk menundukkan kuasa majoriti Pro-Mahasiswa dalam kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi ini:1.0  Kelewatan pihak pentadbiran membuat pengumuman rasmi ke atas kemenangan calon dalam pilihanraya kampus sesi 2010/2011.2.0  Penggantungan kemenangan dua orang calon umum Pro-Mahasiswa iaitu Masturah Abu Bakar dan Tan Tiong Yih (gambar kanan) selepas berakhirnya hari pengundian PRK sesi ini.3.0  Penegasan Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dr. Rohana atas pembentukan kabinet MPMUM sesi 2010/2011 dengan serta-merta iaitu sehari selepas penggantungan kemenangan Masturah dan Tan Tiong Yih.4.0  Kelewatan pihak pentadbiran mengeluarkan watikah perlantikan kabinet MPMUM walaupun kabinet telah dibentuk selama sebulan lebih.5.0  Jawatankuasa tatatertib menjatuhkan hukuman tatatertib yang tidak setimpal dengan tuduhan yang dibuat iaitu penggantungan satu semester ke atas Tan Tiong Yih yang telah dihadapkan ke prosiding.6.0  Pihak pentadbiran membuat tuduhan ulangan ke atas Tan Tiong Yih selepas tuduhan ke atasnya telah digugurkan oleh jawatankuasa rayuan tatatertib Universiti Malaya.7.0  Kini, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya sekali lagi membuat tuduhan ke atas YDP MPMUM sesi 2010/2011, Syahid bin Mohd. Zaini atas sebab memanggil sidang media sepanjang PRK tanpa kebenaran daripada Naib Cancellor.  Beliau akan dihadapkan ke prosiding jawatankuasa tatatertib pada 20 Mei 2011 (Jumaat) bersama-sama dengan 15 orang lagi mahasiswa daripada Pro-Mahasiswa yang turut menerima surat tuduhan daripada pihak pentadbiran.Menurut Akta Tatatertib Universiti Malaya, seseorang pelajar Universiti Malaya yang pernah disabit kesalahan di bawah Tatatertib Universiti Malaya mahupun didenda RM200 ataupun diberi amaran, adalah tidak layak untuk bertanding dalam PRK dan juga memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa.Oleh yang demikian, sekiranya Syahid disabitkan kesalahan pada prosiding yang beliau dihadapkan, bermaksud secara langsungnya, kemenangan beliau dalam PRK dan juga jawatan yang disandang oleh beliau akan digugurkan serta merta.  Maka, Pro-Mahasiswa yang asalnya mempunyai kerusi majoriti dalam kabinet MPMUM telah diancam.Sebagaimana yang diketahui, Pro-Mahasiswa telah memenangi 23 kerusi dalam PRK yang lepas.  Menyusuli kejadian kedua-dua calon Pro-Mahasiswa yang masih digantung kemenangannya, Pro-Mahasiswa hanya meninggal 21 kerusi dalam MPMUM.  Jikalau Syahid telah disabit kesalahan, malah kerusi di bawah Pro-Mahasiswa hanya meninggal 20 kerusi, iaitu kurang daripada majoriti simple (21kerusi).Maka, ini secara tidak langsungnya bermaksud, muslihat di sebalik batu siri tindakan HEPA UM ini telah berjaya menundukkan kuasa majoriti Pro-Mahasiswa dalam kabinet MPMUM.Menurut maklumat yang dipercayai, pihak pentadbiran telah menerima arahan daripada \"pihak atasan\" untuk menangguhkan gerak kerja pelajar-pelajar yang merupakan aktivis ini daripada menyertai aktiviti-aktiviti sosialisme yang digerakkan oleh badan NGO luar kampus.  Adalah dipercayai bahawa mereka risau bahawa tindakan pelajar-pelajar ini akan membawa rintangan kepada pilihanraya umum yang dipandang dekat.C. Tuntutan MahasiswaKami, Pro-Mahasiswa bersama front-front yang berdiri bersama ingin membuat tuntutan:1. Menggugurkan tunduhan ke atas YPD MPMUM Mohd.Syahid dan 15 orang lagi mahasiswa yang dituduh atas tuduhan yang tidak munasabah ini.2. Membebaskan mahasiswa-mahasiswi daripada cengkaman AUKU dengan mansuhkan AUKU dan menghormati hak asasi dan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.3. Menuntut agar pihak pentadbiran menghormati keputusan majoriti demokrasi dan keputusan undi PRK.Tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya yang berkali-kali mempermainkan tatatertib dan AUKU untuk menentang pelajar ini makin hari makin melampau. Kami, Pro-Mahasiswa Universiti Malaya bersama front-front ingin sekali lagi menegaskan bahawa mansuhkan AUKU merupakan satu-satunya jalan untuk membebaskan mahasiswa-mahasiswi daripada cengkaman kuasa luar dan  ke arah membentuk remaja yang berupaya berfikiran terbuka dan berdikari.Kami juga ingin menyeru warga masyarakat dan badan-badan persatuan luar kampus bersama-sama menyokong 16 pelajar yang dituduh tanpa munasabah ini, kembalikan status universiti yang menjunjung kebebasan akademik, adil, demokrasi dan kebebasan bersuara.*Kenyataan media oleh Pro-Mahasiswa Universiti Malaya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050662 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list