CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 0

Galeri: Pameran Solo Refleksi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Melihat pantulan imej di atas air lewat mata burung\rMENERUSI 22 karya pelukis realisme, Hamdan Shaarani di Pameran Solo \'Refleksi\' di Galeri Seni Pelita Hati, Bangsar, pengunjung seolah-olah menyaksikan pantulan imej di atas permukaan air daripada sudut pandangan burung.\r\n\n\n\n\rMenampilkan objek alam semula jadi sebagai subjek utama, karya dalam pameran itu menggunakan media cat minyak di atas kanvas tetapi menampilkan teknik yang hanya digunakan oleh pelukis warna air.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusan Galeri Seni Pelita Hati, Raja Annuar Raja Siffudin berkata, kecenderungan Hamdan menggunakan teknik lapisan demi lapisan yang digunakan oleh pelukis warna air itu, sebenarnya bersesuaian dengan objek alam semula jadi.\r“Sebenarnya teknik itu memang antara yang diminatinya tetapi media warna air agak sensitif di atas kertas, lalu beliau memilih aplikasinya dengan menggunakan cat minyak dan kanvas.\r“Bagaimanapun, kebanyakan karya dalam pameran ini memiliki kesan seolah-olah menggunakan medium warna air yang agak ketara seperti Renung Riak 1,” katanya.\rBeliau berkata, Hamdan juga berjaya menghasilkan warna semula jadi dan matang kerana ada ketikanya beliau mengehadkan penggunaan warna dalam karyanya.\r“Refleksi Alun 2 dan 4 misalnya menggunakan warna monokrom tetapi memperlihatkan kontras dengan daun kering berwarna oren dan merah menghasilkan sapuan seperti kesan cat dakwat Cina.\r“Gabungan teknik renjisan dan sapuan beliau yang terkawal itu membuatkan karya beliau menjadi lebih bersahaja,” katanya.\rRaja Annuar berkata, hasil kerja Hamdan juga kadang-kala dilihat seperti lukisan abstrak walau pun sebenarnya ia menampilkan subjek alam semula jadi seperti seperti pokok, daun dan rumput.\r“Ini bersesuaian dengan konsep lukisan Hamdan sendiri yang memberi fokus kepada imej sesuatu objek yang dipantulkan pada permukaan air menerusi pandangan mata seekor burung.\r“Konsep pandangan mata burung dan imej pantulan pada permukaan air ini boleh dikatakan menjadi identiti kepada Hamdan kerana belum ada pengkarya lain yang menghasilkan konsep seumpama ini,” katanya. \rHamdan ketika mengulas konsep yang ditampilkan berkata, idea itu diperoleh apabila melawat Tasik Kenyir untuk menyertai pertandingan melukis mural pada awal 1990-an semasa masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Manjung.\r“Daripada persekitaran tempat itu yang penuh dengan pantulan objek di atas air, saya mendapat idea untuk menampilkan konsep berkenaan kerana sedar ia sangat unik.\r“Apabila pulang dari Tasik Kenyir, saya berkongsi idea ini kepada pensyarah saya dan beliau mencadangkan saya mengaitkan pantulan imej di permukaan air itu dengan sikap manusia yang ada di dunia ini,” katanya.\rSelepas itu, Hamdan mula menghasilkan karya berdasarkan konsep berkenaan yang bermaksud sebagai muhasabah diri kerana pantulan itu seperti membayangkan pelbagai sikap manusia.\r“Imej pantulan itu juga cuba menyampaikan mesej penilaian jati diri, selain cuba menampilkan keindahan alam semula jadi tempat yang saya pernah lawati sebelum ini,” katanya.\rINFO: Pameran Solo Refleksi\rPelukis: Hamdan Sharaani\rJumlah Karya: 22\rLokasi: Galeri Pelita Hati, Jalan Abdullah, Bangsar    \rTarikh: Sehingga 11 Jun\rTelefon: 03-20923380/22829206.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.054474 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list