CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Permulaan yang emosi: Selamatkan MerdekaReview

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Suatu hari pada Januari 2011.  Permulaan yang emosional.  Saya tersepit dalam situasi yang sangat mencabar, menekan, merungsingkan.  Lalu, saya bertanyakan sahabat saya, Zhafir - bagaimana untuk...... Katanya, \"Kau cuba buat ni...\".  Lantas saya lakukan segera dengan perasaan berkobar-kobar seperti api yang sedang marak menjulang.  Seperti yang saya katakan; sebuah permulaan yang emosional, proposal artikel pertama saya kepada Suara Keadilan tidak diterima.  Maksudnya, artikel saya tidak akan diterbitkan dalam akbar itu.Lalu, dalam perasaan sedih, saya kemudian menghantar artikel saya itu ke JalanTelawi dan kata editornya Ammar, \"Artikel ini terlalu politikal...\".  Dalam komen beliau terhadap tulisan saya, beliau juga telah mencadangkan saya menghantar artikel saya ke Malaysiakini, Eureka Asia...dan MerdekaReview.  Saya tertarik dengan MerdekaReview dan tidak tertangguh saya terus menghantar proposal artikel saya kepada Bahagian Editorial.Petang itu, saya di rumah sepupu saya yang akan melangsungkan perkahwinan.  Saya ingat lagi - saya sedang berjalan untuk masuk ke dalam rumah kemudian seseorang menelefon saya.  Dia memperkenalkan kepada saya namanya Lim.  \"Mr Lim\" memberitahu saya bahawa artikel saya diterima dan akan disiarkan.  Sejujurnya, dari sebuah permulaan yang emosi-hari ini saya sangat gembira!  Artikel bertajuk \"Menteri, Bibik dan Moshe Katsav yang malang\" merupakan artikel pertama saya tersiar di MerdekaReview versi Bahasa Malaysia.Dari itu, bermulalah karier saya sebagai \"penulis bebas\" di MerdekaReview.  Sesuatu yang amat dibanggakan, artikel-artikel saya yang disiarkan di MerdekaReview telah diambil dan dikongsikan oleh ramai blogger dan situs-situs politik yang lain.  Malah beberapa artikel saya telahpun disiarkan di akbar Harakah dan Suara Keadilan.Bukan hanya artikel saya, hampir setiap minggu juga, artikel-artikel terpilih dari MerdekaReview seperti tulisan-tulisan dari Mustafa K.Anuar, Chang Teck Peng, Lim Hong Siang, analisis KPRU dan beberapa penulis lagi akan diambil dan disiarkan dalam akbar-akbar politik tanah air.  Ia semesti sesuatu yang harus dibanggakan lebih-lebih lagi MerdekaReview mengetengahkan isu-isu berkaitan demokrasi, hak asasi manusia, keadilan dan ketelusan di Malaysia.Atas ketegasan Ketua Pengarang Chang Teck Peng dan editor edisi BM Lim Hong Siang; saya percaya - itu menjadikan laporan dan analisa di MerdekaReview memenuhi citarasa pembaca, telus dan berintegriti.  Dengan laporan yang disandarkan dengan fakta dan jujur, kita yakin, MerdekaReview harus menjadi sebuah platform yang baik dalam memberikan laporan isu semasa dan politik terbaik untuk rakyat Malaysia.Dan semalam - sesuatu yang amat mengejutkan telah dimaklumkan kepada saya.  Seperti yang kita telah tahu - MerdekaReview akan menamatkan operasinya hujung Mei ini atas kekurangan dana untuk meneruskan operasi.  Apakah makna semua ini buat kita?Dalam memastikan rakyat mendapat maklumat dan berita yang seimbang dan jujur; kita harus terus memberi sokongan dan sumbangan kepada MerdekaReview.  Saya percaya bahawa usaha MerdekaReview bukanlah sebuah usaha picisan - Ya, kita mahu rakyat berubah! Kita mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang adil untuk semua! Selamatkan MerdekaReview!!!Baca: Selamatkan MerdekaReview!Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)*Hafiz Zainuddin (gambar kiri) ialah kolumnis MerdekaReview.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.269003 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list